Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,346
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 27 : Daddy, you want to cut the cord?

Hasil dari pemeriksaan awal /trimester mendapati terdapat kelainan pada kandungan isteriku. Pakar scan merujuk kepada Genetic Specialist di tingkat 2 Royal Brisbane Woman Hospital (RBWH).

“I would like to advice you that your baby is merely to have some complications. It depends how good it is. High possibility to have a baby with chromosome disorder, possible for C21”.

terang pakar tersebut kepada isteriku dan aku

“It depends to you wheter you would like to proceed or not. I would suggest you to do amniosintesis".

“We need to put a needle into your belly, then take a sample of amnio liquid. From there we can do a test about chromosome”

Terang pakar itu lagi, cakapnya macam bertih digoreng. Aku tidak dapat membayangkan apa yang bakal berlaku seterusnya. Isteriku pasrah begitu juga diriku. Kami percaya semuanya kehendak Allah atas apa yang berlaku. Saranan dari pakar tersebut tidak dipeduli. Ujian yang dicadangkan tidak perlu dilakukan.

Bukan tidak percaya kepada kepakaran mereka tapi berserah kepada takdir. Isteriku juga pasrah dan turut mendapat nasihat dari ibunya di tanahair. Aku cuba mencari maklumat di Internet berkaitan ujian tersebut. Hasilnya mendapati bahawa ramai rakyat di USA menolak ujian ini dan dikatakan hampir 90% rakyat tidak bersetuju ujian ini dilakukan. Hari-hari seterusnya membawa sinar gembira kepada kami sekeluarga. Isteriku sibuk mengikuti jadual pemeriksan berkala di Klinik Ibu RBWH.

Semua pemeriksaan dilakukan setiap kali datang ke RBWH. Dari mengambil darah, nasihat pemakanan dan sebagainya. Sedang isteriku sibuk untuk menjalani pemeriksaan , aku pula sibuk menguruskan hal pendaftaran dan mengisi borang OHSC bagi tujuan tuntutan insuran perubatan. OHSC adalah insuran yang wajib diperolehi bagi sesiapa saja yang belajar di Australia. Kadarnya bergantung kepada jumlah ahli keluarga.

Semakin ramai ahli keluarga semakin tinggi kadarnya. Dengan OHSC berbagai kemudahan diperolehi dari klinik-klinik swasta (General Practice) dan hospital kerajaan Australia. Walaupun ianya tidaklah setanding dengan kemudahan yang disediakan melalui Medicare bagi rakyat dan pemastautin tetap Australia, tetapi mencukupi untuk tujuan rawatan dan membeli ubat-ubatan.

Sebahagian belian ubat boleh dituntut kembali mengikut kadar-kadar yang telah ditetapkan. Manakala sebahagian lagi ditanggung oleh kita sendiri. Medicare Card adalah kad insuran perubatan tunggal yang dimestikan bagi rakyat dan pemastautin tetap Australia. Alangkah baiknya jika ada kad insuran seperti ini di tanahair. Secara bandingan insuran perubatan yang dilaksanakan di Malaysia adalah dikendalikan oleh berbagai pihak menyebabkan tiada kadar yang setara dan faedah-faedah perubatan yang sama rata.

Ianya bergantung kepada jenis insuran perubatan dan penyedia perkhidmatan. Hari berganti hari bulan berganti bulan, dari first trimester menjadi fourth trimester. Kandungan isteriku semakin sarat.

Mengikut surat yang diterima dari RBWH 25/8/2011 adalah tarikh akhir berjumpa dengan klinik ibu. Aku membawa isteriku dari rumah sewa kami di 63 Camelot St, Tennyson dengan menaiki Mitsubishi Magna 2.6 bernombor pendaftaran 106 CBK, ke klinik.

Hasil dari pemeriksaan darah dan kandungan mendapati bahawa risiko tinggi untuk bayiku mendapat komplikasi. Tambahan pula isteriku mengalami diabetes pregnancy, penyakit kencing manis ketika mengandung. Sepanjang mengandung isteriku juga turut menjalani rawatan insulin dan menjaga pemakanan mengikut nasihat doktor.

Isteriku dimasukkan ke wad kerana pemeriksaan mendapati bahawa kelahiran mungkin berlaku dan tidak dapat dijangka. Tambahan pula berat kandungan mencapai lebih 4 kg mengikut kiraan mesin scanner. Sepanjang di dalam wad layanan adalah first class. Semua soal kebajikan diambil berat.

Pakar pebidanan Dr. Andreu menjangkakan bahawa isteriku mungkin tidak mampu untuk melahirkan bayi secara biasa, bahkan dimaklumkan bahawa tali pusat telah semakin membelit-belit. Kami hanya berserah tentang apa yang bakal berlaku hari-hari berikutnya.

“ How are you. I hope you fine," sapa Dr. Andrew.

“Since you have to do casearan, I need to explain the procedures," terang Dr. Andrew kepada isteriku.

Sibuk Dr. Andrew memberi penerangan berhubung apakah tujuan dan risiko melakukan pembedahan tersebut. Selesai penerangan, nota tersebut ditandatangani tanda faham atas segala berkaitan yang telah diterangkan.

6 oktober jam 8.30 pagi, Dr. Hogg yang datang mengesahkan maklumat memaklumkan bahawa persiapan telah dilakukan di dewan bedah, hanya menunggu arahan dari Dr. Andrew untuk melakukannya. Tiba-tiba sakit isteriku datang dan Dr. Andrew yang melakukan pemeriksaan memperakukan bahawa kelahiran normal boleh berlaku. bagaimanapun pada jam 9.15 pagi di dewan bersalin (dalam air, etc disediakan), Dr. Andrew memaklumkan bahawa pembedahan segera perlu dilakukan.

Sepasukan paramedic datang dan isteriku dilarikan ke dewan bedah yang terletak kira-kira 100 meter dari dewan bersalin. Aku juga turut berkejaran menyorong katil ke bilik bedah. Sesampai di di ruang depan bilik bedah ada sebuah bilik khas bagi tujuan bius. Sepasukan kira-kira 6 orang telah bersiap sedia, 4 orang dengan segera melakukan bius dan seorang pakar mengarahkan kerja-kerja. Selesai proses tersebut, isteriku di bawa masuk ke bilik bedah,pintu ditutup rapat, semuanya di dalam, aku tidak dibenarkan masuk melihat apa yang berlaku.

Kira-kira 15 minit, seorang jururawat keluar dan menyuruh aku menyalin pakaian khas yang disediakan dan menasihatkan aku masuk ke dalam bilik bedah. Aku tergamam melihat apa yang berlaku di dalam deaWan bedah. Begitu ramai Sekali paukan perubatan yang menjalankan tugaS. Iteriku Haida kelihatan terbaring dan maSih dalam keadaan Sedar. Aku tergamam, bahkan inilah kami pertama aku dibenarkan maSuk untuk melihat proseS KELAHIRAN bayi.

Sedang mata aku tertumpu kepada raut ajah iteriku di ataS katil, aku diSapa oleh ketua bidan

“Do you bring your camera, you can capture your baby?”. Beliau bertanya.

Beliau bertanya samada aku ada membaWa kamera untuk merakamkan detik-detik kelahiran. Kelihatan beberapa orang pakar bedah edang melakukan kerja mereka, tabung darah terletak dikiri kanan katil iteriku yang edang terbaring. Separuh badannya telah dibius, jadi iteriku kelihatan Sedar. Beberapa pakar kelahiran telah bersiap edia menyambut kelahiran bayi kami. Doktor dan pakar kanak-kanak kelihatan disudut hujung sebelah kanan.

Aku diperkenalkan secara ringkas oleh bidan yang sedang bertugas. Ini menjadikan bilik bedah yang agak besar itu kelihatan ramai dan padat dengan petugas, termasuk peralatan-perlatan yang digunakan bagi proses kelahiran melalui pembedahan (caesarean).

Ini kali pertama isteriku perlu menjalani pembedahan semasa kelahiran. Ke tiga-tiga anak sebelum ini dilahirkan seperti biasa, walaupun anak yang ke dua dilahirkan tidak cukup bulan. Aku merapati isteriku di katil bedah, tangannya ku genggam erat.

Aku tidak dapat menahan perasaan melihat betapa siksa dan susahnnya proses kelahiran sebenarnya. Kerana sebelum ini aku langsung tidak berpeluang melihat bahkan di tanahair pihak suami hanya dibenarkan menunggu untuk dipanggil di tempat menunggu yang disediakan, tanpa mengetahui apa yang sedang berlaku di bilik bersalin.

Keadaan ini terutamanaya di hospital kerajaan. Bagaimanapun di hospital atau pusat kelahiran swasta pada masa sekarang, pihak suami telah dibenarkan masuk membantu proses kelahiran isteri. Segala keistimewaan diberikan tapi perlu menyediakan bayaran ribuan ringgit di pusat kelahiran swasta.

Tidak di sini, tiada sesen Australia yang akau keluarkan untuk proses kelahiran bayi kami. Syukur, kemudahan yang disediakan melalui skim insuran OHSC melayakkan kami mendapat layanan seumpama rakyat Australia sendiri.

“Rabbi yasir wala tu’assir, rabbi tammim bilk hair”, “ la ila hailla anta subhana wa atu builaih”

inilah ucapan dan doa yang dibacakan oleh aku sambil memegang erat tangan isteriku. Pembedahan sedang berlangsung, bahagian pembedahan ditutupi dengan penutup kain dan diletakkan tirai bagi menghalang pandangan.

Darah kelihatan keluar dan masuk melalui aluran dari tempat pembedahan, ke dalam tiub yg terletak di kiri kanan iteriku. Aku hanya mampu melemparkan sekilaS pandangan kea rah 3 orang doctor yang menjalankan kerjanya. Tak sanggupp aku lihat apa yang sedang dipotong

Memang telah menjadi kebiasaan pihak hospital mengalu-alukan suami atau pasangan masuk melihat proses kelahiran. Gunanya untuk membantu dan memberi semangat kepada ibu untuk melahirkan bayi. Aku juga telah mendapat maklumat awal dari Zaini yang telah mempunyai pengalaman menyambut kelahiran anak ke duanya di Bribane, di WeSt End Hopital ,

“Abang nanti bawa kamera, boleh ambil gambar baby nanti, kata Zainy kepadaku suatu hari di rumah. Bahkan jika pasangan ‘girlfriend’ pun akan dibenarkan masuk untuk membantu proseS kelahiran.

Aku kembali ke arah isteriku yang berada di katil pembedahan. Bunyi tangisan bayi kedengaran. Secara tiba-tiba Midwife yang bertugas menyerahkan bayi kepadaku. Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan seolah-olah menyambut kelahiran sendiri. Kami menerima bayi yang diserahkan dengan penuh kesyukuran, dan kegembiraan jelas terpancar di wajah isteriku. Dengan penuh kesyukuran, iqamah diazankan ke telinga kecil dengan nada perlahan.

Jika di tanahair mungkin boleh dikuatkan sedikit iqamah atau azan. Iqamah atau azan dari segi hukumnya adalah sunat. Bagiamanapun falsafah dan hikmah disebalik amalan ini adalah untuk menjauhkan dari bayi dari gangguan Jin yang bernama Ummu Sibyan.

Berdasarkan Hadith dari Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi yang bermaksud "Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)". Tambahan pula hadith riwayat dari Abu Daud, dari Ubaidillah bin Abi Rafi’ia berkata: Aku melihat Rasulullah SAW mengumandangkan Azan di telinga Husain ketika siti fatimah melahirkannya, yakni dengan azan solat.

Bayi perempuan kami kemudiannya diambil leh Midwife dan diletakkan pada tempat letak bayi yang terletak di hadapan katil pembedahan. "Congratulations!, you have beautiful baby", sapa Midwife yang sedang membersihkan bayi kami. Kelihatan Doktor yang berada di sebelahnya turut tersenyum dan turut mengucapkan tahniah kepada kami.

Bagaimanapun doktor berkenaan bukanlah dari pasukan pakar yang melakukan pembedahan. beliau adalah doktor yang khusus untuk membuat pemeriksaan ke atas bayi yang dilahirkan. kerja pembersihan bayi dibuat dengan penuh cermat oleh Midwife yang bertugas.

Tali pusat yang bersambung dengan uri kelihatan bergumpal dan agak besar berpintal. Kami dimaklumkan bahawa inilah punca pembedahan dilakukan. kelihatan Midwife memegang gunting di sebelah tangan kanannya. Tangan kirinya memegang badan bayi.

Aku berada dihadapan Midwife tersebut. Tiba-tiba beliau bersuara kepadaku, "Daddy, you want to cut the cord?", katanya kepadaku bertanya adakah aku hendak memotong tali pusat bayi ?. Pertanyaan tersebut sedikit mengejutkan kerana sebelum ini kami telah dimaklumkan bahawa Midwife akan membenarkan 'daddy' memotong tali pusat. Adakah aku sanggup untuk memotong tali pusat bayi kami?

"Cord" yang dimaksudkan ini adalah apa yang kita kenali sebagai tali pusat, atau dalam bahasa perubatannya adalah "Umbilical cord", yang menyambungkan bayi dengan plasenta atau uri. Jika di kampung ketika bidan menyambut bayi, tali pusat bayi akan dipotong dan diuruskan oleh bayi. Semua ibu-ibu dan maklum berkaitan hal ini.

Dalam masyarakat Barat, amalan memotong tali pusat oleh si ayah atau pasangan adalah sesuatu yang dikatakan sebagai 'a good way for husband to feel more including in the birth process", atau pun supaya bapa lebih menjiwai dan merasakan proses kelahiran bayinya.

Mengikut pakar kelahiran "Fathers cutting the umbilical cord is a modern phenomenon over the last 50 years or so. The goal is for them to feel more involved in the delivery. It is also perhaps seen as the first step in the passage to the rite of fatherhood.

Aku telah juga dimaklumkan oleh Zainy Ahmad yang mempunyai pengalaman menyambut kelahiran anaknya di UK dan di Mater Hospital, Brisbane berhubung memotong tali pusat bayi. Dalam masyarakat Barat sendiri tidak semuayang sanggup melakukannya.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana darah bayi akan keluar dari potongan daging tali pusat itu. Terbaca beberapa pengalaman bapa yang menggigil dan tidak dapat membuat potongan yang baik, melalui forum di Internet. Dan bayangkan ianya perlu dilakukan dengan cermat dan cepat. Lantas aku mengambil keputusan, menjawab pertanyaan Midwife tersebut "Sorry, I can't kataku memberitahunya bahawa aku tidak boleh.

Aku masih diberi peluang di mana Midwife berkenaan masih lagi bertanya "Are you sure?", adakah anda pasti. Mungkin beliau merasa hairan kerana aku tidak boleh memotong 'cord' bayi kami. "Yes I am sure", kataku. Seletelah itu Midwife berkenaan terus melaksanakan tugasnya dengan sempurna. Bayi kami yang diselimut lahir pada musim dingin di Tanah Ratu ini kemudiannya diletakkan di atas alat timbangan bayi.

Midwife tersebut turut bertanya samada aku merakamkan catatan timbangan bayi dengan kamera. Sungguh perihatin Midwife ini melaksanakan tugasnya. Catatan timbangan mencatatkan berat bayi 4.275 kg. "Beautiful baby,very chubby baby", ngomel Midwife yang mengakhiri proses timbangan dan meletakkan kembali di tempat asal tadi untuk dipakaikan baju.

Memang Chubby, anak-anaku kemudiannya memanggil "Pak Gemok", kerana kemontelannya. Kemudainnya Kelihatan ramai petugas yang berada dii dewan itu mengerumuni bayi "Pak gemok" kami. Mungkin antara bayi yang termontel pada waktu itu. Mereka kelihatan memegang, memberi komen dan menyebut 'chubby' dan 'chubby'. Anugerah Allah di bumi Tanah Ratu

Kini cabaran baru melanda. Aku perlu menjaga hal ehwal isteriku setelah melahirkan anak. bayi yang dilahirkan kemudiannya dipindahkan segera ke wad kanak-kanak. Ini bagi mengawal keadaannya disamping memisahkan dari isteriku yang kini lemah dan separuh sedar kerana diberi morfin untuk mengurangkan kesakitan. Isteriku dipindahkan ke wad biasa pembedahan secara sementara, yang akhirnya dipindahkan ke wad bersalin.

Setelah semuanya selesai aku kembali ke rumahku yang terletak di Tennyson, untuk berjumpa dengan anak-anaku yang pulang dari sekolah pada jam 3.30 petang. Aku perlu kembali ke hospital untuk melihat isteriku pada keesokan harinya, kerana hari hampir malam , sebentar lagi jam 5.30 petang akan masuk waktu maghrib.

Oleh kerana kesemua anak-anaku tidak sabar untuk melihat keadaan bayi yang baru lahir, malam itu aku bergegas juga ke Royal Woman Brisbane Hospital yang terletak di Herston. Anak-anaku amat gembira melihat adik mereka yang 'chubby' itu. Isteriku kembali sedar dan dijaga dengan rapi oleh petugas-petugas yang mengawal secara 24 bergilir-gilir bagi semua pesakit di wad bersalin 4H di RWBH itu. Kami pulang ke ruamh dengan gembira, bayi masih dipisahkan dari ibunya.

Keesokan harinya aku kembali ke RWBH menjengok isteriku. Daging panggang dan limau besar menjadi bekalan untuk isteriku. Daging panggang adalah untuk membuka selera manakala limau adalah untuk mempercepatkan luka dari pembedahan. Jika di Malaysia pasti banyak pantang larang yang perlu dipatuhi oleh mereka yang bersalin. makanan yang disajikan adalah nasi putih berlaukkan ikan masin. sayur-sayuran tidak dibenarkan kerana ditakuti sejuk.

Sungguh berbeza kerana mereka yang telah melahirkan anak diberi makanan berupa salad, daging dan ayam sebagai makanan utama, di samping roti, sup dan seumpamanya. Makanan di sini memang dikawal dari segi halal, berdasarkan label yang tertera dengan jelas.

Boleh diyakini halal kerana kandungan bahan yang digunakan diperincikan. Inilah yang menjadi panduan mereka yang tinggal di sini. makanan yang disediakan membuatkan aku teringat cerita dari sahabat Saudiku, Al-saleh, beliau menceritakan bahawa orang Arab biasanya akan menjamu ibu yang bersalin dengan seekor ayam panggang dan roti.

Bagi memulihkan tenaga si ibu. Sungguh berbeza, bak kata pepatah “lain padang lainlah belalangnya”. Disebelah bilik wad disediakan ruang khas yang disajikan dengan sarapan pagi berupa roti, sup cendawan dsb. Ini adalah untuk para tetamu yang datang melawat. Aku juga turut dipelawa menikmati sarapan yang disediakan di bilik wad tersebut.

Sepanjang empat hari melawat isteriku di RWBH, menjadi rutinku untuk membawa daging panggang dan buah limau. Memang mujarab, kandungan vitamin dan serat dalam buah limau dapat mencepatkan penyembuhan luka isteriku. Isteriku seperti biasa dibekalkan dengan segala macam ubat dan peralatan. Beliau beransur pulih dan boleh menguruskan bayi kami. Setelah 11 hari di RWBH doktor telah membenarkan isteriku keluar dari hospital. Sepanjang di sana layanan adalah first class.

Sebulan selepas itu kami menerima bil hospital. Bayaran yang perlu dijelaskan adalah sebanyak AUD12.7 K. Begitu lumayan caj hospital, jika di Malaysia jumlah sebanyak itu boleh membeli sebuah kereta. Setelah pulang ke rumah bermulalah episod baru bagiku iaitu menjaga isteri dalam pantang, selepas bersalin. Tiada siapa-saiapa di sini, hanya rakan dan jiran yang dapat membantu.

Kami pulang ke rumah bersama bayi baru beserta semua dokumen-dokumen yang dibeklakan oleh pihak hospital. Untuk rekod suntikan-suntikan penting dan pemeriksaan bayi mengikut jadual.

Untuk tujuan ini kami bebas memilih pusat kesihatan (Health Care) untuk mendapatkan suntikan dan memantau perkembangan bayi. Suatu perkara yang menarik sepanjang tempoh ini adalah, pusat kesihatan memberi kebebasan untuk ibu bapa menimbang dan mengukur saiz bayi dengan kemudahan yang disediakan. Selain daripada itu, pihak BC juga menawarkan suntikan pencegahan penyakit secara percuma kepada ibu-bapa atau ahli keluarga bayi yang dibawa. Biasanya suntikan ini adalah untuk “tetanus” dan 'batuk kokol”.

Selain dari rekod kesihatan kami turut dibekalkan sebuah fail yang mengandungi dokumen lengkap serta tatacara menuntut faedah kewangan dari kerajaan. Setiap anak yang baru lahir akan diberi ganjaran wang sebanyak AUD3000 beserta faedah-faedah yang lain.

Sungguh berkebajikan negeri Tanah ratu. Bagaimanapun pembiayaan ini terhad untuk warganegara Australia serta mereka yang diberikan status penduduk tetap (PR). Kami yang datang atas kelulusan 'student visa 541' tidak layak untuk membuat tuntutan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.