Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
BAB 10- KEMPEN


Pagi yang cerah. Saleh bangun lebih awal seperti biasa. Ibunya telah menyiapkan sarapan pagi berupa jemput-jemput pisang dan air kopi.

Kata nak pi tengok pelancaran kempen,” ayah Saleh bersuara dari kerusi malas sambil melepaskan kepulan asap dari balutan duan nipah dan tembakau jawa. Tergambar kepuasan pada wajahnya apabila kepulan asap dilepaskan.

Ya, lupa pula. Nasib baik ayah peringatkan,” ujar Saleh.

Hari ini ada pelancaran kempen mencegah penyeludupan. Y.B kita turut mai. Dengar kata MB tak jadi mai,” tambah Saleh lagi.

Dengar kata mula MB nak mai, tapi ada program dengan Raja Muda pula,” tambah Saleh lagi. Dia menyuapkan jemput-jemput pisang ke mulutnya sambil menuangkan kopi ke dalam cawan di hadapannya.

Kempen apa Pak hang, tak habis-habis berkempen ni,” ibu Saleh ingin kepastian.

Anti-penyeludupan, anjuran Kastam Perlis. Nak bagi orang ramai sedar, bantu Kastam untuk cegah penyeludupan. Tahun lepas dah buat di Sungai Baru.

Ya lah, pantai Kuala Perlis ni kan panjang, landai pula tu, dekat dengan Setoi dan Pulau Langkawi, “balas Mak Jam, ibu Saleh.

Depa yang dok bawa barang salah tak takut dosa ka?” pertanyaan Mak Jam menarik perhatian Saleh.

Sebab tu kerajaan kena kempen. Sapa yang bagi maklumat dapat saguhati, Banyak juga depa kata,” Pak Mail masih melepaskan kepulan asap di atas kerusi malas. Agin timur yang bertiup lembut menyapa badannya yang hanya memakai singlet.

'Barang-barang salah?' Saleh tertanya sendirian. Dia masih belum tahu apakah barang yang diisi dalam bekas berbalut plastik berwarna hitam, yang diangkut dari sebuah bot. Itulah tugas Saleh setelah berkerja dengan pertolongan rakan sekampungnya.

Palstik hitam ni kita pun tak tau apa isinya,” ujar Saleh kepada Zakuan, sambil membelek-belek bungkusan. Ketika itu adalah hari pertama dia bekerja. Tuagasnya hanya memunggah kotak-kotak yang dibalut dengan plastik hitam dan diangkut ke dalam sebuah van. Van tersebut akan bergerak meninggalkan tempat bot mendarat, berdekatan kawasan paya bakau, di kawasan Kurung Tengar.


Pak Mail dan Mak Jam tidak tahu apakah kerja yang dilakukan oleh Saleh. Setelah berhenti dari sebuah kilang di Pulau Pinang, Saleh kembali ke kampungnya.


Bau semerbak menyentuh rongga hidung Saleh. Deria bau menangkap aroma yang boleh mengecurkan air liurnya. Lantas, imbauan ingatannya terhadap tugasan yang sedang dibuat bersama Zakuan, terputus. Tumpuannya kepada bau yang dihidu.


Mak pagi-pagi dah goreng pekasam, kalau ada pulut pagi-pagi ni kan best,” kecur liur menahan bau ikan pekasam yang sedang digoreng oleh Mak Jam, lalu Saleh terkenangkan 'alangkah lazatnya menikmati pulut tanak bersama pekasam.


Ada, mak dah tanak. Mak tau hang suka. Hang pun lama tak makan sejak dok Penang,” ujar Mak Jam.


Ikan puyu yang mak mengail tu. La ni puyu, sepat memang menagkap dalam petak. Banyak juga yang mak dapat. Mak buat pekasam,” beritahu Mak Jam. Saleh berpuashati.


Eloklah hang sarapan dulu, jauh juga tu Seberang Ramai. Selalu depa tak siapkan sarapan pagi,” Mak Jam memberi cadangan.

***

Orang ramai sudah mula berkumpul sejak awal pagi. Kawasan lapang di Padang Semarak yang terletak di Kampung Tengah, Seberang Ramai, Kuala Perlis sejak semalam telah dipenuhi dengan deretan khemah. Khemah telah dipasang untuk menempatkan pameran dari pelbagai agensi kerajaan. Khemah pameran dipasang mengelingi sebuah khemah besar di tengah-tengahnya. Di hadapan khemah besar yang bakal menempatkan para tetamu yang terdiri daripada orang-orang kampung dan dif-dif jemputan, terdapat sebuah lagi khemah sederhana besar, di bawah khemah itu terdapat platform. Di situ VVIP akan ditempatkan. Di kiri kanan platform terdapat sebuah rostrum untuk pengerusi majlis dan rostrum untuk VVIP berucap.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.