Home Novel Komedi/Romantik Komedi CINTA SERBUK MILO
CINTA SERBUK MILO
Dr Fendi Ameen
10/7/2014 13:26:40
13,190
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
JEJAK

'Aku mahu pergi jauh. Jauh dari sini,' mesej yang dihantar kepada Sutinah menceritakan apa yang telah berlaku. Sutinah, teman rapatnya yang telah lama bermukim di Pulau Pinang bersama jodohnya, jejaka dari Malaysia.
'Teganya Mas.'Mas, yuk ke Malaysia. Tinggal bersama aku', ajakan Sutinah melalui pesanan Whatsapp masih diingatinya. Mendengar cerita Sutinah, Nuraini jadi teruja. namun, bukan mudah untuk dia berhijrah ke Malaysia. Belanja yang besar perlu ditampung. Dia tidak mampu.
'Aku ingin ke Surabaya.'
'Surabaya?'
'Pasti?'
'Aku nekad', balasnya.
'Aku bisa mencari pekerjaan di sana.'
'Telusuri tinggalan Hayati ... bisa saja di Surabaya.'
***

"We were just kids when we fell in love," Alunan suara Ed Sheeran mendendangkan 'Perfect', memancung terus ingatannya pada kepahitan masa lampau.

Natsir bukanlah pemuda asing baginya. Sejak kecil mereka sudah saling suka. Dia bukan Hayati yang dikenali Zainudin di Batipuh. Natsir adalah rakan sepermainan pondok-pondok lagi.

Benaknya memainkan ingatan silam. Keluhan berat dilepaskan, air mata berlinangan.

Selajur Nuraini kembali ke masa kini. Dia bukanlah Hayati yang menodai cinta Zainudin, lalu menikahi Aziz dari Padang Panjang. Dia seorang perempuan yang setia pada suaminya. Kini, Nuraini berada di bumi yang dipijak Zainudin yang menolak cinta Hayati atas kesumat yang bersarang di dada, sebelum tenggelamnya kapal Ven Der Vijck.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.