Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,134
Kategori: Novel
Genre: Travelog
BAB: AKU DAN KOMPUTER


Untuk menggunakan sesebuah komputer, memerlukan sekeping disket bersaiz 8 inci, saiznya kira-kira dua kali ganda dari disket yang ada pada masa sekarang, yang bersaiz 3.5 inci. Disket bersaiz besar itu mengandungi program yang dikenali sebagai DOS (Disk operating System). Komputer akan membaca arahan dari DOS sebelum sesuatu program yang disimpan di dalam disket lain boleh dimulakan. Disket juga disebut sebagai ‘floppy disk’.

Komputer ketika itu kebanyakanya daripada model yang menggunakan prosesan Intel 386 dan Intel 486. Setiap kali komputer dihidupkan, sekeping disket lembut bersaiz 8 inci dimasukkan ke dalam pemacu cakera, pengguna perlu menunggu sehingga DOS dimulakan.Apabila dimulakan terdapat 'DOS prompt' menunggu arahan pada monitor hijau (monochrome) untuk dimasukkan disket program bagi memulakan kerja.

Banyak perkara berkaitan komputer telahku pelajari di pusat itu, selain daripada mengajar. Peluang berada di pusat itu aku gunakan sepenuhnya untuk mendalami bidang penggunaan komputer termasuk perkakasan dan perisian. Kebetulan, pemilik pusat itu merupakan seorang juruteknik komputer yang juga mempunyai syarikat di Syah Alam. Segalanya dari perisian Lotus 123, Dbase IV, Word Star hinggalah kepada perisian grafik yang digunakan untuk penyediaan kad jemputan kahwin, habis aku khatam.

Aku seolah-olah memiliki semua komputer yang ada di situ, tidak seperti ketika mula-mula diperkenalkan dengan sebuah komputer di sekolah. Ketika itu hanya ahli koperasi sekolah sahaja yang dibenarkan menggunakan kemudahan komputer di bilik komputer di sekolah. Ketika pada akhir 80an, komputer dilihat sebagai sesuatu benda yang pelik. Aku masih ingat sebuah perisian yang digunakan ketika itu dan diperkenalkan oleh cikgu iaitu “Turtle” yang digunakan untuk melukis bentuk-bentuk. Itulah kali pertama dan terakhir aku melihat komputer,sehinggalah melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1987.

.... SAMBUNG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.