Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
Bab 9: MENUNGGU

Kuala Sungai Baharu, Perlis

Bunyi deruan bot masih kedengaran walaupun waktu sudah hampir pagi. Kaki langit cerah dengan cahaya bulan yang melimpahi alam maya.

Cahaya lampu tidak perlu lagi ketika ini kerana rembulan tersenyum pada langit, bulan penuh. Beberapa susuk tubuh sedang menunggu ketibaan sesuatu, di tebing pantai Sungai Baharu. Mereka semua dalam keadaaan siap-siaga, menanti ketibaan bot kayu dan beberapa buah bot dari negara jiran. Pesisir pantai yang tidak pernah tidur itu juga tidak sunyi kerana terdapat sebuah ‘chalet’ yang telah dibangunkan oleh pihak LKIM. Rumah rehat tersebut yang menyediakan berbagai-bagai-bagai kemudahan penginapan dengan nama-nama khusus mengikut kelasnya seperti Cendana, Belitung dan standard, turut dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara.

Bunyi enjin bot yang tadinya sayup-sayup kedengaran, akhirnya semakin kuat didengari oleh sekelompok manusia yang sedang menanti kedatangannya dalam semak-samun. Sebuah van buruk diletakkan berhampiran kawasan menungg, pemandunya tiada di situ kerana bersama-sama gerombolan manusia yang menunggu di sana. Kelihatan

Previous: BAB 8: INTIP

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.