Hidup
di rantauan tentulah terkenangkan tanahair. Kotak fikiran akan cuba
membandingkan kehidupan di rantau dan di tanahair. Kadang-kadang nostalgia lama
kembali bermain seperti putaran filem di layar minda. Tambahan pula suasana di
bulan Ramadhan
“Petang
ni kita pi ambik buluh, yang tebang hari rasanya sesuai, kabat (karbait) ada
lagi, kalau nak banyak bagi tau kata nak buat peram pisang” kata abang suatu
pagi
“Bagi
tau Wang Chun, nanti kita hantar piang
“
tak pa Kita buat meriam buluh”
Batang buluh yang sudah siap ditebuk lubang
kira-kira 5-8 cm, bagi membolehkan air dimasukkan. kayu penyandang buluh juga
siap dipacakkan di bawah pokok rambutan berdekatan reban ayam. Semuanya sudah
siap. Walaupun sudah ada pengumuman di radio Malaysia Alor Setar (RMAS)
berhubung larangan bermain meriam, hasrat ini perlu diteruskan. Samalah juga
dengan aktiviti mengumpul tempurung kelapa untuk dibuat unggun api pada malam
raya, pasti akan diteruskan.
Kampung
akan terang benderang dengan maraknya tempurung kelapa yang dibakar. Malam
pengumuman Raya oleh penyimpan mohor besar adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu.
Wajah penyimpan mohor besar raja-raja akan ditunggu munculnya di kaca TV.
“Bagi menyempurnakan
titah perintah , saya penyimpan mohor besar raja-raja, setelah diperkenankan
oleh Duli-duli yang maha mulia . Dengan ini mengisytiharkan bahawa tarikh Hari
Raya Aidil Fitri bagi negeri-negeri...... dan jajahan takluknya , telah
ditetapkan pada ...... Itulah 'keyword' yang ditunggu oleh seluruh rakyat,
wajah penyimpan mohor besar raja-raja tidak pernah berubah. raya atau pun tak
raya wajahnya tetap muncul di kaca TV, selepas siaran berita di Rangkaian
Pertama RTM. Kalau diumumkan raya pada malam itu, masing-masing sibuk membayar
zakat Fitrah, bimbang takut tak sempat sebelum solat sunat Aidil Fitri.
Di
Tanah Ratu "zakat" dan "Fitrah" (Zakaat dan Fitrana) dipungut
ketika bulan Ramadhan dan bukannya di akhir Ramadhan. Kedua-duanya "Zakaat
dan Fitrana" adalah dalam bahasa Urdhu, kerana majoriti AJK Masjid adalah
India Muslim dari India dan Fiji yang berbahasa Urdhu.
Zakaat adalah zakat
harta benda, zakat pendapatan yang diwajibkan apabila cukup haul dan nisabnya.
Manakala Fitrana adalah "disebut Zakaat Fitrah" bagi menyempurnakan
ibadah puasa di bulan Ramadhan. Itulah antara ungkapan dari doa yang dibaca
ketika Sembahyang Tarawikh pada malam 27 Ramadhan bersamaan 9 Oktober yang
lalu.
Pada malam itu diadakan "Qiamulail"
yang diisi dengan solat-solat sunat yang dituntut seperti Solat Tasbih,Solat
Hajat,Solat Tahajjud. Pada malam itu Masjid Buranda yang terletak di No.6,
Agnes St.,Woollonggaba dalam Suburb (daerah) Annerly, padat dengan para jamaah
dari pelbagai bangsa termasuk beberapa orang "mat saleh" beragama
Islam, malam itu seolah-olah Ramadhan baru bermula, ramai hadir termasuk
kanak-kanak.