Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,328
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 62 : Happy New Year

Seperti tahun-tahun yang lalu, bulan Disember menjadi tumpuan dan perhatian, bukan sahaja kepada penduduk Australia, bahkan kepada kebanyakkan penduduk di seluruh dunia.

Di bumi Australia, seperti juga lain-lain tempat di dunia ini yang dihuni oleh majority penganut Kristian, kebanyakkan penduduk menanti kedatangan Hari Krismas, yang dirayakan pada setiap 25 Disember setiap tahun,mengikut calendar Masihi. Selepas itu akan menyambut tahun baru Masihi. Bagi muslimin wajar kita meraikan kedatangan bulan Muharram pada setiap tahun mengikut calendar Hijrah.

Mengikut sejarah, tarikh 25 Disember dipercayai sebagai tarikh untuk memperingati lahirnya Nabi Isa dan pada pertengahan abad ke-empat Masihi, majoriti gereja Kristian di Eropah telah mula menetapkan tarikh 25 Disember sebagai tarikh perayaan Hari Krismas berdasarkan beberapa keterangan melalui “Canonical Gospel”, di antara kitab agama Kristian. Bagaimanapun, tarikh sebenar kelahiran Nabi Isa (yang dikenali sebagai Jesus Christ) tidak diketahui. Tarikh ini adalah berdasarkan kesepakatan pihak gereja dengan mengambil tarikh melalui Kalendar Julian yang berhubungan dengan bulan Januari melalui Kalendar Gregorian di zaman moden.

Kedatangan bulan Muharram bagi orang Islam adalah menandakan berlakunya peristiwa Hijrah baginda Nabi Muhammad dan sahabat dari Makkah ke Madinah. Inilah sebenarnya tahun baru bagi seorang muslimin dan muslimat. Tapi gelonjak sosial dan pengaruh barat yang mendominasi pemikiran yang dianggap moden, lebih mengutamakan sambutan kedatangan tahun baru Masihi.

Bahkan, calendar Masihi moden yang diasaskan oleh Pope Gregory dan dinamakan “Gregorian Calendar” dan dimulakan sebagai tahun baru pada setiap 1 Januari setiap tahun, telah diterima sebagai sistem calendar moden yang diterima sebagai adat dan kebiasaan serta dalam urusan perniagaan moden. Kalendar masihi juga telah diterima umum dan dianggap tidak bersangkutan dengan hal-hal keagamaan, oleh kebanyakkan orang.

Bagi kita sebagai umat Islam sewajarnya mengutamakan tahun hijrah dalam urusan ibadat. Contohnya Nabi Muhammad telah mengajar umatnya mengira kiraan hari berdasarkan peredaran bulan, berbeza dengan tahun Masihi yang berdasarkan peredaran matahari. Selain daripada itu, kiraan cukup haul (tempoh) dalam ibadat zakat adalah berdasarkan bulan hijrah.

Di Brisbane, masyarakat Australia menyambut kedatangan tahun baru dengan secara sederhana. “Time to say good bye and say hello to New Year”, itulah slogan yang diputarkan melalui siaran-siaran TV dan dipaparkan di dada-ada akhbar bagi meraikan tahun baru.

Seperti kebiasaan kemeriahan sambutan tahun baru secara resmi oleh kerajaan Queensland diadakan di sepanjang Brisbane River, terutamanya di sekitar South Brisbane, South Bank dan Eagle Street Pier.


bersambung...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.