Home Novel Travelog BERMUKIM DI TANAH RATU
BERMUKIM DI TANAH RATU
Dr Fendi Ameen
18/9/2013 14:11:30
53,357
Kategori: Novel
Genre: Travelog
Bab 42 : Oh No! Help!

[to be edited]


Di antara perkara yang agak merunsingkan adalah masalah kenderaan, tambahan kalau tinggal di tempat yang terhad public transport, kebetulan pula tinggal di kawasan yang train hanya 2 trip sehari dan bas pula sejam sekali. Tinggal di Suburb yang paling kecil di Australia. panjangnya hanya kira-kira 2-3 km sahaja, bagaimanapun cukup aman di siini. ..minggu lepas kereta utama, Mitsubishi Magna 2.6 Automatic, tidak boleh dihidupkan, oh my car stucked at home...,

Merasalah juga naik bas turun bas bawa anak ke sekolah yang hanya mengambil masa 5 minit dari rumah jika memandu kereta... pi naik bas balik naik bas , kita hantar, kita juga kena ke uni mengejar bas dan train juga, sabar ajalah. ..sambil-sambil tu panggil juga kawan-kawan sini yang ada 'ilmu kereta'[1] dan dah ada bengkel kat Taringa, 2-3 hari dia pulun tapi tak boleh juga.

Akhirnya jiran Mr. John datang membantu tengok apa yang patut, tapi tak boleh nak buat apa kerana tiada peralatan lengkap, kereta perlu diangkat ke atas ram katanya, nak tengok apa yang patut. Tak boleh apa walaupun Mr. john juga makenik , ada speed boat lagi di rumah dia.

"May be it's because of selonoid, you know..part of starter that passes electricity to a motor..",katanya lagi "I know ....because I had this model before, let me check it...," akhirnya dia kata

"you have to get a towing service., ask them to tow your car to workshop",

Katanya sambil memeriksa kotak fius dan EMS di bahagian dashboard, seterusnya memeriksa suis, relay di bahagian enjin kereta. oh di sini kos upah kerja-kerja servis kenderaan dikira berdasarkan tempoh bekerja (labour hours), betui-betui pakai teori ekonomi, upah ikut jam...kalau kita kira cincailah...., sini jangan main sebab tu ada sahabat yang dapatkan kereta yang lain, kalau kereta rosak kerana upahnya pembaikan serta penggantian alatan mahal berbanding jika dapatkan kereta yang lain, kerana harga kereta terpakai agak murah (dalam Australian Dollar),...banyak mobile mechanic, call saja dan siap duit depa akan mai.

Macam-macam servis disediakan oleh orang perseorangan ataupun company, dalam bab-bab servis kenderaan di rumah..tapi ada caj minimum bila kita panggil ..ada AUD 66 ada AUD 100, tu belum lagi kira kos upah dan sebagainya. Awat tak tolak?, huh sini mana ada orang tolak kereta ramai-ramai , pastu boh gear dan kereta boleh hidup..tak boleh di sini, tak pernah nampak lagi lah.... kawan yang pernah alami benda yang sama cadangkan supaya tanya satu pusat servis kenderaan di Marooka, tidak jauh dari Tennyson..Toppin Auto Electrical Service yang terletak di16 Carlbrook Avenue, Marooka.

Jadi aku pun contactlah depa, tokey tu kata kena contact "Wenzi Towing Service" siap bagi no contact lagi, aku contact tapi Wenzi tak dak masa, tunngulah sampai hari Sabtu...,sambil tu Malia n Ady dah tolong adjust kereta Hanafiah, yang kebetulan balik bercuti di Malaysia..ziarah ibu-bapa, kereta disimpan di rumah Mr.Zie di Marooka,jadi selesailah satu masalah ....dapat pinjam Toyota Camry , sementara keretaku siap diservis. Hari Sabtu Wenzi Towing tiba,wal-awal pagi lagi.

Ingatkan 2-3 orang dengan pekerjanya, rupa-rupa Mr. Wenzi sahaja[2], memang di sini perkhidmatan pindah rumah (movers) pun sorang sahaja pekerja ni kan pula Towing.Maka sama-sama tolak kereta ke Towing Truck nya dan akhirnya sampailah di Pusat Servis di Marooka tuh.

Cek pi cek mai tau tau starter kena ganti, ok jugalah tak banyak dalam AUD220.00 sahaja termasuk upah. La syukur Alhamdulillah, kereta pun dah OK seperti sedia kala. Yang best dapat satu perkara ni adalah jumpa Tokey Pusat Servis kereta berbangsa China (Overseas Chinese), bukan dari Malaysia, tapi bininya dari China Sarawak (Fu chau), bolehlah borak-borak dengannya, ramah orangnya.

Tokey tu dari Papua New Guinea(PNG), tak sangka pulak ada Chinese di PNG, dia kata "Chinese can be found in any part of the world", betui juga katanya.....pada masa sekarang kaum China telah menguasai dunia hampir sepenuhnya Dasar Ekonomi yang di bawa oleh Hu Jin Tao, Presiden PR China ketika itu telah membuka peluang kepada rakyat China, pasaran barang-barang harian yang pelaburnya dari negara Barat bertaburan serata dunia. Di Australia, barang-barang keluaran China boleh di dapati di gedung-gedung membeli belah utama seperti Coles,K-Mart dan Woolworth. Patutlah Nabi Muhammad SAW dalam sebuah hadis baginda ada menyebut yang maksudnya "Tuntutlah Ilmu Sampai ke Negeri China"



[1] Ada yg buka bengkel ada yg baru belajar Nair dan Rial

[2] Pt juga mover

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.