Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,352
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 44 : Strawberry yang Merah dan Australia Downunder

Cuti hujung minggu pada bulan Oktober 2008, Ady dan Malia mengajak kami mengunjungi sebuah wilayah yang dikenali sebagai Sunshine Coast. Ianya terletak kira-kira 3 jam perjalanan dengan memandu kenderaan. Wilayah ini mempunyai adaya tarikan yang tersendiri seperti “Australian Downuder”, “Big Pineapple”, “Australia Zoo” , lavender dan batu delima dan nilam (Sapphire) dan “Birbie Island”.

Wilayah ini menjadi suatu rutin untuk dilawati oleh pelajar kerana di sini juga terdapat ladang starawberry yang luas dan industry seperti madu lebah asli. Bagaimanapun mengunjungi ladang strawberry adalah sesuatu yang wajib bagi pelajar yang berada di Queensland, terutamanya Brisbane. Ini kerana jarak wilayah ini hanyalah sekitar 200 km dan mudah untuk dikunjungi.

Biasanya kunjungan ke wilayah sunshine coast dilakukan ketika di penghujung musim panas sekitar bulan pertengahan Januari. Pada ketika itu buah strawberry yang sedang masak memerah akan memenuhi ladang dan menjelmakan panorama yang indah, apalagi kita mengambil gambar ketika memetik buah strawberry yang ranum dan lazat. Sesuatu yang agak menarik dengan ladang strawberry ini adalah pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran masuk ke ladang dan boleh memakan buah strawberry semaunya tanpa bayaran.

Strawberry boleh dijamah ke dalam mulut ketika sambil memetiknya. Bagaimanapun apabila hendak pulang pengunjung dikehendaki membuat bayaran bagi strawberry yang dipungut dan dimasukkan ke dalam plastic untuk dibawa pulang. Jika pengunjung berhasrat membawa pulang strawberry dari ladang ianya perlu ditimbang dan bayaran sekitar AUD8 hingga AUD12 akan dikenakan.

Keadaan ini sama dengan apa yang diamalkan oleh pengusaha ladang strawberry di UK serta pengusaha ladang appel di Stanthorpe, Queensland. Tiba hari yang dijanjikan kami menyewa kenderaan dari “Budget Car Rental” yang terletak di Brisbane City.

Tempahan kenderaan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web yang disediakan. Berbagai jenis kereta ditawarkan dengan berbagai pakej mengikut saiz, perlatan GPS, tempat duduk kanak-kanak dari pelbagai jenis model. Pemohon boleh membuat tempahan dengan memilih kereta yang sesuai serta melengkapkan butiran peribadi yang diperlukan.

Pengesahan tempahan akan dibuat melalui email kepada pemohon dengan butiran dokumen lengkap mengenai permohonan dan nombor tempahan yang dijanakan oleh system tempahan. Untuk mengambil kereta yang ditempah beberapa dokumen penting amatlah diperlukan seperti “ID Card”, lesen memandu dan salinan bil utility yang boleh mengesahkan alamat tempat tinggal pemohon.

Oleh kerana visa yang diluluskan untuk tinggal di Australia adalah untuk visa pelajar yang tertakluk kepada perundangan yang sedia ada. Maka bagi seorang pelajar “Student ID” yang dibekalkan oleh pihak Universiti atau passport antarabangsa amatlah diperlukan sebagai dokumen wajib bagi sebarang urusan di Australia.

Bagaimanapun, lessen memandu yang dikeluarkan oleh Jabatan pengangkutan jalan (JPJ) di Malaysia sudah memadai untuk membolehkan kenderaan disewa dan dipandu atas jalanraya secara sah di Australia. Pelajar hanya perlu mendapatkan terjemahan lessen memandu Malaysia yang dikeluarkan oleh pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia yang terletak di Sydney.

Untuk mendapatkan terjemahan dan pengesahan lessen pelajar boleh menghantar salinan lesen memandu dan dokumen sokongan ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sydney melalui pos.

Selain daripada itu jika pelajar ada membawa dan menyediakan Lesen Memandu antarabangsa, ianya juga amat membantu. Bagaimanapun kos yang agak besar perlu disediakan bagi memohon lessen antarabangsa di pejabat JPJ dan kelulusan hanya diberikan untuk tempoh 2 tahun dna perlu diperbaharui apabila tamat tempoh.

Bayangkan begitu susah dan mengambil masa jika lessen antarabangsa tersebut tamat tempoh dan perlu diperbaharui, sedangkan ianya hanya boleh diperbaharui di pejabat JPJ, pada ketika itu. Jadi menyediakan salinan terjemahan lessen memandu Malaysia yang disahkan oleh pegawai di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Sydney adalah kaedah yang terbaik dan wajib untuk membuat urusan sewaan kenderaan dan memandu di Malaysia.

Ini adalah kerana Malaysia adalah Negara bekas tanah jajahan British sepertimana Australia, India, Singapura dll. Atau di sebut sebagai Negara-negara Komenwel. Di bawah satu perjanjian dan persetujuan Negara komenwel yang dikenali sebagai “ The order of Commenwealth States 1967”, lesen memandu Malaysia boleh diterima paakai di Negara-negara Komanwel.

Pagi itu aku ditawarkan sebuah kereta Toyota Hybrid berwarna putih kerana kereta yang ditempah belum lagi dipulangkan oleh penyewa. Ketika itu Toyota Hybrid adalah jenis kereta yang terkini dan secara bandingan belum lagi berada di pasaran Malaysia. Begitu lama sehingga tahun 2011 barulah ianya ditawarkan di pasaran Malaysia, setelah menjalani beberapa kajian dan penilitian berhubung aspek keselamatan oleh kementerian pengangkutan.

Ini kerana Toyota Hybrid tidak mengeluarkan bunyi yang enjin yang kuat seperti kereta biasa dan mungkin ianya merbahaya kepada pengguna dan orang-orang yang berada disekitarnya, terutamanya kanak-kanak ketika kereta tersebut digerakan untuk mengundur ataupun meletakannya di tempat letak kereta.

Hanya pada tahun 2011, kenderan hybrid keluaran Honda telah diluluskan untuk dipasarkan di Malaysia dan mempunyai permintaan yang tinggi dari pengguna kerana ianya menjimatkan kos bahan api terutamanya petrol, hasil teknologi hybrid yang menggabungkan penggunaan petrol dan kuasa elektrik untuk menggerakkan enjin.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.