Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB ?: KEJATUHAN KOTA 1001 MALAM

"20 tahun sebelum Salehuddin Al-Ayubi membuka Baitul Muqadis . Negara Islam berpecah dan tiada sebuah kerajaan tunggal Iran,Khursan di bawah Khawarizm, syam, Syria di bawah Ayyubi, Iraq di bawah Abbasiyyah.Amalan Bidaah tersebar ke seluruh pelusuk bumi Islam."

“Baghdad yang terkenal dengan sebanyak 360 buah menara dan keindahannya terukir dalam hikayat 1001 malam, sudah lama menjadi impian Mongol sejak zaman Genghiz Khan lagi.”

Tok Anjang terus bercerita sambil mengesot membetulkan kedudukannya. Kadang-kadang suaranya agak mendatar dan kadang dikuatkan di tempat-tempat tertentu.

“Zikir jangan lupa, “ katanya kepada aku.
“Zikir ... basahkan lidahmu dengan lantunan pujian kepada Allah.

Zikir diteruskan. Kami tenggelam dalam lautan zikrullah yang amat mengasyikkan. Perlahan-lahan keadaan sekitar telah diabaikan. Tumpuan hanya pada lantunan zikir.

“Hati yang keras akan semakin keras jika tidak berzikir,” Tok Anjang berbisik perlahan-lahan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.