Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
Bab 3 : Lolos
Gelap malam yang pekat bersahutan burung hantu di dalam ladang kelapa sawit berdekatan memungkinkan segalanya. Bulan tidak kelihatan kerana setompok awan hitam berarak. Renyai-renyai hujan bersama desiran angin yang menggerakkan dedaun pohon berdekatan. Bunyi salakan anjing liar dan binatang liar yang mencari makan turut kedengaran di sana sini.

Keluar! Tadi mau tunjuk macam taiko”, bersuara kasar salah seorang lagi penjahat sambil menghentak rantai besi pada van buruk.

Perlahan-lahan Saleh pintu van di bahagian kanan dan keluar. Dia menghadapi enam lelaki yang kebanyakkannya bersenjata. Dia perlu berwaspada, mungkin serangan akan berlaku secara tiba-tiba. Ke enam-enam penjahat itu mengepung Saleh, apabila Saleh cuba keluar jauh dari van buruk itu. Masing-masing menghayun senjata dan mengacah-acah Saleh.

Mereka sedia untuk menyerang. Kini bukan mudah bagi Saleh untuk melawan dengan mereka yang bersenjata, tambahan pula di ruang terbuka, dalam hutan dan gelap malam. Segala kemungkinan boleh berlaku.

Saleh bersedia.

“Mampus kau,” serangan dari seorang penjahat diikuti oleh dua orang lagi di kiri dan kanan Saleh. Penjahat yang bersenjata masih belum menyerang. Seorang penjahat kemudian mula membuka langkah tomoi untuk menyerang Saleh. Lagaknya seperti seorang jaguh seni bela diri yang berasal dari Thailand. Gaya lenggok mengacah ke kiri dan ke kanan sambil kaki diangkat ke atas dan ke bawah, mengacah.

Tiba-tiba seorang daripada penjahat yang berhadapan dengannya memulakan tendangan padu ke arah Saleh. Tendangannya tepat mengenai dada Saleh. Saleh jatuh terhumban ke belakang. Dia bangun kerana tendangan itu masih lemah.

Serangan ke dua bermula dengan seorang penjahat menyerangnya dengan sekeping papan, seperti sebuah bahagian atas meja, yang ditarik dari van buruk tadi. Dengan gerakan cepat menggunakan sikunya, Saleh dapat melepaskan hentakan di kepala penjahat itu sebelum dia sempat merempuh dan memukul Saleh dengan papan itu. Penjahat itu jatuh terhoyong-hayang. Hentakan menggunakan siku dengan gerakan karate cukup melemahkan bahagian kepalanya. Matanya berpinar langsung tersungkur ke tanah.

Penjahat yang pertama yang menyerangnya kelihatan sedang bersedia melakukan serangan. Belum sempat dia bergerak, tendangan terbang dari saleh menyebabkan dia tewas, tepat mengenai perut dan dadanya. Dia rebah berlumuran darah setelah terpelanting ke arah van yang tersangkut. Dia tidak bergerak.

Tiga penjahat sudah tewas. Tinggal tiga lagi yang belum. Mereka kelihatan cuak melihat ketangkasan Saleh. Tak sia-sia buah-buah serangan gayung dan karate yang digunakan oleh Saleh. Mereka cuak melihat gerakan yang digabungkan.

Saleh melihat peluang, sebuah scrambler di kirinya mungkin boleh digunakan untuk melarikan diri. Dia bimbang tidak mampu bertahan kerana telah menggunakan banyak tenaganya untuk menewaskan ketiga-tiga penjahat itu. Dia perlu lari. Lari bercempera untuk menyelamatkan dirinya. Dia bukan takut.

“Mari kawan, kasi habis sama dia,” teriak seorang penjahat yang memegang rantai besi.

Kasi potong sayur, dia ingat dia taiko,” teriak seorang lagi.

Serangan dilakukan dari segenap penjuru. Untuk menyelamatkan diri dia perlu menewaskan sekurang-kurangnya seorang dari penjahat yang mengepungnya. Dia melihat peluang itu. Seeorang penjahat yang menyalakan colok untuk menerangi kawasan pergaduhan yang agak gelap itu kelihatan beredar sedikit. Dia cuba memasang satu lagi colok bagi membantu dua orang rakannya.

Saleh melihat peluang itu. Dia melompat ke arah penjahat yang cuba memasang colok. Lelaki itu terperanjat. Saleh merampas colok di tangannya yang sedang berapi. Di libas-libas pada badan penjahat itu melarikan diri kerana bajunya terbakar. Saleh melepaskan tendangan ke atas lelaki yang sedang terbakar. Lelaki itu rebah tersungkur di hadapan dua orang rakannya. Mereka kelihatan melihat dan membantu penjahat yang sedang terbakar itu.

Saleh mengambil peluang. Dengan kudratnya yang ada di mengangkat scrambler di sebelah kanannya. Menghidupkannya dan enjin Berjaya dihidupkan. Saleh Berjaya keluar dari kawasan pergaduhan dengan scarambler yang dicuri. Dia memecut laju meninggalkan lelaki yang terpinga-pinga kerana terkejut dengan gerakan cepat Saleh. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Tapi nasib Saleh agak malang. Tanpa disedari terdapat satu batang kayu dari anak pokok sebesar peha lelaki dewasa, yang ditumbang merentangi laluannya dalam malam yang pekat di hutan itu. Langgaran pada batang pokok dengan kelajuan yang tinggi menyebabkan scramblernya terhenti.

Saleh terhumban ke hadapan. Nasib baik Saleh jatuh dirumpunan pisang hutan. Kesan jatuh dari lambungan seolah diminimakan dengan daun-daun pisang hutan yang lebar. Hanya sedikit kesakitan yang dialami oleh Saleh kerana bahu kanannya terkena batang pokok pisang yang licin. Namun kesakitan itu tidaklah serius dan dia mampu bertahan.

Bunyi deruman enjin scrambler kedengaran dari belakang. Kemudian tiba tiga orang penjahat di tempat pokok tumbang tadi. Mereka melihat ada sebuah scrambler tersadai di situ. Namun mereka tidak menjumpai Saleh. Mereka berusaha mencari ke sana dan ke sini, hadapan dan belakang. Namun Saleh mendiamkan diri di balik rimbunan pisang hutan di situ.

Usaha mereka Berjaya. Dua orang Berjaya menarik saleh serta memegang ke dua belah tangannya. Penjahat yang ke tiga melepaskan tendangan bertubi-tubi ke kiri dan ke kanan muka, dada dan perutnya. Saleh agak goyah. Dia lemah kerana sejak dari dalam gudang lagi dia telah berlawan dengan ramai penjahat, hinggalah di dalam hutan serta tempat dia terhumban tadi.

Rasakan, mampus kau!” penjahat ketiga melepas tendangan ketika dua orang rakannya memegang kemas Saleh.

Dia terus dipukul. Darah mengalir di muka, mulut dan hidungnya. Dia hampir pengsan.

Dalam keadaan antara sedar dan tidak sedar tiba-tiba Saleh dipukul dengan pukulan yang kuat ke arah dadanya, ketika dia sudah tidak berdaya dan dalam keadaan melutut. Dia pernah dibelasah sebelum ini dengan teruk dalam penjara.

Ramai yang mengerumuninya. Mat Black mengacu-acukan tumbukan dan tendangan. Sedangkan Saleh telah jatuh terlentang di tending Mat Black sebelum ini.

Mat Black kelihatan garang. Hampir semua banduan di sel itu takut padanya. Dia seolah-olah taiko dalam sel itu. Segala katanya diikuti oleh banduan.

Segalanya bermula pada minggu ke dua dia ditempatkan di sel itu. Ketika waktu makan tengahari.Seperti biasa, Saleh mengambil makanan dalam dulang yang disediakan. Dia bergerak ke meja makan dan mula hendak menjamah makanan bersama beberapa banduan yang lain.

Budak barusalam,” seorang banduan datang ke hadapannya. Diikuti oleh empat banduan yang lain.

“Ya saya budak baru,” balas Saleh.

Budak baru mesti kasi ajar boss,” kata seorang banduan di situ. Dia seorang lelaki berasal dari Sabah. Namanya adalah James. Badannya penuh dengan tatu ala ahli kongsi gelap.

“Mesti kasi ajar!” teriak semua banduan yang mengikut lelaki yang dipanggil boss itu. Lelaki yang agak tinggi dengan badannya yang sederhana tegap dan sedikit bermisai. Itulah Mat Black.

Segalanya asing bagi Saleh. Dia meneruskan suapannya.

James kemudiannya mengambil air sirap dan menuangkan ke atas kepala Saleh. Ketika itu kebetulan tiada warden yang kelihatan berkawal di dewan makan. Memang kebiasaannya Warden akan memberi sedikit kebebasan kepada banduan, ketika waktu makan seperti sarapan, makan tengahari dan makan malam. Jadi tindakan James tidak diketahui oleh warden.

Mat Black kemudian menterbalikkan dulang makanan Saleh. Bertaburan nasi dan kari ayam serta sayur-sayuran yang diambil ketika di dapur kantin dewan makan tadi.

Budak baru mesti kasi ajar, nanti besar kepala,” teriak Mat Black.

Saleh cuba bangun tapi beberapa banduan memegangnya. Dia tidak biasa dengan keadaan itu. Dia meronta dan hampir menjerit. Tiba-tiba dua orang warden datang ke dalam dewan makan.

“Apa yang bising-bising ni?” Sarjan Rahim bersuara agak kuat. Dia kelihatan gagah dengan misainya yang tebal dan melintang. Kebanyakkan dari banduan amat gerun dengan Sarjan Rahim yang tangkas dengan pukulan karate. Seorang banduan, Jasbir Sigh hampir patah dagu kena pukulan Sarjan Rahim, ketika dia menyuraikan pergaduhan Jasbir dengan James. Jasbir enggan mengalah walaupun telah diberi arahan dan amaran.

Melihatkan kehadiran Sarjan Rahim. Banduan-banduan yang ada kelihatan diam. Mereka cuba menunjukkan kebaikan kepada Saleh. Mat Black juga begitu, turut terdiam.

“Tiada apa-apa Jan, bergurau saja,” balas Mat Black.

Mereka diminta bersurai dan kembali ke sel masing-masing, kerana waktu makan sudah hampir tamat.

Entah kenapa melihatkan keadaan Saleh, Sarjan Rahim tersentuh hati. Jauh di sudut hatinya dia berkata Saleh terianaya. Tapi Mahkamah telah menjatuhi hukuman terhadap kesalahan yang dilakukan oleh Saleh. Saleh ditahan dipenjara itu selama 4 tahun.


Banyak kisah dalam penjara diketahui dari Sarjan Rahim yang suka bercerita. Kisah suka duka dalam penjara pudu walaupun Saleh tidak pernah ke sana diikuti dengan penuh minat. Kisah bilik gantung penjara pudu di mana sudah 18 kali Sarjan menguruskan mereka yang dihukum gantung, menyediakan tali gantung dan mengawal banduan, di bilik kurungan akhir sebelum ke tali gantung.

Berbeza dengan biasa, banduan bilik akhir dikawal begitu rapi, tiada siapa yang dibenarkan melawat bilik kurungan akhir.

"Tiada ustaz, tiada adik beradik dibenarkan melawat," Sarjan Rahim bercerita. Saleh mendengar penuh minat.
"Setiap 15 minit sekali, jam yang berada dalam bilik akhir perlu dijolok supaya berbunyi menandakan ada Warden mengawal banduan akhir," Sarjan terus bercerita.
"Sebelum hukum gantung dijalankan. Sarjan akan menyediakan tali gantung dan menjalankan ujian terhadap keadaan tali gantung itu".

Mengenangkan semua itu Saleh jadi kacau. Walaupun hukuman yang dijalaninya tidaklah membawa ke tali gantung. Dia hanya menjalani hukuman penjara atas kesalahan yang tidak dilakukan. Dia menjadi mangsa sebenarnya

Apabila tersedar, Saleh dapati dirinya berada di dalam gudang buruk tadi, di mana dia telah menyelinap masuk. Waktu sudah jam 10.00 pagi. Lama dia pengsan. Dia dibiarkan seperti kain buruk, di hadapan meja tempat penjahat dan ketuanya minum dan bermain poker malam tadi, ketika dia berlawan dengan beberapa penjahat.

Melihatkan dia sudah sedar. Weerak, salah seorang penjahat yang berkawal memanggil ketuanya. Saleh merenung Weerak. Ingatannya pada lelaki yang membuat serangan ala Tomoi. Itulah Weerak yang telah berlawan dengannya ketika van buruk yang dilarikannya tersangkut di lubang becak.

Di hadapannya kini adalah ketua penjahat yang diiringi oleh empat perempuan muda. Rupanya dia pengsan setelah teruk menerima pukulan dari penjahat-penjahat itu. Dalam pengsan ingatannya menerawang jauh mengenai pengalaman pahitnya di penjara. Ingatan kepada kejadian dibuli oleh Mat Black dan James serta di selamatkan oleh Sarjan Rahim.

Rondo, ketua penjahat itu berketurunan Siam. Dia masih kekal memakai topi kulit, dengan kemejanya dibiarkan tanpa dibutangkan, terdedah di bahagian dada.

Rondo terus datang hampir kepada Saleh lalu mencekak rambut Saleh, menyebabkan dia dipaksa mendongak dalam keadaan berbaring. Saleh kemudian ditarik dan dibangunkan. Wanita seksi yang ada di sekitar Rondo kelihatan mengejek-ngejeknya.

“Lu apa mau, kacau gua punya tempat?” Rondo melepaskan tamparan ke muka Saleh sambil bertanya.

“Lu mau mati ka? Lu tak gua sapa,” Rondo terus mengancam.

“Aku cari Malik,” bingkas Saleh menjawab menahan kesakitan akibat pukulan Rondo.

“Ceh! Mana ada itu orang,” Rondo berkata dalam bahasa yang bercampur-campur. Ini kerana bapanya adalah lelaki dari Thailand manakala ibunya berketurunan Cina dari Perlis. Dia adalah orang kanan dalam sendikit besar yang ketuanya adalah Malik.

“Aku tak kenal siapa dia. Lu cakap lu mampus!” Rondo memberi amaran sambil mengacu-acukan sepucuk revolver ke arah kepala Saleh.

Rondo kemudian mengarahkan orang-orangnya mengurung Malik.

“Kasi kurung ini orang, jangan kasi makan dan air!” Rondo member arahan.

Saleh kemudian diseret dan dimasukkan ke dalam sebuah bilik dan dikurung di situ. Rondo meninggalkan Saleh dan membuat panggilan telefon kepada seseorang melalui telefon bimbitnya.

“Diam, kita kasi dia rehat cukup-cukup,” kata Weerak sambil menghumbankan Saleh ke dalam bilik kurungan. Mereka meninggalkan saleh kerana dipanggil oleh Rondo. Kemudian terdengar deruman enjin sebuah kenderaan pemacu empat roda, Nissan Murano bergerak meninggalkan gudang usang itu.

Dalam bilik kurungan yang dilapisi gumpalan rumput seperti makanan kuda yang berwarna perang. Saleh merebahkan dirinya kerana amat keletihan. Dia tidak tahu apakah nasibnya selepas ini. Dia harus berusaha melepaskan diri. Dia bertawakal dan meyerah diri pada Allah, atas apa yang bakal berlaku. Bilik itu adalah bilik yang kecil. Ianya sebesar bilik ke dua rumah teres sederhana. Bau hancing di sana-sini dan agak gelap.

Saleh tahu ada seorang penjahat yang mengawal dia dan enam wanita yang terkurung itu.

“Lu tunggu di sini,” Rondo memberi arahan sebelum meninggalkan mereka, tadi.

Dia perlu berusaha meloloskan diri. Beberapa lama dia merebahkan dirinya di atas rumput perang itu dia mendapat akal.

“Tolong, tolong, “ Saleh menarik perhatian penjahat yang mengawalnya iaitu Jack.

“Tolong, tolong, “ dia mengulangi kata-katanya.

Teriakannya menarik perhatian penjahat yang berkawal. Penjahat itu berlari-lari kepadanya di kurungan.

“Tolong kawan, gua mau buang air,” Saleh memohon.

“Mana boleh!”.

“Tak boleh aku kasi di sini,” kata Saleh.

“OK OK , long or short,” Jack bertanya.

“Long … ,” saleh menjawab sambil menekan perut.

Dia tidak digari atau diikat. Mungkin mudah dia meloloskan diri.

Dengan tipu daya Saleh dapat memukul Jack. Jack rebah dan tidak bergerak. Saleh meraba kocek seluar Jack dan mendapat segumpal anak kunci. Kemudian dia ke bilik di mana perempuan-perempuan dikurung. Mencapai anak kunci, dan membuka kunci pada manga bilik kurungan. Akhirnya Berjaya. Saleh membantu meloloskan kesemua perempuan itu dari bilik kurungan.

Hari semakin meninggi. Saleh cepat-cepat keluar dari gudang usang. Nasib masih baik, sebuah lori ditinggalkan di sebelah tepi gudang. Kunci ada disitu. Saleh menghidupkan enjin. Dicuba berkali-kali hidup enjinnya. Saleh Berjaya keluar dari kawasan itu bersama enam wanita yang dikurung. Dia keluar ke jalan besar dan cepat-cepat mencari balai polis berhampiran. Ke enam-enam wanita warga asing itu diserahkan kepada pihak polis. Laporan polis dibuat. Pihak polis akan menguruskan kes itu dengan Jabatan Imigresen, mengenai kemasukan pendatang tanpa izin dan tanpa dokumen yang sah.

Saleh baru tersedar bahawa lokasi kedudukannya masih di utara Malaysia. Dia menyangka telah jauh meninggalkan kampong halamannya. Dia tertidur di alam van buruk, pada malam sebelumnya dalam lena yang panjang bersama enam wanita warga Thailand. Dia masih berada di Daerah Gurun, Kedah, setelah dia sampai di balai Polis Gurun, dengan bantuan Ahmad, seorang pemuda yang menolongnya. Gudang usang yang terletak dalam ladang di Jeniang itu dijadikan lokasi menyimpan wanita asing untuk pasaran KL dan sekitarnya.

Malik meninggalkan lori yang dilarikan itu di Balai Polis, sebagai sebahagian dari bahan bukti dan pulang ke kampungnya di Kuala Perlis.Dia tahu orang-orang Malik akan memburunya kemudian hari. Atau setidak-tidaknya orang-orang Rondo. Dia telah menyebut nama Malik di gudang tadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.