Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,364
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 17: Lay By and Refund

Aktiviti hujung minggu biasanya dipenuhi dengan mengunjungi pasaraya berdekatan. Biasanya pada hari Rabu dan Sabtu pihak pasaraya akan membekalkan “pamplet” berkaitan promosi barangan yang ditawarkan. Salah satu daya tarikan adalah “lay by”, selain daripada berbagai promosi lain. Lay by adalah merujuk kepada kemudahan bayaran ansuran yang diberikan kepada pembeli oleh pemilik gedung-gedung membeli belah.

Lay by membolehkan seseoarang pembeli mendapatkan barang-barang yang dijual secara bayaran tangguhan dengan bayaran secara ansuran mengikut keselesaan dan kemampuan. Banyak barang-barang yang disediakan pembelian secara “lay by’ contoh barang permainan bayi, perkakas elektrik dan pakaian. Kemudahan pembelian ini semakin rancak dipromosikan apabila menjelang Krismas dan perayaan-perayaan seperti Halooween, Father’s day, Mother’s Day atau pun Valentine.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.