Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,325
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 24 : Walk for Paid

Apa saja boleh dilakukan sementelah banyak masa lapang dan penyediaan thesis telah hampir di penghujungnya. Walk for paid adalah satu peluang pekerjaan kepada mereka yang berminat untuk “berjalan untuk dibayar”. Bunyinya agak pelik, tapi itulah di antara usaha yang boleh dilakukan untuk mengisi masa lapang di smaping menambah belanja dapur.

Ia adalah peluang yang disediakan kepada orang-orang tua dan suri rumah termasuk kanak-kanak sekolah, melalui perkhidmatan menghantar 'pamplet' atau siaran iklan dari berbagai syarikat. Biasanya diuruskan oleh beberapa syarikat bagi menghantar bahan-bahan iklan, risalah jualan dan seumpamannya.

Tidak seperti di tanahair, syarikat peniagaan dan gedung-gedung membeli utama seperti Woolworth, KMart, Coles dan Crazy Clark sentiasa menyediakan bahan-bahan iklan dan promosi jualan dalam bentuk jualan bagi dua kali bagi setiap minggu.

Setiap hari Rabu dan Jumaat bahan-bahan tersebut perlu diedarkan ke rumah-rumah, suri rumah sentiasa menunggu bekalan bahan promosi di peti surat mereka, sebahagian darinya tidak menyukai kerana ianya juga dianggap 'junk mail' bagi masyarakat Queensland dan Australia.

Bagi mereka yang tidak mahu menerima akan meletakkan label 'no junk mail' pada peti surat mereka, supaya para penghantar akan faham bahawa mereka tidak mahu menerima 'junk mail' yang terdiri dari berbagai bahan iklan dan promosi jualan sepanjang hari dan juga hujung minggu. Ini menjadikan kadangkala ianya seakan sampah.

Adalah menjadi kesalahan dan juga melanggar syarat jika menghantar bahan tersebut ke peti surat 'no junk mail' kerana pemilik atau penghuni rumah akan melaporkan kepada pihak syarikat yang mengeluar atau mengedar bahan-bahan tersebut, seterusnya penghantar mail tersebut akan dikenakan tindakan yang bersesuaian. selaian dari itu kegagalan menghantar mail ke tempat yang diperlukan juga akan membawa kepada tindakan setakat mana seriusnya penghantaran tidak dapat dilakukan.

Hello, we have received your application via Internet, and we agree to employ you. Could you please tell me, when you available to do that job and can we meet tomorrow at your home?" suara panggilan telefon mengejutkan aku pada pagi Ahad ketika sibuk membersihkan kawasan rumah dengan mesin rumput yang baru dibaiki.

Mesin rumput berwarna kuning jenama Sanli buatan Australia, sebelunya sudha dua minggu berada di Corinda Mowers. ianya adalah alat yang amat perlu untuk membersihkan backyard seluas suku padang bola sepak.

Suara dari seorang wanita yang kelihatan menggunakan telor Asian-English itu mengejutkan. Aku terus bersetuju, sebelumnya akau telah cuba menghantar permohonan kerja melalui Internet seperti seek.com dan jobs.com.au , tetapi semuanya tidak pernah berjaya.

Adalah sukar untuk mendapatkan pekerjaan di Brisbane, apatah lagi terpaksa bersaing dengan penduduk tempatan serta terpaksa bersiang dengan masyarakat pendatang yang berhijrah di bawah program pelarian UNHCR ataupun yang berhijrah kerana migrasi dari negara asal.

Aku pun tidaklah terlalu mengharap pekerjaan, kerana tujuan utama adalah belajar dan mendapatkan ijazah, seperti kata KPK “pulanglah dengan kejayaan”, ketika aku menerima balasan SMS darinya ketika berada di bumi Brisbane.

Walk for paid adalah kerja santai yang boleh dilakukan mengikut kesesuaian dan kelapangan, dengan menghantar mail. Ianya boleh dilakukan pada awal pagi, petang ketika pulang dari Universiti atau hujung minggu dengan memastikan mail dihantar tepat pada masanya dan pengguna tidak terlepas promosi jualan.

Biasanya promosi tersebut bertahan 3-4 hari sebelum ianya luput dan diganti dengan siri mail yang berikutnya. Adalah menjadi kelaziman penghuni rumah akan menyemak promosi dan berebut-rebut ke pasaraya dan gedung jualan yang menawarkan barangan harga runtuh mengikut jenis dan kegunaan.

Hampir setiap kali terdapat promosi yang menarik, contohnya set peralatan eletrik seperti TV dan lain-lain yang ditawarkan dengan harga yang menarik dalam tempoh 4 hari atau seminggu oleh Good Guys, Harvey Norman atau pun makanan dan peralatan dapur yang ditawarkan oleh gedung-gedung seperti Kmart, Woolworth atau pun Coles. Selain daripada itu siri promosi juga berlangsung hampir setiap tarikh-tarikh perayaan utama seperti fathers day, mothers day, halooween, christmas, labour day, australia day dan anzac day.

Aku bersedia sebagai penghantar mail kerana kawasan yang diliputi hanyalah kurang dari 100 buah kediaman yang terletak di sekitar kawasan rumahku dan suburb yang berdekatan meliputi sebahagian dari Indooropilly berdekatan Tennyson Golf Club.

Mulai dari tarikh itu rutin harianku bertukar dan agak sibuk di hujung mingu. “ please provide your account number, we will transfer your money fornightly”, wanita tersebut memberi tahu kepadaku tentang syarat-syarat di samping menyediakan peta. Peta yang ku lihat adalah peta kediaman yang tersusun, itulah negara maju, semuanya tersusun dan mudah dicari, bahkan boleh digoogle melalui Google map untuk mendapatkan lokasi yang jelas.

Ianya seakan-akan Enumeration Block (EB) yang digunakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, dalam kerja-kerja banci penduduk. Aku masih ingat kerana pernah bertugas di pusat prosesan banci ketika proses pengiraan setelah berakhirnya Banci Penduduk malaysia 1990.

Setelah penghantaran dibuat, pengesahan penghantaran perlu dilakukan melalui telefon tol free denga memasukkan butir-butir seperti worksheet number, delivery number.

Semua butiran ini tercatit pada delivery order yang dihantar bersama dengan bahan-bahan iklan ke rumah. “please enter the contract number follow by the hash key”, mesin memberi arahan apabila nombor dipanggil. “I do not recognize your option, please enter the contract number follow by the hash key”, bunyi mesin tersebut jika ada kesalahan memasukkan numbor kontrak.

Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan adalah berjumpa dengan bekas askar British yang pernah bertugas di Malaysia (Malaya) ketika zaman perang. Rumahnya terletak tidak jauh dari rumah kami. Beliau yang sudah berumur akan mengibarkan bendera Australia yang dipasang di depan rumahnya, sebelum membuat kerja-kerja rutin di rumahnya. Beliau juga selalu menunggu kedatangan mail yang dihantar.

“I am ex-British army, during BMA, I was in Malaya.... Perak , Penang and north part”, kata beliau padaku satu pagi ketika aku berbual dan bertanyakan khabar ketika menghantar mail. BMA merujuk kepada British Malaya Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British adalah merujuk kepada tempoh pemerintahan british setelah jepun menyerah kalah pada tahun 1946 ketika Perang Dunia Ke Dua.

Australia sebagai tanah jajahan British menghantar tentera di bawah ikatan tentera bersekutu di negeri-negeri yang dinaungi British ketika itu. Tidak hairanlah jika beliau juga pernah bertugas di Malaya.

Kebanyakan generasi lama masih memanggil Malaysia sebagai Malaya, hanya generasi baru menyebut Malaysia. “Are you from Malaya?”, kadang-kadang ditanya oleh jiran atau mereka-mereka yang dijumpai di pasaraya, ketika mula-mula datang.

Bahkan guru besar juga pernah menyebut “ We have various range of students here from many countries, we have almost 22 languages here, 10 student from Malaya, 2 from Philipine and the rest from African and others”, kata Mr. John, guru besar Yeronga State School dalam satu perjumpaan ibu-bapa di sekolah.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.