Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 28: UJUNG
Waktu Maghrib semakin hampir. Aku bergegas ke surau bersama Tok Anjang. Ketika kami sampai, berbondong-bondong jemaah menuju ke surau. Malam itu ada ceramah sempena Isra' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Yamina, seorang penceramah bebas dari Jakarta.
Seperti biasa, Azan dilaungkan dan solat Maghrib didirikan secara berjemaah. Ibrah dari Isra Mikraj itulah yang penting untuk diketahui.

"Hamba Allah yang kami muliakan. Allah SWT menjelaskan melalui empat surah dalam al-Quran iaitu surah al-Hadid, al-Mulk, al-Thur dan al-Qamah. Menjelang kemunculan Imam al-Mahdi, dunia ini akan dihujani dengan meteor. Saat kemunculan al-Mahdi, kalian akan kehilangan segala teknologi, kalian akan kembali memakai pedang, panah dan tombak serta menunggangi kuda seperti hari ini," Sabda Rasulullah SAW.

"Apakah kalian tidak menyemak?"

"Apakah kalian tidak mengikuti berita?"

"Tanggal 15 Februari 2013, Hari JUmaat, meteor pertama sudah mula menabrak bumi, jatuh di Siberia dan memakan korban seribu lebih akibat daripada angin yang sangat kencang. Meteor ini beratnya 70,000 ton. Seluruh kaca bertabrakan dan jatuhnya di danau es"

"Tanggal 14 April 2013 pula, meteor ke-dua jatuh di Italy saat mereka mengadakan konsert musik. lapan buah kota di Italy menyaksikan bumi seperti siang hari dari cahaya meteor itu."

"NASA sudah mengesahkan bahawa bumi kita sedang memasuki fasa 'Sungai Meteor'. Tahun 2013, 2014,2015 dan 2016 dijangkakan 1300 meteor akan menabrak bumi."

"Apabila Nabi Muhammad diutuskan, dunia sudah akhir Zaman. Sudah lebih 1400 tahun, Nabi wafat."

"Apakah kalian tidak mengira hal ini. Jika diambil kira tempoh 13 tahun baginda Rasul di Makah, maka semakin singkatlah masa untuk manusia, sebelum berlakunya Yau musa'ah.""Tentang Kiamat, telah menjadi ijma' Ulama Ahlus Sunnah Waljama'ah bahawa tiada siapa yang mengetahui. Jika ada teori-teori dan ramalan mengenai Kiamat, ia perlu ditolak mentah-mentah kerana itu bukan bagaian aqidah KITA."

"Ma'syarol muslimin, para peramal yang bermunculan baik itu dengan geduk apa pun samada politik atau sains, wajib ditolak."

"Akhbirni 'an amaratiha?" itu soalan Malaikat Jibril dalam Hadis Muslim, bertanyakan tentang tanda-tanda Kiamat. Hanya tanda-tanda yang dinyatakan oleh baginda Rasul," ujar Ustaz Yamina.

"Kalau engkau menemukan penggembala ternak yang bertelanjang dada, tidak beralas kaki, tiba-tiba berbangga-bangga dengan bangunan tinggi, maksud Hadis baginda Rasul," tutur Ustaz Yamani.

"Hal ini ulama Muhaddisin menemukan fakta sejarah. Ketika Jazirah Arab yang masih dalam penguasaan Kerajaan Uthmaniyah di Turki, berlaku kekacauan. Dengan kemunculan seorang tokoh berlatarbelakang sebagai pengembala ternak, yang asalnya naik bukit turun bukit mengembala kambing."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.