Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,346
Kategori: Novel
Genre: Travelog
WALTZING MATILDA DAN BILABONG

Australia satu ketika dulu dikenali sebagai “New Holland” atau “Belanda Baru” oleh penjelajah dari Belanda bernama Abel Tasman pada tahun 1644. Kemudian sehingga 180 tahun sejak dari itu dikenali sebagai “New Holland” atau “Nova Hollandia” dalam Bahasa Latin.

Abel Tasman adalah seorang pedagang, penjelajah dan pakar pelayaran yang bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) menjadi orang pertama yang mendarat di Pulau Tasmania, yang terletak di selatan benua Australia. Tasmania juga dikenali sebagai “Van Diemen’s Island” dalam pemetaan yang dijalankan oleh Franchois Visscher ketika penjelajahan Abel.

Proses pemetaan itu mengenalpasti beberapa kawasan di sekitar Australia termasuk New Zealand, kepulauan Fiji dan kepulauan pasifik yang lain. Peta ini dikenali sebagai “Bonaparte Tasman Map” dan masih disimpan di “State Library of New South Wales”.

Penduduk asal Australia aalah terdiri daripada kaum orang asli yang juga dikenali sebagai “Aborigines”. Kaum ini terdiri daripada berbagai puak, yang mendiami seluruh tempat di benua Kangaroo ini. Mereka tinggal dan mengalami berbagai jenis musim mengikut lokasi tempat tinggal dan mereka dikatakan masih mengamalkan budaya nenek moyang mereka.

Sejarah mereka dikatakan bermula selepas Zaman Ais. Pengkaji sejarah, curator selalunya akan mengambil titik tolak utama dalam sejarah seperti Zaman Ais dan Banjir Nabi Nuh, sebagai titik perubahan mukabumi, penduduk dan budaya sesuatu bangsa. “Aborigines Australians” adalah merujuk kepada kaum peribumi yang telah tinggal di benua Australia dan Pulau Tasmania sebelum berlakunya pendudukan Inggeris pada tahun 1788.

Kaum ini dikatakan berhijrah dari Asia Tenggara ke benua Australia. Pada Zaman Ais terakhir dengan menggunakan perahu, kira-kira 50,000 tahun yang lampau. Benua Australia telah menjadi bumi leluhur mereka, di situ mereka hidup, beranak-pinak serta mengamalkan adat dan budaya yang telah diwarisi sejak zaman berzaman. Mengikut rekod terdapat kira-kira 400 puak kaum asli (aborigin) yang hidup di seluruh Australia, sebelum penjelajah dan penjajah membawa masuk narapidana secara beramai-ramai pada abad ke-17.

Pengkelasan puak ini adalah berdasarkan kepada keturunan, dialek, cara pertuturan orang-orang dari kaum ini, seluruh benua Australia. Pada mulanya kaum aborigin dikatakan hidup dalam tiga kawasan budaya utama yang dikenali sebagai budaya utara, budaya selatan dan budaya tengah.

Cara hidup penduduk yang mendiami kawasan budaya utara dan selatan lebih dipengaruhi oleh sumber laut dan hasil hutan. Kawasan itu juga lebih padat dibandingkan dengan kawasan tengah kerana sumber makanan yang banyak. Catitan seorang pengkaji menyatakan bahawa kaum aborigin dikenali mengikut nama unik

Di Tanah Ratu terutamanya Brisbane, kaum aborigine ini tinggal bermukim di sepanajang Brisbane River, kerana di sana tersedia segala macam sumber makanan, flora dan Fauna. Suku kaum yang dikenali sebagai Jagera mendiami tanah ratu suatu ketika dulu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.