Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,341
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 28 : Canberra dan Centre for Customs and Excise Study

Semasa belajar subjek Geografi di sekolah di Tingkatan 4 dan 5 hingga Tingkatan 6 banyak perkara perlu dihafal. Dari Geografi Australia, Amerika Selatan dan Canada sehinggalah negeri-negeri beriklim panas. Beberapa aspek cuaca negara telah dikaji tentang latarbelakang, iklim, faktor-faktor yang mempengaruhi iklim dsb.

Semua perkara dihafal untuk lulus peperiksaan seperti tanaman gandum di wilayah Prairie, USA atau pun perikanan di New South wales, termasuklah arus panas dan arus sejuk yang mempengaruhi iklim benua Australia, atau pun penangkapan ikan di British Columbia, Canada.

Memang menarik subjek Geografi ini. Selepas tsunami melanda pada 2006 yang lalu, pakar-pakar meramalkan bahawa benua Austrlia akan tenggelam pada 2010, kesan daripada perubahan arus ini. Itu hanya ramalan berdasarkan perubahan persekitaran dan perubahan cuaca.

Bagaimanapun sehingga sekarang benua itu masih kekal di lautan. Rupanya pelajaran Geografi memberi banyak faedah apabila kita mengembara ke bumi asing, berdasarkan apa yang telah dipelajari. Fakta-fakta yang telah dipelajari boleh diaplikasikan ketika mengembara.

Benua Australia yang terletak di Hemisfera Selatan, adalah beriklim sederhana yang mengandungi empat musim iatu musim bunga (spring), musim luruh (autumn), musim panas (summer) dan musim sejuk (winter). Namun begitu, keadaan suhu bagi seluruh benua Australia adalah tidak sama kerana bentuk mukabumi dan pengaruh arus lautan di Lautan Pasifik.

Suhu pada musim dingin di Queensland tidak sama dengan suhu musim dingin di Melbourne. Queensland mengalami iklim yang hampir dengan tropika, disebut sebagai Sunshine State (negeri yang banyak pancaran matahari).

Suhu musim dingin tidak memungkin turunnya salji di Brisabane, walaupun catatan suhu terendah pada tahun 2010 telah dicatatkan di Brisbane. Untuk melihat dan bermain salji perlu mengembara turun sehingga Sydney, yang terletak sejauh 1000 km ataupun Melbourne atau pun Tasmania.

Suhu di Melbourne , misalnya adalah sekitar 5 darjah celcius dan 12 darjah celcius pada setiap hari, manakala suhu di Brisbane pada kebiasannya sekitar 6 darjah di sinag hari ke 15 darjah pada waktu malam.

Bagaimana pun di Brisbane matahari terpancar di sepanjang tahun, tidak seperti negeri2 seperti Victoria, New South wales atau Tasmania. Snowy mountain adalah suatu tempat tumpuan untuk bermain salji. Ianya terletak di di banjaran Kosciousko, sebuah banjaran gunung setinggi 2228 kaki sehingga 7310 kaki, dan merangkumi sebahagian selatan NSW. Sebahagian besarnya adalah dalam kawasan Kosciusko National Park (Taman Negara kosciousko).

Kami perlu ke Canberra di mana terletaknya pejabat pesuruhjaya tinggi Malaysia ke Australia. Perlu ke sana sebelum berakhirnya tempoh untuk mendaftar kelahiran bayi di Pejabat Pendaftaran yang terletak di sana.

Pendaftaran ini bagi membolehkan kami mendapat Sijil Lahir di Luar Persekutuan, yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan, yang terletak di 7, Perth Avenue, Yarralumla, Australia Capital Territory (ACT), canberra. Ibu kota benua Australia.

Di pejabat kedutaan ini ditempatkan pejabat2 seperti mana di negara-negara yang diwujudkan pejabat kedutaan Malaysia, antaranya ialah Pejabat Imigresen, Pejabat Pendaftaran, Atache Pendidikan.

Cuma belum diwujudkan Pejabat Atache Kastam di sana, walau pun Canberra adalah sebahagian dari rancangan masa depan penempatan Customs Attaché, oleh Jabatan Kastam yang telah diwar-warkan sejak tahun 2009 lagi.

Mungkin belum ada keperluan untuk mewujudkan Menteri Penasihat Kastam (Customs Attaché ), seperti mana di Brussels, Jakarta dan Biejing. Mungkin pada masa hadapan, ada keperluan di diwujudkan di Canberra, melalui kerjasama perdagangan Mutual Recognition Agreement (MRA) atau pun melalui perjanjian perdagangan bebas (Free Trade Area).

Di University of Canberra, terletak pusat pengajian Kastam dan eksais yang telah ditubuhkan di bawah seliaan World Customs Organization (WCO), yang menawarkan pengajian dari peringkat Sijil sehinggalah kedoktoran (Ph.D).

Pusat ini dikenali sebagai centre for Customs and Excise Studies.Bagiamanapun peringkat pengajian Ph.D hanya ditawarkan mulai tahun 2010, ketika aku telah berada pada tahun ke tiga pengajianku.

Sebelumnya pada tahun 2006-2007 aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian Ph.D di bidang undang-undang perkastaman di bawah seliaan Prof. David Widdowson, yang sekarang in adalah CEO kepada pusat pengajian berkenaan.

Beliau ketika itu telah menawarkan pasukan penyelia kajian kepadaku di mana beliau adalah penyelia utama dan beberapa penyelia akan dilantik dari fakulti Undang2. Bagaimana pun aku menolaknya kerana perlu mendapat kelulusan pihak JPA terlebih dahulu kerana bidang pengajian yang diluluskan adalah Teknologi Maklumat (IT). Ketika itu pengajian Ph.D belum ditawarkan secara resmi dan program pengajian Ph.D belum ditawarkan oleh pusat pengajian berkenaan.

Mungkin jika aku menerimanya, aku menjadi lulusan Ph.D pertama di dunia dalam bidang undang2 perkastaman, hasil keluaran centre for Customs and Excise Studies, University of Canberra.

Secara kebetulan pula rakan kami Suhaimi yang tinggal di puncak Alam ada menelefon untuk datang menziarah kami di Brisbane, sambil melawat Gold Coast, Sydney dan sekitarnya. Kami merancang untuk ke snow field yang terletak di Banjaran Kosciousko di negeri New South wales (NSW).

Kami merancang untuk mengembara ke padang salji di Trebo atau Snowies setelah mendaftar kelahiran anak kami, Iris di pejabat kedutaan di Canberra.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.