Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,322
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 40 : Tennyson

Akhirnya setelah 6 bulan tinggal di apartment di Yeronga sejak Sept. 2007, kam dapat berpindah ke sebuah rumah di Tennyson 2 km dari Yeronga. Kali ini betul-betul rumah sebuah lengkap dengan 'backyard', taman bunga (garden), carpot.Cukup lapang dan luas macam tinggal di Taman Perumahan kat Malaysia. Syukur Alamdulillah dapat sebuah rumah yang harga sewanya murah sedikit dari Apartment 3 bilik di Yeronga.

Kini sebuah rumah 3 Bilik lengkap dengan kemudahan bilik cuci (laundry). Aman dan tenteram walaupun tiada komuniti Malaysia bahkan Melayu di daerah Tennyson. Pindah rumah adalah sesuatu yang renyah dan rumit, mengangkut saja dengan kereta 5-6 kali tak habis, atas pertolongan Ady, kami sewa Ute (Yute) , kenderaan Toyota Hi-Lux lengkap dengan tempat isi barang, macam untuk bawa buah-buahan (rambutan) di kampung.

Aku pandu sendiri Ute tersebut pengalaman pertama memandu Lori Kecil di Brisbane, kena hon 2-3 kali melalui kawasan bandaraya Brisbane, jambatan Kapten Cook, Kangaroo Point.

Untuk mengangkut, lori kecil yan dikenali ebagai ‘Ute’ dicari.Sewa Ute untuk mengangkut lain-lain barang yang dibeli secara 'garage sales' dari David yang akan pulang ke Peranchis. dapatlah mengakut washing machine (muatan 6 kg) beratnya 4 orang kena angkat, baiknya si David tolong mengangkat sama dari Level 11 Apartment mewahnya di Kangaroo Point. pindah sesuatu yang banyak kerja, mengangkut saja dengan kereta 5-6 kali tak habis, atas pertolongan Ady, kami sewa Ute (Yute) , kenderaan Toyota Hi-Lux lengkap dengan tempat isi barang, macam untuk bawa buah-buahan (rambutan)

Jika tidak boleh memindahkan barangan sendiri, boleh dapatkan perkhidmatan dari ‘movers’. Peliknya hanya seorang pekerja yang datang memberi perkhidmatan mengangkat barangan dan peralatan rumah. Lelaki berbadan sasa mampu mengangkat peti ais seorang diri menaiki tangga, selain daripada mengangkat barangan biasa.

Ia hanya berbekalkan tenaga serta seutas tali. Lelaki itu juga pemandu lori yang akan mengangkat barangan. Bagaiamanapun, rasanya lelaki ‘movers’ ini tidaklah sehebat orang arab Yaman yang boleh mengangkat peti ais besar dengan menggunakan kain dan tenaga kekuatan kepala, seperti yang dicatatkan oleh penulis travelog “Permata di pintu Kaabah”, Munir Ramli.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.