Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,359
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 14 : Mr. Allen, Mrs Margaret dan Gereja

“Good day!”

“How are you doing?”

“Where are you from mate?”.

“Are you just moved here?”

“ Oh we have a new neighbour, nice meeting you”

Itulah antara kata-kata dan soalan yang kami terima dari sepasang suami-isteri Inggeris dari sebelah pagar sebelah kanan. Apabila kami bersua buat kali pertama. Mereka bertanya khabar dan berkenalan dengan kami sekeluarga sebagai jiran baru.

“Where did you children school?”

“I am a teacher at Yeronga State School, I teach religious”

Kata Mrs Margaret, wanita Inggeris yang kelihatannya dalam lingkungan awal 60an. Masih kelihatan kuat dan sihat

“This is our ‘Jack’”

Katanya memperkenalkan ‘Jack’ kepada kami sekeluarga.

Jack adalah seekor anjing yang jinak turut diperkenalkan kepada kami. Bagi kami ialah sesuatu yang pelik. Tetapi bagi kebanyakkan masyarakat mereka melayan haiwan perliharaan seperti seorang anak atau ahli keluarga.

Sejak dari hari itu, apabila melihat anak-anakku pulang dari sekolah atau hendak memasuki kawasan tepi pagar tempat Jack bermain .Jack akan datang ke arah pagar dan menyalak-nyalak kecil dan kelihatan manja. Mungkin itulah kesan daripada mereka memperkenalkan Jack kepada kami sekeluarga.

Selepas daripada pertemuan pertama, kami sekeluarga akan diberikan Buah Macademia ketika pokok Macademia di depan rumah, yang terletak di tepi pagar  galak berbuah. Jatuh bertaburan tanpa dijolok .

Macadamia adalah sejenis kacang yang amat sedap, rasanya macam Badam (Almond). Kacang yang masak mempunyai kulit yang keras dan hanya boleh dipecahkan dengan 'merton' a.k.a Hammer. Kulit kacang seperti kulit nyok/kelapa,dan isinya lemak tanpa rasa berwarna putih. Kulit luar yang membalut tempurung kacang, agak keras tetapi mudah pecah apabila kering. Terdapat alat khas yang dijual di supermarket bagi memecahkan macademia.

Dikenali sebagai Macadamia, mengambil sempena nama ahli Botani Australia, John MacAdam (1827-1865) yang mengkaji dan membiakannya di Australia Macadamia digunakan dalam pembuatan Cokelat dan harganya amat mahal. Pokok Macadamia mempunyai 9 spesies dan dikatakan berasal dari New Celodonia dan Sulawesi , Indonesia. 2-3 hari lepas, jiran sebelah rumah memberikan kacang Macadamia yang masih mentah dan baru dipetik dari pokoknya di hadapan rumah. Rasanya amat sedap lemak seperti kelapa, tapi nak membukanya perlukan alat khas. Tapi apa-apa pun kalau kena ketuk dengan besi atau kayu, tetap akan pecah.

Kawasan perumahan baru kami adalah disebuah sub-bandar yang terkecil di Australia. Ia dikenali sebagai Tennyson. Jumlah rumah di suburb ini hanyalah kira-kira 120 buah. Kebanyakan subbandar di Brisbane adalah besar dan mempunyai rumah yang banyak serta kawasan penempatan yang luas. Amat sukar untuk memberitahu nama subbandar tempat tinggal kami. Jika berurusan di hospital, pasaraya, kadang-kadang kami perlu mengeja nama suburb. Ramai orang tidak sedar namanya, apatah lagi rakan2 dari Malaysia yang tinggla di subbandar yang lebih besar seperti St. Lucia, Toowong, Corinda, Baudessrert Road dan sebagainya. Kawasan kejiranan kami tiada orang Melayu.

Kebanyakan pelajar melayu terutama dari Malaysia tertumpu di St. Lucia, west end, Corinda, Chelmer, Indooropilly. Semua lokasi berkenaan adalah terletak di persekitaran Brisbane River. Sejak daripada dulu seolah warisan melayu, St. Lucia yang terletak di seberang Brisbane River arah utara agak begitu popular denagn penempatan pelajar Malaysia. Di ini juga terdapat komuniti Indoneia yang bear[1]

Di sini terdirinya UQ di mana majority pelajar daripada Malaysia bertumpu di sini untuk melanjutkan pelajaran. Mereka terdiri daripada pegawai kerajaan, pensyarah IPTA dan juga pelajar-pelajar lepasan SPM, yang menyambung pelajaran dengan tajaan JPA, MARA dan seumpamanya.

Nama-nama jalan di Tennyson adalah mengambil nama watak2 dalam epic Inggeris yang terkenal iaitu Merlin. Wujud nama seperti King Arthur Terrace, Merlin Street, Lancelot Street. Kami tinggal di penghujung jalan yang dikenali sebagai Camelot Street.

Rupabumi kawasan ini tidak sekata ada yang berbukit. Di bahagian belakang rumah ada sebatang jalan utama yang dikenali sebagai King Arthur Terrace. Jalan berbukit yang memisahkan pinggiran Brisbane River ke kawasan perumahan. Jalan ini adalah jalan utama menuju ke Indooropilly dan Fairfield di sebelah utara.

Tennyson menjadi terkenal apabila terdirinya Brisbane tennis Centre yang disana berlangsungnya Brisbane Open bagi kejohanan Tenis Terbuka Australia[2], sebelum berlangsungnya Melbourne open. Jiran di sebelah kanan kami adalah sepasang suami isteri yang berasal dari England.

Jiran kami amat sayangkan England di mana nama raja2 england diberikan kepada nama cucu2 mereka .Mereka sangat peramah dan mengambil berta tentang kami. Nama merek aadalah Mr. Alllen dan Mrs. Margaret.Kedua2 mereka amat rajin bekerja di gereja yang terletak di sekitar Tennyson, terutamanya Chelmer dan Corinda.

Mereka akan kelihatan sibuk pada hari Ahad pagi dan petang, kadang2 membawa ke malam ke Gereja, yang terletak beberapa puluh kilometre daripada Tennyson. Mrs Woods juga adalah pengajar di sekolah kerajaan sekitar Brisbane melalui subjek religion. Mata pelajaran yang diajar adaah mengenai Kritian. Bagaimanapun subjek ini adalah pilihan dan pelajar boleh memilih untuk tidak mengikuti subjek ini di sekolah.

Semua anak-anaku yang belajar di sekolah tidak mengambi lsubjek ini. Alasannya adalah “we are Muslim”. Beberapa minggu selepas kami pindah ke 63, Camelot Street, Tennyson. Kami mula didatangi oleh pendakyah2 dari Gereja berdekatan. Agak kerap juga kadang2 hampir setiap minggu. Entah kenapa. Mereka dating dua tiga orang dengan strategi untuk menerangkan

“Who is God”, “Why we need love and happy?”

“why human are always not happy?”

Ini adalah antara tajuk2 pujukan mereka berdakwah. Settiapkali mereka dating kami sekeluarga menolak dengan cara diplomasi seperti sibuk dan hendak ke pasaraya. Bagaimanapun kadang2 kedatangan mereka tidak dapat ditolak dan perlu dilayan. Beberapa siri berikutnya mungkin ketua mereka yang dating dengan berpakaian seragam dari gereja untuk menerangkan cara yang sama seperti kedatangan terdahulu.

Kemudian disusuli dengan pendakyah dari kalangan bangsa asia tenggara seperti Filipina dan Thailand. Termasuklah daripada Malaysia. Kebanyak pendakyah ini digunakan untuk menarik penduduk dari kalangan bangsa Asia. Suatu hari aku secara terpaksa perlu berhujah dengan sekumpulan tiga orang dari gereja yang menjalankan kerja dakyah mereka. Ini tempat mereka, kami begitu asing di sini dan perlu berhemah kerana bimbang dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Hujah demi hujah dan perbincangan berhubung ketuhanan, love, dsb. Berkaitan Bible yang dibawa dapatlah ditangkis, dengan sedikit pengetahuan yang ada. Akhirnya mereka beralah dan meninggalkan rumah kami apabila diakhir perbincangan. Aku memaklumkan bahawa

“sorry we are Muslim”

Selepas daripada itu kumpulan pendakyah tidak lagi datang menjalankan kerja mereka. Lama kelamaan kami boleh menyesuaikan diri dengan baik di kawasan kejiranan yang baru tanpa sebarang masalah. Kami juga mendapat jiran baru yang hidup bersendirian di sebelah kiri rumah. Beliau bernama Mr. John dan berumur dalam lingkungan 60an.



[1] Sejarah orang indoneia di briabane perlu dimasukkan

[2] Berjumpa Roodger Federer ketika pembukaaan Queensland Tenis Centre

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.