Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,330
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 19 : Kembali ke Tanah Ratu

“Congratulations on your doctoral degree!,”bunyi email yang ku terima dari pihak Queensland University of Technology.

Aku perlu pulang Ke Tanah Ratu.Kepulanganku bukan untuk bermukim sekali lagi. Kepulanganku tidak bersama seluruh keluarga. Komitmen kerja dan persekolahan anak-anak menjadi faktor penghalang. Disamping kos penerbangan, penginapan dan lainnya adalah faktor utama Aku perlu pulag untuk majlis Konvokesyen yg dijadualkan pada 12 December 2012. Konvokesyen yang diadakan pada musim panas.

Aku pernah menangguhkan majlis konvokesyen yang telah diadakan pada musim sejuk, pada bulan julai sebelumnya. Menghadiri majlis konvokesyen adalah sesuatu yg amat diidamkan sebagai pelajar. Apatah lagi dilangsungkan di luar negara. Ijazah akan dianugerahkan dengan penuh gilang gemilang, satu anugerah yg menandakan sebuah kejayaan.

Sebenarnya aku boleh memilih untuk hadir majlis konvokesyen yg bakal diadakan bagi pelajar QUt dari Asia tenggara. Biasanya diadakan di Singapura atau Kuala Lumpur. Tapi bagiku menghadiri majlis konvokesyen yg dilangsungkan di Queensland Art Theater lebih penuh makna. 10 Disember 2012, aku mengunjungi bumi Tanah Ratu, tempat aku bermukim selama lebih dari empat tahun.

Menjalani kehidupan susah senang di bumi asing. Kisah suka duka yang membuatkan aku kental menghadapi dugaan dan rintangan, dengan sokongan padu dari isteri dan anak-anak tersayang. Mereka sebenarnya turut berjuang hidup di bumi asing.

Menjalani suasana persekolahan, bersaing dalam pelajaran dengan pelajar yang datang dari berbagai sudut dunia. Disamping rakyat Australia sendiri. Bersama anak lelakiku Syauqi, aku kembali ke tanah ratu. Perjalanan yg kelihatan lancar pada mulanya nampak bermasalah. Visa pelawat yg dipohon secara online terdapat kesilapan kecil. Visa yang diluluskan terdapat kesilapan nombor passport antarabangsaku. Aku tidak dibenarkan masuk ke ruangan pelepasan di LCCT, melalui pesawat air Asia x yang akan berlepas ke Gold Coast dari KLIA.

Dari Gold Coast aku telah menyewa kereta dengan budget rental bergerak ke Brisbane yg terletak sejauh 98 km dari LCCT Gold Coast.Aku bernasib baik masih ada rakan di tanah ratu sudi menumpangkan kami dua beranak untuk tempoh selama 2 malam. Pihak imigresn Australia yang ditempatkan di LCCT, tidak memberi kelulusan masuk ke australia.

Begitu ketat kawalan yg dilakukan oleh pihak berkuasa Australia hingga menempatkan Pegawai imigresen di kaunter masuk. Ini kerana kemasukan ke Australia amat memerlukan visa pelawat yang diluluskan oleh pejabat Imigresen Australia di Kuala Lumpur. Permohonan visa pelawat boleh dibuat secara online, Sebanyak 20 dollar Australia (AUD 20) bayaran dikenakan bagi setiap orang yang mengemukakan permohonan. Setelah hampir 30 Minit serta atas pertolongan petugas Air Asia barulah aku diberi kebenaran masuk.

Pengubahsuaian dilakukan pada rekod visaku. Aku bersyukur. Hanya kekurangan satu digit pada rekod nombor passport antarabangsa menyebabkan sistem Imigresen Australia menolak dan aku tidak dibenarkan masuk dan seterusnya berlepas dengan penerbangan Air Asia ke Gold Coast.

"You, will be the first, kata pendaftar kepadaku setelah siap menyusun atur kedudukan kami di dalam dewan. Kemudiannya kami diarahkan masuk Ke dewan mengikut susunaN. Perarakan masuk graduan dijalankan. Masuk ke Dewan dengan iringan muzik dan semua hadirin berdiri hormat.

Semua mengambil tempat dan diakhiri dengan perarakan masuk pelajar ijazah pertama. Kelihatan pendaftar memulakan ucapan dan mengalukan kehadiran chancellor.

"With the power given to me by the senate. I confIrmed that all candidate for this morning ceremony are conffered to the degree as stated in the ceremony booklet", pendaftar memulakan upacara.

Seterusnya chancellor Peter Roycke memberi ucapan aluan dan diikuti dengan ucapan professor dari Fakulti Sains dan Kejuruteraan, Peter Rosemann.

"Chancellor, the first candidate for this ceremony is Dr. Mohd Afandi Md Amin,” dengan pengumuman dari pendaftar aku melangkah naik ke pentas. Bersalaman dengan Chancellor. Seterusnya graduation citation dibacakan.

Aku menjadi orang pertama naik ke atas pentas menerima ijazah. Kemudian aku diperkenalkan kepada chancellor para hadirin. Pendaftar membaca 'gaduation citation' secara ringkas. Graduation citation adalah ringkasan mengenai kajian yg dijalankan oleh seorang pelajar kedoktoran. Ianya perlu disediakan dalam 150 patah perkataan dan memerlukan kelulusan penyelia utama kajian.

Semasa ijazah dipersembahkan graduation citation dibaca secara ringkas kerana catatan penuh telah dimasukkan di dalam buku cenderamata di majlis konvokesyen yg telah diedarkan pada semua tetamu. Menjadi orang pertama naik ke pentas memang mendebarkan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.