Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,356
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 7: Brisbane, Kami datang

Penerbangan dari Sydney mengambil masa kira-kira satu jam untuk mendarat di bumi Tanah Ratu. Bumi ini adalah bumi yang pernah dijajah oleh British, suatu ketika dulu. Penduduknya bergalang-pukang menerima penjelajah dan penjajah sama jua Kota Melaka yang silih ganti menerima kehadiran Belanda yang tidak cukup tanah dan Inggeris, setelah dirobek Benggali Putih pada tahun tahun 1511.

Penduduk asal iaitu puak Jangera dihalau, dibunuh bahkan tanah adat milik kaum asal dirampas. Nama-nama tempat sebahagiannya dikekalkan mengikut nama peribumi. Namun, nama-nama yang terpampang pada khalayak adalah nama Inggeris dan penjajah Eropah.

Angin musim dingin di Kotaraya Brisbane yang dinginnya mencapai 8 darjah menjadi suatu kejutan bagi kulit yang telah puluhan terdedah dengan sinaran mentari terik Khatulistiwa. Sapaan semilir yang memukul kolar baju dan badan seperti satu ngelusan yang amat dingin lalu bicara pun agak menggeletar, gerakan badan disesuaikan mengikut kedinginan yang menyambar leher dan belakang. Itulah kali pertama kami menerima sapaan angin musim sejuk yang dibawa dari Lautan Andaman terus berpusar di Lautan Kerang (Coral Sea)



Kami sekeluarga mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada 20 Ogos 2007 jam 8.30 malam waktu tempatan. Segalanya Nampak berbeza dan kelihatan maju dari apa yang ada di tanahair. Kami bersyukur kerana selamat mendarat dan tepat mengikut masa yang dijadualkan. Penat melalui penerbangan selama lebih 8 jam sedikit sebanyak hilang dan diganti dengan keindahan perlahan-lahan mengalami suasana serba baru. Brisbane kami datang, musim dingin menyambut kami sekeluarga.

Setelah urusan pemeriksaan keselamatan, bagasi dan imigresen selesai, kami keluar dari tempat pemeriksaan. Sangat beruntung menjadi Pegawai Kastam ketika berada di lapangan terbang dan menjalani pemeriksaan yang ada dari pemeriksaan passport sehinggalah kepada beg yang dibawa bersama sebanyak 7 buah beg. Sementelah pula pegawai keselamatan (Australia Security) tidaklah seperti di Sydney. Kami hanya disambut dengan “welcome to Australia”, dengan pemeriksaan biasa melalui mesin pengimbas beg dan badan.

Sepertimana Sydney, urusan pemeriksaan passport dilakukan oleh Australian Customs. Tidak sepertimana di tanahair Jabatan Imigresen menguatkuasakan perundangan berkaitan keluar-masuk ke luar dan dalam Negara, di bawah Akta Imigeresen dan perundangan subsidiary berkaitan. Bahkan kebanyakkan Negara-negara memberi tanggungjawab kepada pihak imigresen masing-masing, bagi mengawal dan mengawal kemasukan serta pergerakan orang ke luar dan dalam Negara. Australian Customs dengan motonya “protect the borders”, telah menstrukturkan peranannya mulai pada 1980an dan lebih kepada kawalan sempadan. Bagaimanapun Imigresen masih mengawal visa, tempoh tinggal pelawat dsb.

Kami sekeluarga disambut oleh Zul MADA bersama keluarga. Segala urusan mengambil dan mengangkut beg yang dibawa menjadi lebih mudah dengan pertolongan Zul sekeluarga. Sudah menjadi amalan bagi mereka yang senior membantu mereka yang junior.

Kedatangan keluarga baru akan disambut oleh keluarga yang sedia ada di bumi Brisbane. Amalan ini adalah ekoran permuafakatan yang erat di bawah satu persatuan ukhwah di bumi asing, yang dinaungi oleh Jabatan Penuntut Malaysia di Sydney yang terletak di bangunan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia.

Yang turut menempatkan atase pendidikan dan penasihat pelajar dari berbagai penajaan seperti JPA, MARA dsb. PPMQ (Persatuan Pelajar Melayu Queensland) adalah sebuah badan ukhwah bagi merapatkan silaturahim di antara pelajar di bumi Brisbane.

PPMQ dianggotai oleh pelajar-pelajar yang menuntut di university-universiti sekitar Brisbane seperti Queensland University of Technology, UQ, Griffith University dll. Dari pelajar PhD hinggalah ke pelajar ijazah pertama serta ahli keluarga melibatkan diri dalam PPMQ.

Melalui laman web yang disediakan oleh PPMQ, bakal pelajar boleh mendapatkan maklumat awal yang amat berfaedah, mendapatkan maklumat melalui forum berhubung persekitaran dan hal-hal kehidupan di Brisbane seperti persekolahan, sewa rumah, bekalan makanan dll. Kini dengan perkembangan media social, bakal-bakal pelajar juga boleh berurusan dan mengemukakan pertanyaan dan memohon bantuan melalui laman Facebook yang disediakan.

Aku juga mengenali saudari Ady yang kemudiannya banyak membantu kami sekeluarga di bumi Brisbane melalui ruangan chatting di laman web PPMQ.

“Kita bawa beg ini masuk ke dalam kereta aku”, Jom kita ke rumah Ady di Fairfield, kata Zul kepada aku. Kami mengangkut 4 buah beg yang dibawa ke dalam but kereta Zul. Penuh kereta Zul dengan beg-beg kami. Beg yang selebihnya dimasukkan ke dalam troli besar yang ditarik oleh van yang disediakan oleh pihak university.

Kami sekeluarga menaiki van university bersama-sama pelajar lain yang berkeluarga dari Thailand dan Jepun. Untung pihak university menyediakan pengangkutan hal berkaitan logistic melalui maklumbalas yang diberikan kepada pejabat pelajar melalui e-mail. Van dan kenderaan Zul mula bergerak keluar dari lapangan terbang.

Suasana di luar kelihatan sepi kerana waktu itu sudah hamper pagi. “Waktu siang lebih pendek pada musim dingin, jam 5.30 petang dah Maghrib”, teringat kata-kata Zul melalui perbualan telefon sebelum kami datang ke Brisbane. Memang benar suasana malam seolah-olah dinihari kerana sebentar lagi Subuh akan menjelma.

Van terus bergerak mengekori Zul yang lebih kehadapan untuk menunjukkan jalan ke Fairfield. Lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan, kami sampai di rumah no. 35 Fenton St., Fairfield.

Di sini tinggal Ady dan Malia bersama dua anak mereka Aisyah dan Umairah. Mereka telah berada di Brisbane hampir 2 tahun, Ady mengikuti isterinya Malia, yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang microbiology.

Kedua-dua mereka adalah pegawai dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Kedatangan kami sekeluarga disambut oleh Malia dan Ady dengan mesranya. Rasa amat menyusahkan mereka dan amat terharu kerana mereka sudi membantu kami di bumi asing ini, bahkan sanggup menyediakan segalanya untuk kami seadanya.

“Aku balik dulu, esok pagi , Ahad kita jumpa”,

kata Zul kepadaku. Setelah segalanya selesai, Zul pun hilang dari pandangan bersama anaknya kembali ke rumah kerana hari pun sudah hamper pagi. Kami berkenalan dengan Ady dan keluarga, sepertimana sesiapa saja yang mula berjumpa, bertanya khabar dan berkenalan. Tidak banyak yang dibualkan kerana kami semua keletihan dan esok adalah hari pertama kami menjalani kehidupan di bumi Brisbane. Aku masih teringat kata-kata Zul,

“Hang ada 1000 hari lagi di sini”. 1000 hari adalah merujuk kepada tempoh selama 3 tahun untuk menamatkan pengajian, 3 tahun tempoh yang diluluskan oleh JPA bagi pelajar PhD. Maka 3 tahun aku akan berpetualang di bumi Queensland.

Pagi yang cerah riuh rendah dengan 3 keluarga berkumpul dalam sebuah rumah yang terletak di Fenton St. Rumah teres 3 bilik yang berkarpet lantainya masih aku terkenang sehingga kini.

Aku juga kembali ke kawasan rumah itu setelah kembali semula ke Australia. Berbagai perkara dibualkan, semuanya berkisar tentang kehidupan di Brisbane. Dari soal rumah sewa, yang menjadi perkara pokok, soal persekolahan anak-anak, pendaftaran di university serta kemudahan pengangkutan, Brisbane market dsb.

Fikiranku hanya difokuskan kepada mencari rumah sewa, nak cari rumah, nak cari rumah, nak cari rumah. Bab 8 : Rumah sewa Di Brisbane khususnya di Australia, proses sewaan rumah adalah agak rumit. Kebanyakan urusan sewa diuruskan agen hartanah, dan sebahagian kecilnya diuruskan oleh tuan rumah sendiri. Biasanya pihak agen akan mengiklankan rumah untuk disewa (to rent) dalam iklan bercetak yang diedarkan melalui berbagai cara.

Iklan ini akan memberi butiran lengkap mengenai rumah yang ditawarkan seperti lokasi, harga sewaan, deposit, jumlah bilik dan lain-lain kemudahan yang disediakan. Ada rumah sewa yang ditawarkan berbentuk “Unit” merujuk kepada “apartment”, atau pun “house” merujuk kepada sebuah rumah yang lengkap dengan padang, taman dsb.

Aku selalu mencari rumah-rumah sewa melalui Internet. menyediakan portal khusus untuk pencari rumah. Seorang perlu membuat temujanji dengan pihak agen berhubung tarikh dan masa pemeriksaan rumah (inspection) sebelum boleh mengemukakan borang permohonan rumah sewa dalam borang-borang yang disediakan.

Semua ini terkandung dalam prosedur yang telah ditetapkan oleh RTA (Resedential T Australia) yang menyelaras aktiviti sewa, beli hartanah di Australia. RTA adalah agensi kerajaan yang juga menetapkan syarat-syarat sewaan dan deposit. Di samping itu juga seseoarang penyewa perlu menyediakan dokumen yang lengkap. bagi seorang pelajar, dokumen yang diperlukan adalah sepeti ID pelajar, passport antarabangsa, penyata akaun, surat tawaran biasiswa dari kerajaan atau swasta serta lain-lain dokumen sokongan yang sesuai.

Sebelum perjanjian sewa (tenancy agreement) ditandatangani dan penyewa mendudukinya bayaran deposit berjumlah 4 minggu sewaan hendaklah disediakan. bayaran deposit ini akan disimpan di pejabat RTA, dan akan dikembalikan kepada peyewa apabila tamat sewaan. Jumlah yang dikembalikan bergantung kepada laporan yang dibuat oleh pihak agen seperti kebersihan, kekemasan, kerosakan rumah berkenaan. Biasanya hanya sekitar 60% dikembalikan kepada penyewa.

Bayaran sewa pula dikenakan mengikut minggu atau setiap 7 hari. Pihak agent akan memantau dengan menelefon dan menghantar SMS pemakluman. Telah hampir 11 hari kau menumpang rumah Ady dan Malia di 32 Fenton St., Fairfield sejak mula sampai di bumi Queensland. Aku masih belum berjaya mendapat tawaran sewaan rumah, walaupun telah banyak permohonan dan lawatan rumah sewa dilakukan. Ady dan Malia serta Zul Mada, banyak membantu mencari rumah. Namun masih belum berjaya.

“Esok kita pi area rumah aku ... di Kelvin Grove, kita try pi buat inspection dan hang kena sediakan semua dokumen”, kata Zul Mada yang telah lama datang ke Brisbane kepada Aku di QUT ketika kami berjumpa sewaktu Solat Jumaat. Solat Jumaat yang diadakan di dalam dewan di Bangunan Blok F, Fakuti Kejuruteraan QUT. Setelah berhempas pulas bersama Zul MADA dan Ady di Kelvin Grove , Mount Gravat, fairfield, St. Lucia dsb.

Aku berjaya ditawarkan menyewa sebuah unit yang terletak di 65 Fairfield St, Yeronga. Rumah tersebut adalah sebuah apartment yang mempunyai 3 bilik lengkap dengan semua kemudahan tetapi tidaklah disediakan perabot, cuma dapur dan wardrop sahaja yang tersedia. Dapur legkap dengan pembakar / grill / dish washer etc. Sewa yang ditawarkan adalah sebanyak AUD350 seminggu. Aku perlu menyediakan sebanyak AUD350 x 4 = AUD1250. Ini adalah kadar sewaan yang tertnggi bagi pelajar dari Malaysia ketika itu. Maka ramailah yang datang menziarah kami sekeluarga ketika mula-mula berpindah, untuk melihat sendiri rumah sewaan kami.

Deposit itu mampu dibayar, aku bersyukur kerana pihak JPA membekalkan sejumlah AUD9000.00 bagi pendahuluan dan bayaran pindahan. Jumlah ini cukup untuk 3 bulan. kami berpindah dari 35 Fenton St, fairfield ke 65, Shottery St., Yeronga. Bunyi 'suburb' yang baru ini seolah-olah pelik. tapi itulah sebahagian dari nama tempat dalam bahasa orang asli Australia yang masih dikekalkan. Masih terdapat berbagai nama tempat dalam bahasa asal (Bahasa Aborigines) dalam bumi Queensland.

Kebanyakan nama tempat di Australia terdiri daripada berbagai jenis , biasanya terdiri daripada nama Aborigine (Aborigine name), nama asal di tanah asal England (transplanted name), tributes name, dan commercial name. Di sekitar Brisbane, masih terdapat nama-nama dalam bahasa penduduk orang Asli Australia.

Di Brisbane, Bahasa Yanggera adalah bahasa utama yang digunakan oeh penduduk orang Asli yang mendiami sekitar Brisbane River dan kawasan perlembahan, suatu ketika dulu. Terdapat berbagai puak (clan) yang menggunakan bahasa ini, termasuklah Puak Jagera dan turrbal, sepertimana dicatatkan oleh penjelajah Eropah yang terdiri daripada orang kulit putih. puak Jagera mendiami bahagian utara Brisbane River, manakala puak turrball mendiami lembah di selatan Brisbane River.

Mengikut catatan "Brisbane was known as 'Mian-jin', which means 'place shaped like a spike'. The Turrbal and the Jagera had numerous campsites, including those at Woolloongabba, Toowong, Bowen Hills, Newstead, Nundah, and Nudgee, and many places".

Oleh itu terdapat berbagai nama Suburb yang masih kekal dalam bahasa asal seperti Toowong, Yeerongpill dan Yeronga, di samping nama-nama yang diberikan oleh para penjelajah kulit putih.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.