Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 33: BIBIT
"Har bererti gunung dalam Bahasa Ibrani""Magiddo," nama sebuah lembah di Israel.""Har-Magiddo.""Armageddon adalah sebutan mengikut lidah Ibrani (Israel) yang disebut dalam 'Revelation', Bible."

"Barat memesongkan peristiwa yang berlaku pada akhir zaman, Perang Besar atau Malhamah al-Kubra melalui sebuah filem berjudul 'Armageddon', lakonan Bruce WillisdanBen Aflex mengenai bagaimana sekumpulan angkasawan mempertaruhkan nyawa mereka untuk menyelamat dunia dari sebuah komet."

"Dalam filem yang lain, 'Thor' contohnya, pihak Barat menggambarkan peperangan yang berlaku menggunakan senjata manual, kuda, pedang-pedang dan busur-busur panah."

"Dalam berbagai-bagai Hadis yang diriwayatkan oleh pada perawi, Nabi Muhammad SAW menyebut bahawa Perang Besar, Malhamah al-Kubro akan berlaku antara Imam al-Mahdi melawan pihak Rom (Nasrani) yang bergabung dengan Yahudi.""Yahudi dikatakan giat menanam 'tree of the Jews' dalam kawasan Lembah Megiddo. Benar, apa yang disebut dalam sebuah Hadis Nabi, sebatang pohon disebut sebagai 'garqad' bakal menyelamatkan Yahudi dalam peperangan itu."

"Dalam filem 'Lord of The Ring' pula digambarkan peristiwa apa yang berlaku ketika Imam al-Mahdi membunuh Dajjal di atas sebuah bukit. Filem Barat penuh dakyah, namun mereka mengkaji apa yang disebut tentang kejadian akhir zaman dan menyesuaikannya untuk memesongkan aqidah umat Islam."

"Begitulah usaha-usaha Barat. Namun, kita masih terus ditakutkan dengan filem-filem seram yang berbagai-bagai dan disogokkan dengan tema cinta, skandal dan airmata."

Previous: BAB 28: UJUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.