Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 27: NWO MENYAMBUT DAJJAL

Suasana pagi cukup nyaman. Nyanyian burung pagi berlagu riang mencari makanan. Murai batu turut bersiul dan terbang ke sarang yang terletak pada rimbunan buluh. Sebelum subuh, hujan turut dengan agak lebat membasahi bumi Tuhan di perbukitan kecil yang terletak di lereng gunung. Sinar cahaya matahari berkilauan apabila terpanah titisan air pada dedaunan.

Sungai-sungai kecil yang mengairi kawasan dusun sungguh indah. Bunyi air mengalir melepasi celahan batu bagaikan irama pada sebuah melodi alam.

"Lama tak ke sini," ujar Tok Anjang memecah kesunyian. Pada pinggangnya terselit sebilah Golok Perak bersarung. Ulunya dikemaskan dengan kayu teras buatan tangan. Mata golok diperbuat daripada besi baja seputung. Manakala sarungnya daripada batang cengal yang berukir indah.

"Ya lah Tok, nampaknya durian dah kembali galak berbunga. Tak lama lagi berbuahlah," ujarku. langkah kaki diatur penuh teliti, bimbang dengan Pacat-pacat yang menanti pada kawasan laluan yang agak becak dan lembab.

"Ya. Nampak gaya tak lama lagi kembanglah bunga durian ini," balas Tok Anjang.

Sudah lama kami tidak mengunjungi dusun yang terletak di Bukit Tumbuh. Dusun ini bersambung dengan kawasan hutan simpan. Ia hanya dikunjungi sesekali apabila hampir tiba musim buah-buahan. Sesekali Tok Anjang mengubah Awang Merah dan Saad Lelah untuk membersihkan kawasan dusun.

Dua watak ini amat popular apabila orang-orang kampung ingin membersihkan dusun, merekalah yang dicari. Dulu tuan punya dusun membersihkan sendiri. Namun, kebanyakan daripada mereka telah berusia dan uzur dan ada yang telah meninggal dunia. Anak-anak pula jauh meninggalkan kampung halaman dan dusun, mencari rezeki di kota. Dusun pun tidak semeriah dulu. Tiada lagi pondok-pondok dalam dusun.

Jika dulu, aku masih ingat hampir setiap dusun ada pondok yang kami panggil 'dangau', di situlah rumah ke-dua bagi pemunya dusun buah-buahan. sungguh meriah apabila tiba musim durian. Dangau bukan sahaja menjadi tempat perlindungan bahkan tempat berkampung.

Tok Anjang sendiri telah semakin uzur dan kudrat tuanya tidak mampu lagi membersihkan dusun.

"Banyak perkara yang berlaku dalam dunia ini seolah-olah mengikut skrip yang telah dirancang," ujarku kepada Salmi. Dia mengambil bekas makanan dan meletakkannya di atas pelantar yang diperbuat daripada buluh. Pelantar itu sebahagian daripada dangau yang telah usang. Ia seperti sebuah ruang tamu dan dibina berkembar dengan bahagian ibu pondok yang terletak lebih tinggi dari pelantar.


'Suatu tindakan secara bersama dan rahsia untuk tujuan pembunuhan tertentu' terpapar pada skrin telefon pintarku apabila membuat carian pada enjin pencari Google. Mudah kerana rangkaian 4G sungguh baik.

"Kejatuhan Empayar Uthmaniyah di Turki, Perang Dunia Pertama dan Kedua, bukanlah suatu kebetulan," tutur Tok Anjang.

"Fasa Khalifah Islam hancur dengan kejatuhan Empayar Uthmaniyah di Turki," tambah Salmi.

"Ya, ramai mengaitkannya dengan teori konspirasi, "tutur Salmi.

"Ia adalah susunan dan strategi yang licik, merangkumi soal politik, ekonomi dan sosial. menyelinap dalam pelbagai pertubuhan dunia," balasku. Tok Anjang kelihatan membersihkan kawasan semak samun, mencantas batang-batang buluh yang meliar dan semak.

"Ini semua kerja Dajjal," ujar Tok Anjang. Dia berhenti sejenak dan memanggilku untuk membantu menarik batang-batang buluh kecil yang meliar itu.

"Wah! ada rebung," aku berteriak kecil. Tok Anjang hanya tersenyum melihat gelagatku.

"Ini semua kerja Dajjal?" soal Salmi.

"Sudah tentu."

"Serentak dengan itu, sistem Khalifah Islam di Nusantara juga turut hancur. Tiada lagi Kerajaan Islam di Nusantara yang gagah sejak zaman berzaman dan sebahagian besarnya mempunyai hubungan dagang dan ketenteraan dengan Empayar Uthmaniyah."


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.