Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 7 - MISI TERAHSIA

"zaman batu satu pembohongan daripada orientalist barat," Tok Anjang berkata kepadaku sambil meminta aku mengambil celepa tembakau yang terletak di atas meja kopi.
"Satu pembohongan?" Ujarku.
"Bukankah Rasul diutuskan mengikut zaman?'
"Adakah manusia tinggal dalam gua?"
"Bagaimana dengan kisah Habil dan Qabil yang telah mengusahakan tanaman dan memelihara haiwan?"
"Betul Tok, " pintasku.
"Manusia pertama adalah Nabi Adam. ALLAH telah mengajarkan 'nama-nama' sebelum Adam diturunkan ke dunia. Ini jelas dalam surah al-Baqarah," tambah Tok Anjang sambil membelek-belek kitab lama, Ridayatu as-Solihin karangan Imam Nawawi.

"Memang minda kita telah sekian lama dijajah oleh teori Barat."
"Monyet dan barat tidak boleh dipisahkan. Kerana barat menyanjungi teori Darwin. Ada planet pun dihuni oleh monyet," ujar Salmi menjampuk.
" planet mana?" Aku sengaja bertanya. AKU tahu ramai yang percaya sungguh-sungguh hingga sekarang.
"Planet of the Apes, bang," jawab Salmi. Aku hanya tersenyum.
"Bukankah setiap Rasul dan Nabi ada umatnya. Setiap dari mereka membina tamadun sendiri?" Tanya Tok Anjang.
"Zaman pra-sejarah pun tak wujud. Sejarah manusia bermula dengan turunnya Nabi Adam a.s, kemudian Nabi Idris, Nabi Nuh yang membina bahtera, Nabi Hud sehinggalah sekarang."

"Lahirnya Nabi Muhammad SAW menandakan era terakhir dalam sejarah manusia. Lahirnya Nabi Muhammad SAW membawa rahmat ke seluruh alam."
"Iblis berteriak sebanyak empat kali. Pertama ketika Allah hendak ciptakan Adam, ke dua ketika dilaknat kerana enggan sujud kepada Adam, terputus rahmat Allah padanya, ke tiga ketika di buang ke dunia dan terakhir ketika Nabi Muhammad dilahirkan," syarah Tok Anjang. Aku membelek kitab yang diletakkan di atas meja. Helaian demi helaian aku teliti.
" Kenapa?" Soal Salmi.
"Apabila lahir Nabi Muhammad maka semakin sukar kerja-kerja iblis untuk menyesatkan umat manusia untuk diheret ke neraka."
"Itu sumpah Iblis."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.