Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,366
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 26 : Sampah oh Sampah

Sampah adalah masalah sejagat. Sampah adalah masalah kejiranan. Pungutan sampah dilakukan oleh pihak Brisbane Council (BC) yang dibiayai dengan wang rakyat hasil dari cukai pintu yang dienakan. Pihak BC membekalkan tong-tong sampah kepada pemilik rumah atau unit. Bagi penyewa bekalan tong sampah disediakan oleh pemilik rumah. Terdapat tiga jenis tong yang disediakan iaitu Tong berwarana hitam , tong berwarna kuning dan tong hijau. Pungutan sampah akan dibaut mengikut jenis tong pada hari-hari tertentu.

Contohnya tong hitam pada setiap hari rabu dan tong kuning pada hari sabtu. Setiap tong mempunyai kegunaan tersendiri. Tong hitam adalah untuk digunakan memasukkan sampah-sampah dari dapur, setelah dimasukkan dalam beg plastic khas untuk mengisi sampah. Tong kuning digunakan utk barangan kitar semula seperti botol-botol plastik, kaca, kertas dan seumpamanaya. Manakala tong hijau dikhaskan untuk sampah sarap seperti tumbuhan kecil, rumput, ranting-ranting pokok yang dibuang, pokok pagar yang digunting dan seumpamanaya.

Setiap jenis tong tidak boleh mempunyai berat melebihi yang telah ditetapkan. Jika tidak lori yang memungut sampah akan membiarkan sampah/ tong berkenaan dengan satu label peringatan dilekatkan pada tong bagi mengingatkan tentang berat. Ini adalah cara masyarakat dididik supaya menghormati pekerja BC , memberi kemudahan, ,mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Ini juga bertjujaun untuk mendisiplinkan pendudduk tentang pembuangan sampah.

Semua sampah dan bahan buangan dipungut oleh jentera berteknologi tinggi, tiada pekerja yang turun dari lori ketika proses pungutan. Jentera yang mengaut dan mengangkat tong kemudiannya menuangkan isinya ke dalam lori, dan seterusnya meletakkan tong ditempat asal.

Oleh itu amat mudah mengesan sampah2 yang melebihi had serta dibaung dengan cara tidak mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Oleh itu setiap hari Rabu dan Sabtu menjadi hari yang sibuk untuk menolak tong sampah beroda ke pinggir jalan utama, dan menolak kembali tong berkenaan ke tempat asal di luar rumah.

Bagi pengguhi apartment, biasanya disediakan tempat khas untuk meletakkan tong sampah. Pe4nghuni perlu berkerjasama bagi membolehkan sampah dikutip oleh jentera mengikut jadual yang ditaetapkan. Jika gagal menolak tong ke pinggir jalan, maka sampah akan terbiar sehingga proses pungutan berikutnya. Selain daripada itu terdapat perkhidamatan pembuangan rumput yang disediakan oleh pihak swasta. Penghuni perlu membayar perkhidmatan yang disediakan.

Perkhidmatan ini termasuklah memotong rumput di kawasan backyard, membersihkan kawasan taman serta membuat pangkasan pokok-pokok. Nama-nama seperti James Gardener, Mike, dan John menyediakan perkhidmatan amat popular di kalangan penduduk Brisbane. Pihak syarikat akan dipanggil ke rumah, melalui telefon atau langganan perkhidmatan melalui laman web untuk melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan rumah dan pinggir jalan mengikut keperluan penghuni.

Perkhidmatan untuk kemudahan pengguna adalah unik, hamper semua perkhidmatan disediakan termasuklah perkhidmatan memnadikan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing, perkhidmatan servis kereta di rumah, perkhidmatan membaiki barangan eletrik, perkakasan rumah dan pembersihan rumah.

Kebanyakkan perkhidmatan ini boleh diperolehi melalui laman web dan telefon. Biasanya pihak pembekal akan mengenakan caj panggilan (call charges) sekitar AUD60 bagi satu panggilan. Ini belum lagi termasuk bayaran perkhidmatan dilaksanakan. Contohnya untuk memanggil seorang juruletrik membaiki mesin basuh, bayaran panggilan akan dikenakan, ditambah dengan upah sekitar AUD50 dan kos penggantian peralatan untuk membaiki.

Oleh itu pengguna haruslah medapatkan butiran terperinci bagi perkhidmatan yang disediakan, sebelum membuat pengesahan. Selain daripada pembuangan sampah, masyarakat juga didisiplinkan melalui pembayaran denda.

Apa sahaja denda yang dikenakan wajib dibayar tanpa sebarang diskaun yang dibenarkan. Contohnya denda bagi kesalahan memakir kereta, kesalahan lalulintas dan kesalahan membuang sampah. Sesiapa sahaja yang dikenakan denda wajib membayarnya, jika tidak tindakan tegas termasuk membawa kes ke mahkamah akan dikenakan.

Bagi meringankan beban yang ditanggung, denda yang dikenakan dibenarkan dibayar secara ansuran. Pembayaran akan dipantau di mana orang ramai akan menerima surat memaklumkan tanggungjawab membayar denda atau saman.

Aku pernah dikenakan saman kerana meletakan kereta di tempat yang tidak dibenarkan di kawasan hospital. Sebanyak AUD60.00 telah dikenakan sebagai denda atas kesalahan itu. Setelah mendapat notis aku ke pejabat BC yang terletak di George Street untuk cuba membuat rayuan bagi mengurangkan denda berkenaan.

Bagaimana pun tidak seperti di tanahair, apabila dikenakan denda, kita akan sedaya upaya merayau dan memohon supaya amaout dikurangkan. Di Brisbane pilihan yang diberi adalah “payment options”, samada penjadualan bayaran saman (payment schedule traffic fine) atau pun membayar secara sekali gus (lum-sump payment).

Tempoh selama 28 hari diberikan supaya saman dijelaskan dan denda dikenakan mengikut unit penalti (penalti unit). Satu penalti adalah bersamaan AUD110.

Kadar penalti yang dikenakan adalah mengikut jenis kesalahan yang dilakukan oleh pengguna seperti parking di tempat basikal sebanyak 0.5 unit penalti, berhenti di tempat kanak-kanak melintas sebanyak 1.5 unit dikenakan.

Selepas tempoh 28 hari yang diberikan berakhir, dan tiada maklumbalas atau bayaran denda yang diterima, pihak BC akan menghantar notis peringatan dan memberikan sebanyak 28 hari tambahan bagi membayar denda. Di peringkat ini terdapat kos yang dikenakan kerana rekod denda telah dimasukkan ke “State penalties Enforcement Registry (SPER), yang bertindak sebagai pendaftar rekod saman.

Jika masih tiada bayaran dibuat atau sebarang tindakan diambil terhadap notis berkenaan, pihak SPER akan mengambil tindakan susulan dan caj tambahan dikenakan. Oleh sebab itu pengguna hanaya diberi pilihan bayaran yang boleh dibuat samada melalui telefon, secara online melalui kad kredit atau pun di mana-mana pejabat pos.

Apabila memohon bayaran ansuran, pengguna akan menerima notis memaklumkan jadual bayaran denda yang wajib dipatuhi sehinggalah bayaran denda tersebut dibayar sepenuhnya.

Selain daripada itu, jika pengguna tidak puas hati denda dengan yang dikenakan, mereka diberi tempoh 28 hari untuk mengemukakan rayuan secara bertulis. Bagiamanapun rayuan biasanya tidak berjaya dan hanya kes yang betul-betul melibatkan penginiayaan atau pun kes-kes khas diluluskan pengurangan denda setelah rayuan dikemukakan.

Sebarang rekod bayaran tunggakan atau kredit samada bayaran saman, pinjaman kewangan atau pun kad kredit akan menjejaskan peluang pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan di masa depan dari pembekal perkhidmatan atau syarikat kewangan . Ini kerana bagi sebarang tunggakan bayaran yang gagal dibuat, rekod kredit akan diuruskan oleh pihak ke tiga.

Pengguna perlu menyemak dan mendapatkan rekod kredit apabila ingin membuat pinjaman, mendapatkan perkhidmatan telefon bimbit secara pakej yang disebut “caps”, atau pun memohon pinjaman bank. Pihak ketiga akan mengenakan caj tertentu untuk semakan status hutang.

Salah satu pihak ketiga adalah Dun and Badstreet Hal ini adalah sama dengan apa yang diamalkan di malaysia di mana diwujudkan rekod hutang pengguna disimpan melalui CTOS dan CCRIS (Central Credit Reference Information System).

CCRis diuruskan oleh pihak Bank Negara, bagi mengenalpasti dan membantu pihak institusi kewangan menyemak status hutang dan tunggakan bayaran dari pemohon pinjaman dan perkhidmatan.

Manakala CTOS adalah sistem yang dipunyai dan diuruskan oleh pihak swasata. Berbeza dengan CCRIS, rekod CTOS digunakan oleh pihak bank, institusi kewangan, firm aguaman dsb. Sebarang rekod hutang akan dimasukkan dan pengguna perlu menunggu masa yang lama untuk membolehkan rekod dipadamkan, walaupun bayaran hutang berkaitan telah dijelaskan.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.