Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB ?? :KHADAM YANG SETIA

“Namaku Bantir, aku berbangsa Kipchak dari Turki,” rakan barunya memperkenalkan diri.

“Aku Namish, berbangsa Caucasus dan rakanku Mulghi pula orang Kurdi,” Namish memperkenalkan dirinya.

“Siapakah kamu dan kamu dari mana?” Tanya Namish.

“Aku … aku tidak pasti,”kata budak itu, dia tidak pasti siapakah dan dari manakah dia berasal. Dia tiada jawapan untuk itu. Dia hanya tahu bahawa dia telah ditangkap oleh tentera Monggul dan kemudiannya dijual di pasar hamba, jauh dari Hamlah.

Sejak hari itu budak itu amat membenci tentera bermuka lebar dan bermata sepet itu. Bangsa tentera itu amat asing baginya. Dia tidak pernah melihatnya sebelum ini. Dia hanya mendengar tuannya berkata “Monggul”. Dia tidak mengerti.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.