Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,342
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 15 : Mr. John, Labu dan Macademia

Buah labu adalah di antara sayuran yang amat digemari oleh masyarakat Inggeris. Kehidupan mereka dengan Labu tidak dapat dipisahkan. Labu juga adalah diet utama bagi mereka. Ini juga tidak terkecuali dengan masyarakat Inggeris di Australia. Pie labu yang disediakan adalah menu resmi tradisi ketika menyambut thanksgiving.

Begitu juga dengan labu yang dihias dan diukir untuk menyambut perayaan Halloween. Ketika menyambut Halloween , buah labu akan diukir menjadi lampu yang dihias cantik yang dikenali sebagai “Jack-O-Lantern” Pendek kata labu adalah sayuran yang ditanam untuk tujuan makanan dan hiasan, serta mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan orang Inggeris, kerana kaitannya dengan tradisi atau “folklore” mereka berkaitan kepercayaan, jenaka, musik atau cerita rakyat (fairy tales).

Dalam cerita kanak-kanak “Cinderella” contohnya, ada kereta kuda dari Labu besar disediakan untuk menghantar Cinderella ke istana Raja. Pepatah Inggeris juga menggunakan labu sebagai menggambarkan kepandiran seseorang yang disebut sebagai “country pumpkin”. Selain daripada itu watak “Labu” dalam Filem P.Ramlee “Labu dan Labi”, juga menggambarkan watak lurus bendul, dan digabungkan dengan watak “Labi”.

Bahkan dalam banyak masyarakat di dunia Labu digunakan dalam peribahasa mereka dalam kehidupan seharian, contohnya dalam pepatah China “apabila labu mendapat air, terung pun mendapat air”. Di kalangan orang Melayu pula terdapat peribahasa “seperti tikus membaiki labu”.

Selain daripada itu labu juga popular di seluruh dunia sayuran dan bahan untuk membuat sup dan “congee” contohnya di China, Belgium, Mexico dan Belanda. Di China, labu dikatakan amat digemari oleh mereka yang berada di utara kurang menggemarinya, tetapi berlainan dengan penduduk di Selatan China, Canton misalnya mempunyai permintaan yang tinggi terhadap labu.

Di sini labu adalah antara sayur yang agak murah jika dibandingkan dengan kacang panjang(snake bean), lengkuas(glanges), halia(ginger), cabai besar, sawi (chinese vegi), anak sawi (pak choi). Harga halia mencapai sehingga AUD13 - AUD 15.oo per kg manakala cabai sekitar AUD9.00 ke AUD11.00 per kg., 1 AUD adalah bersamaan kira-kira RM2.99 ke RM3.00, bayangkanlah harga halia.

Terdapat bermacam jenis ada labu berbentuk seperti "labu air", ada "Green Pumpkin" (macam selalu dalam kartun Halooween) ,"Jap Pumpkin" ,"Queensland Pumpkin" dan "Pumpkin Queensland Blue" sepanjang 2-3 minggu ni merasa "goreng/cucoq labu", "puding labu" dan akhir sekali hari ni "sayog labu manis dengan udang masin", fuuuuuh. Kalau dulu rasa masakan Mak di kampung "sayur labu air" kena pulak ikan tamban kering dengan ulam-ulam serta sambal belacan , nasi pula panaih fuhhhh.

“Hi mate!, do you want pumpkin”?

Mr. John datang ke rumah pada satu pagi. Dia kelihatan baru pulang dari suatu tempat. Mungkin juga pasar.

“I have many, you can take if you want”

Aku menjawab

“Yes, sure”

Dia kembali ke Ute yang dipakir di tepi pintu pagar rumah kami. Di tangannya ada sebiji buah labu.

“You can keep it up to not more than 14 days”

Mr. John berpesan supaya aku tidak menyimpan terlalu lama buah labu itu. Jika tidak ia akan rosak.

“Sure, I will use it. We have some recepies to cook it. It fresh and mesh”

Aku menjawab kata-kata Mr. John.

Bertuah dan rezeki anak nampaknya, jiran sebelah rumah Mr. John memberi sebiji labu (bentuk macam labu sayung, biji hanya sebelah bawah), apaKAH jenis "ButterNut" berwarna kuning yang ditanam di kws. rumahnya.

2 minggu lagi dia dah bagi tau nak bagi labu, "..... will be available about 2 weeks" , katanya pada aku. Habis dah buat cucoq dan makan rebus manis sungguh. Kawan yang mai rumah pun dijamu cucuq labu.Biji dia pun habih digoreng jadi KUACI rangup.

[1]Mr. John adalah jiran yang tinggal bersebelahan rumah. Rumah miliknya sendiri yang terletak di 65, Camelot Street, Tennyson. ....lepas 2-3 hari Mr. John bagi lagi 3 biji labu jenis Green Pumpkin, warna hijau, sebelah telah habis di buat sayur labu dan puding roti labu, Nurul isteriku dapat resepi dari Internet, yang menjadi "temannya" di sini dengan kelajuan 2GB download , sat saja nak cari apa pun.



[1] Perlukan editing terperinci mengenai kedua jiran ini

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.