Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 11: PEMBEMBASAN AL-QUDS

Baitul Muqaddis atau juga dikenali sebagai Jurusalem ,kota suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah menjadi rebutan sejak sekian lama, sejak zaman berzaman. Kota suci itu telah jatuh ke tangan pihak Kristian melalui Perang salib pertama dan berterusan hingga ke Perang Salib ke-dua, ia masih belum dapat direbut kembali.

Salahuddin menyeru seruan jihad kepada semua penduduk Jazirah Arab. Beliau juga turut mengingatkan tentang kepentingan kota suci Baitul Muqaddis.

“Nabi Muhammad di Mikrajkan di Baitul Muqaddis,” tutur Tok Anjang. Aku mendengarnya dengan penuh teliti. Setiap 27 Rejab, Isra’ dan Mikraj adalah cuti umum bagi sebahagian kecil negeri-negeri di Malaysia.

“Cuti itu sebahagian sahaja. Yang lebih penting adalah ibrah yang dapat dikutip dari peristiwa Isra’ dan Mikraj, seperti yang dirakamkan melalui ayat pertama surah al-Isra’ dalam Al-Quran, “ Tok Anjang terus menambah.

Kesatuan Islam merentas dari Damascus , Mesir dan seruan jihad diperkukuhkan lagi. Dalam kota suci para rahib semakin bimbang. Mereka dikatakan mengambil dan menyembunyikan pecahan kayu salib yang dipercayai salib yang digunakan untuk menghukum Nabi Isa,disimpan dalam kotak.

“Dalam Peperangan Hittin yang berlaku. Tentera Salib berjaya dikalahkan oleh tentera Salahuddin. Namun, kota suci Baitul Muqaddis masih belum dapat ditawan.”

‘Dalam tempoh dua bulan berita kekalahan tentera Salib di Hittin sampai ke pengetahuan Richard di England.”

“Salahuddin mara ke Baitul Muqaddis dengan seruan jihad. Setelah berperang Baitul Muqaddis dapat mengalahkan tentera Salib yang menguasai kota suci itu.”

“Dengan menguasai kota suci itu, Salahuddin menempatkan dirinya dalam sejarah yang agung.”

“Salahuddin tidak menumpahkan darah mereka yang tidak bersalah. Dia menghalang sebarang pembunuhan. Tempat-tempat ibadat dalam kota suci disucikan dengan air mawar. Tenteranya sendiri yang membersihkan kawasan kuil yang ditinggalkan. Pihak Barat mengakuinya.”

“Timur tengah kemudiannya bersatu melalui pimpinan Salahuddin.”

KEHILANGAN Baitul Muqaddis membuatkan Richard bersiap-sedia memerangi Salahuddin. Di tengah malam yang gelap Richard mengunjungi biara dan memohon restu dari paderi . Paderi memasang tanda salib yang diperbuat daripada kain dan menjahitnya pada baju.”

“Ribuan penduduk mengembara sejauh 2000 kilometer meninggalkan keluarga. Mereka memasang tanda salib di baju masing-masing.”

Musim panas 1190, Richard menghantar kapal perang belayar ke arah Baitul Muqaddis. Salahuddin bermesyuarat untuk membuat persiapan yang perlu bagi mengekang kemaraan Richard dan tenteranya.

BERSAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.