Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,320
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 43 : 10, George Street

Bagaimana agaknya status anak yang dilahirkan di luar negara?, adakah ia rakyat Malaysia atau sebaliknya. Status itu akan hanya dipersoalkan apabila seseorang yang dilahirkan di Australia mencapai umur 18 tahun. Kanak-kanak yang dilahirkan di Australia boleh mendapat status sebagai rakyat Australia di bawah undang-undang sedia ada.

Di bawah undang-undang Malaysia, kanak-kanak yang lahir di luar negara selepas merdeka diberikan sijil lahir khas yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Malaysia di Sydney dan didaftarkan kelahirannya sebagai “kanak-kanak yang lahir di luar persekutuan selepas merdeka”.

Di bawah undang-undang Australia, kelahiran kanak-kanak perlu didaftarkan di Pejabat “Birth and Death Office”. Pejabat yang terletak di 10 George Street, Brisbane perlu dikunjungi dengan membawa dokumen yang dibekalkan oleh pihak hospital dan mengisi borang khas.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.