Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
Bab 2: Cempera

Van yang dilarikan oleh Saleh bergerak laju-selaju-lajunyanya. Malam yang disinari cahaya bulan purnama banyak membantu Saleh untuk keluar dari kawasan hutan itu. Sesekali tayar van masuk ke dalam lopak air bertakung, air memercik ke atas. Saleh tidak dapat mencari apa yang dikehendakinya tapi kini dia diburu pula oleh penjahat.

Bunyi scrambler semakin dekat, mengaum semakin garang bersimponggang bersama deruan Van buruk yang dipandu oleh Saleh. Saleh perlu cepat menyelamatkan dirinya sebelum kumpulan penjahat yang menunggang scrambler tiba dan menghalang perjalanannya.

Dari jauh kedengaran bunyi enjin scrambler dari arah belakang van tetapi sayup-sayup kedengaran. Mungkin kumpulan penjahat itu mengejar Saleh dari arah belakang. Bunyi scrambler semakin kuat menandakan kumpulan itu semakin hampir kini.

Tiba-tiba sebuah scrambler melintas melepasi bumbung van yang sedang dipandu oleh Saleh, kebetulan roda di sebelah kiri bahagian depan van termasuk ke dalam lopak air yang agak dalam. Van buruk itu tersangkut. Saleh cuba mengundur van itu bagi mengeluarkan roda yang tersangkut. Keadaan becak menyebabkan roda yang tersangkut berpusing-pusing di dalam lopak yang semakin dalam. Percikan air dan tanah tersebar di tepi dan belakang van, memerahkan bahagian tepi van buruk itu.

Lelaki yang menunggang scrambler kemudian mengangkat scrambler gaya wheelly ke arah van yang tersangkut di dalam lopak air itu. Saleh terdiam sebentar memikirkan apa tindakannya seterusnya bagi melepaskan diri. Srambler diberhentikan, lelaki penjahat turun dari scrambler dan menendang-nendang pintu van, mengajak Saleh keluar berlawan dengannya.

Deruman beberapa enjin scrambler turut bersimponggang dari jauh, menandakan beberapa penjahat hampir tiba di tempat Saleh tersangkut dengan van buruk serta seorang penjahat sedang mengancamnya. Kira-kira dua puluh minit, empat buah scrambler tiba. Empat penjahat turut dan mengepung Saleh di dalam van. Ada yang bersenjata rantai besi, besi paip dan kayu besbol.

“Hei keluar, sudah lama gua mau tarik lu punya isi perut, kasi habis!” kata seorang penjahat kepada Saleh di dalam van buruk yang tersangkut itu.

Lima orang penjahat sedang bersedia untuk menyerang Saleh. Saleh harus bersedia dengan segala kemungkinan yang ada.

“Kasi tarik dia punya kepala,” kata salah seorang penjahat sambil menendang-nendang pintu van buruk itu.

"Lengchai sudah mari ma!".

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.