Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB : KESATRIA
Aku dan Tok Anjang, turun dari rumah dan menuju ke dusun buah-buahan yang telah mula gugur. Sana-sini durian berguguran. Berebut-rebut mendapatkan durian yang gugur.
“Jauh sikit nanti kena kepala!” teriak Tok Anjang setelah melihat aku dan Salmi berlari-lari ke bawah pokok untuk merebut durian yang gugur. Itulah saat yang cukup indah ketika musim durian gugur. Itulah juga perangai aku dan Salmi ketika masih kanak-kanak.
“Salmi! Mari ke sini. Pulut tu belum lagi diceduk,” Tok Anjang Teh yang berada di atas dangau memanggil cucunya.
Pagi itu, kami berempat menikmati pulut dan durian di atas dangau. Sungguh enak menjamu selera dengan ulas-ulas durian yang kuning dan memerah bersama pulut tanak dan santan bersama garam. Aku merasakan Salmi seolah-olah manja denganku.
“Ehem!,” Tok Anjang berdaham kerana ada sesuatu di fikirannya. Dia kurang suka kami bergurau senda, apatah lagi sama-sama muda dan sedang menghadapi rezeki.
“Yang kuning tu, durian nasi kunyit, yang merah sikit tu durian tembaga. Yang ni dari pokok yang baru berbuah. Cuba rasa!” Tok Anjang menawarkan kepadaku beberapa ulas durian.
“Ni pun dah banyak Tok,” aku membalas.
“Ah! Orang muda cepat sangat mengalah.”
Selesai menjamu pulut, Tok Anjang mengajakku ke satu tempat dalam dusunnya. Tempat itu juga tempat permainanku semasa kecil.
“Ingat tempat ini?”
“Ingat, dulu selalu saya bermain di sini,” balasku.
“Nak mengembara lagi? Kita ke zaman perang Salib. Zaman di mana Sultan Salahuddin Al-Ayubi mempertahankan Baitul Muqaddis.”
Aku duduk menghadap Tok Anjang.
“Zikrullah,” ucap Tok Anjang.
Zikir diteruskan seperti biasa memuji kebesaran Tuhan. Alam maya dan jagat raya ini semuanya milik Allah, Tuhan yang satu. Tuhan kita tidaklah sama seperti tuhan Musyrikin. Mereka punya tuhan-tuhan perantara. Bagi kita Allah itu Esa, yakni Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
“Mereka mempunyai berbagai-bagai kitab dalam kandungan yang berbeza. Kita, hanya satu sahaja iaitu Al-Quran. Bagaimanakah Tuhan mereka mahu disebut Allah?” Tok Anjang menyedarkanku.
Bunyi zikir bergema dalam dusun buah-buahan. Tok Anjang dan aku semakin kyusuk dan tenggelam dalam alunan zikir. Kekusyukan itu telah mampu menerobos ruang dan waktu tanpa sempadan, seperti waktu-waktu terdahulu.
Jaluran cahaya putih memancar serentak dengan itu bunyi letupan kedengaran dan gegaran bumi terasa. Badan kaki terangkat sedikit demi sedikit, tuntas terapung di udara. Lama-kelamaan jaluran putih itu menyedut kami keluar dari dusun buah-buahan itu. Mata tertutup rapat kerana pusingan udara begitu kuat di sekitar kami terapung. Apabila mata dibuka, kami telah menerawang dan hadir di kawasan yang sungguh menakjubkan, bumi Palestin di mana terdirinya Masjidil Al-Aqsa.

Tahun 1095 Masihi, Baitul Muqadis.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.