Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 8: TEROWONG
"Melalui tebing barat dari arah Bukit Golan, tersergam Kubah al-Saqara. Dari arah timur Dajjal akan muncul."
"Kubah as-Saqara, sekelilingnya telah digali. Bila-bila masa sahaja Yahudi boleh meruntuhkan Masjid al-Aqsa."
"Terowong yang digali itu bakalmenjadi laluan Dajjal, kemunculan di akhir zaman," ujar Tok Anjang sambil menghirup kopi. Kopi harum yang diadun bersama madu Kelulut itu sungguh harum.
"Makam Nabi Sulaiman terletak dalam kawasan Masjid al-Aqsa. Kubur Nabi Daud pula dipenuhi pokok yang dikenali sebagai pokok Yarqad atau Pokok Yahudi."
"Yahudi juga membaca hadis berkaitan akhir zaman.Latissa'ah," ujar Tok Anjang membaca sepotong hadis mengenai pohon yang menyelamatkan orang Yahudi."

"Nabi Daud adalah nabi bagi penganut Islam, Yahudi dan Kristian. 1.3 juta pelawat diterima dari seluruh dunia. Lihat, betapa banyak sumbangan ekonomi kepada Israel," ujarku. Tok Anjang kelihatan membalut rokok daun nipah, kemudian menyedutnya.
"Israel paling takut dengan tentera yang ada di Gaza. Di sana ada tentera yang hebat, sayap HAMAS."
"perang besar bermula di wilayah Aleppo yang disebut dan ditafsirkan dari Hadis Hitan," ujar Tok Anjang. Nasi telah lama tersedia, aku tahu sebentar lagi kami akan dipanggil mengadap hidangan.Bau gulai ikan puyu pun sudah semerbak. Aromanya menusuk deriaku.
"Tok, jemput semua makan tengahari," laungan suara Salmi kedengaran dari arah dapur.
"Hadis Hitan?"
"Ya. Hadis berhubung akhir zaman," ujar Tok Anjang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.