Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB: MARA

Aku melihat berbagai ketumbukan soldadu yang bergerak dalam kumpulan. Setiap kumpulan dianggarkan mengandungi 100 ribu orang soldadu yang memakai perisai berpalang salib, berwarna merah .Mereka lengkap dengan topi besi dan jala-jala besi yang dipakai dipadan, termasuk penutup hidung.

“Ketumbukan tentera ini telah menawan Antakya, sebuah wilayah Daulah Seljuk pada bulan Jun, tahun 1908 di bawah pimpinan Raymond dari Tolouse,” Tok Anjang terus bercerita.

“Kumpulan itulah yang mara dari ke selatan, menuju ke Baitul Muqadis setelah berjaya menawan Maarat al-Numan.”

“Di manakah? kota Maarat al-Numan itu, Tok”

“Kota Maarat terletak di wilayah Syria, seorang kesatria bernama Raymond Pilet dari ketumbukan tentera Raymond dari Tolouse itu menghancurleburkan pertahanan Muslim di kota itu. Ribuan garison tentera Daulah Seljuk yang mempertahankan kota itu dibunuh dengan kejamnya pada musim dingin.

“Maarat, sebuah kota yang penting terletak di jalan menuju Damascus akhirnya ditawan tentera salib, mereka mendirikan sebuah menara bagi mempertahankan kota itu, dengan menempatkan pasukan peninjau. Mereka bimbang diserang balas oleh penduduk setempat dan tentera Seljuk. Samalah seperti pasukan keselamatan menempatkan menara-menara kawalan di perbatasan negara,” aku mencatatkan sesuatu dalam iPad yang berada bersamaku.

“Maarat bukanlah sebuah kota yang kaya dengan makanan, tetapi ia amat penting bagi usaha untuk mara ke Damascus,” kata Tok Anjang. Aku mendengarnya dengan teliti.

“Tentera salib berharap penduduk tempatan akan membekalkan makanan kepada mereka. Angin musim sejuk yang mencengkam dengan kedinginan serta kelaparan yang melampau menjadikan tentera salib di bawah Raymod, puak kanibal.”

“Puak kanibal? Mereka memakan manusia?” Tanyaku kehairanan.

“Apakah lagi yang hendak dimakan?”

“Mereka memakan manusia. Mengikut catatan seorang tentera yang bernama Fulcher “ Aku menggeletar untuk memberitahu bahawa, kebanyakan daripada kami tersangat lapar. Kami memotong punggung penduduk tempatan yang dibunuh, dimasak di atas api tetapi belum sempat masak sepenuhnya, kami membahamnya dengan rakus.”

“Siapakah mangsa-mangsa yang menjadi makanan itu?” Tok Anjang ingin mengetahui lebih lanjut.

“Mengikut catatan mereka adalah kaum Muslim yang tinggal di kota Maarat dan gugur syahid mempertahankan kota. Pihak barat menyebut sebagai mereka sebagai ‘saracen’.

“Sungguh tidak bertamadun tentera salib ini, memakan daging manusia.”

“Fulcher of Carters adalah sebuah babad dari Perang Salib Pertama, yang pada mulanya ditulis dalam bahasa latin. Ia sebuah catatan perang,” aku memberitahu Tok Anjang.

“Teknologi sekarang amat mudah, mudah saja merungkai misteri yang ada, mencantumkan teka-teki yang ditinggalkan, dan mendapatkan jawapannya.

“Bagaimanapun, perlu dibuat rujukan silang, Tok.”

“Rujukan silang? Tanya Tok Anjang. Nampaknya aku dan Tok Anjang amat berbeza pendekatan. Pendekatanku mengikut berbagai-bagai sumber tapi pendekatan Tok Anjang hanya berdasarkan cerita-cerita penglipurlara dan rujukan kitab-kitab lama.


13 Januari 1099

“Raymond dari Tolouse bergerak ke arah selatan menuju ke kota Al-Quds. Ribuan tentera yang memakai lambang salib merah menderu bagai halilintar, mereka ialah kawanan harimau yang lapar mencari mangsa.”

“Kumpulan ini dibantu oleh Tancred dan Robert dari Normandy, semuanya bergerak ke arah yang sama. Sebulan berikutnya Godfrey dari Bouillon, mara ke bawah pesisiran Mediterranean, dan menghadapi tentangan daripada penduduk tempatan.”

“Dalam pada itu, golongan bangsawan di Eropah mengumpulkan beribu-ribu orang tentera salib yang mampu bergerak dalam berbagai arah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.