Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
Bab 7: Terjebak
Di hujung pantai Kampung Kurung Tengar, Kuala Perlis,Perlis. Tidak jauh dari kampung kelahiran Saleh. Ada aktiviti penduduk kampung yang unik. Saleh dilahirkan di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis.

Kurung Tengar dan Padang Besar Selatan adalah jiran yang dekat. Semasa kecil Saleh akan hilang bersama kawan-kawannya mencari siput retak seribu yang tertimbus bila air pasang, atau mengutip kerang di pantai itu. Sekurang-kurangnya memerangkap mentarang, sejenis kerang-kerangan berbentuk lonjong, enak dimasak lemak. Siput mentarang hanya boleh didapati di pantai berselut seperti di Kuala Perlis dan Pantai Sabak, Selangor.

Sekarang ini kerang sudah berbau minyak diesel dan perlu dibasuh dengan secukupnya. Dicuci dengan daun serai bagi menghilangkan bau diesel serta direndam di dalam air garam untuk membolehkan muntahan selut berdiesel dikeluarkan dari kerang.

Pantai pun semakin hampir ke tebing. Tidak seperti sepuluh tahun dulu yang boleh mencapai hampir enam kilometer ke tengah laut apabila air surut. Sesuatu yang indah hampir hilang akibat perubahan cuaca dan pembangunan.

Majid terus mengajak dan memujuk Saleh sejak pertemuan pertama dengan Saleh yang diatur di warung Pak Mail di tepi simpang jalan Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru.

Bagaimanapun Saleh tetap menolak dengan berbagai alasan. Dia masih ingat pesan ibunya, supaya berhati-hati dengan Majid.

Sudah dua bulan Saleh berhenti kerja. Namun usahanya untuk mendapatkan kerja masih juga tidak kesampaian. Keadaan ekonomi yang lembap serta permintaan barangan siap yang kurang bagi pasaran tempatan menyebabkan pihak industri berhati-hati untuk mengambil pekerja baru.

"Macam mana ni ... masih tak dapat kerja," Saleh mengeluh sendirian.

"Mak tengok hang gelisah saja pasai apa?"  ibu Saleh bertanyakan sesuatu.

"Dah elok-elok berhenti kerja, lepas tu payah nak dapat kerja pula," Saleh menjawab.

"Tak pa sabaglah ... nanti adalah rezeki tu," balas ibunya.

"Kalau tak dapat kerja, apa nak buat?".

"Macam mana nak bantu keluarga".

Suatu petang Saleh dihubungi oleh Cik Zanariah, bekas penyelianya di kilang Intel Pulau Pinang.

"Saleh, apa khabar?.

"Khabar baik, macam mana tiba-tiba telefon ni Cik Zanariah?" Saleh bertanya.

"Saja lah nak tanya khabar," balas Cik Zanariah.

Saleh perasan bahawa Cik Zanariah amat mengambil berat tentangnya. Sejak Saleh bekerja di Pulau Pinang lagi. Entah mengapa.

Sebenarnya Cik Zanariah, gadis tinggi lampai berkulit putih kuning itu menaruh hati dengan Saleh. Hanya Saleh sahaja yang buat-buat tidak peduli. Saleh masih memikirkan tentang keluarganya.

"Dah dapat kerja baru? atau dah tanam anggur?" Cik Zanariah bertanya sambil berseloroh.

"Belum," jawab Saleh ringkas.

"Sekarang ini memang ada masalah, pekerja baru kurang diambil. Apa lagi  bagi industri di Perlis," Cik Zanariah seolah memberi syarahan ekonomi.

"Itulah ... susah nak dapat kerja sekarang ini," sambung Saleh dalam perbualan .

"So, apa plan Saleh?" bingkas Cik Zanariah bertanya.

"Itulah susah nak cakap sekarang ini, agak buntu," balas Saleh.

Perbualan mereka berkahir pada hari itu. Hari-hari berikutnya Cik Zanariah akan menghubungi Saleh jika ada kelapangan.

Saleh teringatkan tawaran yang diberikan oleh Majid di warung Pak Mail, dua minggu lepas. Dia kemudiannya menghubungi Majid melalui telefon. Pesan ibunya telah diabaikan kerana dia terdesak hendak mendapatkan pekerjaan.

"Majid, aku nak join hang boleh?" Saleh menghubungi Majid pada suatu pagi Isnin.

"Dah habis fikir?" pertanyaannya di jawab dengan pertanyaan.

"Dah," jawab Saleh ringkas dan padat.

"OK malam ni aku jemput hang di warung Pak Mail, tempat hari tu. Sebelum hang join, eloklah hang belajar dulu,"Majid menawarkan pelauang kepada Saleh.

"Kotak-kotak tu hang kena angkat masuk ke dalam lori. Kemudian hang hantar ke alamat yang dah ada dalam senarai," Majid menerangkan sesuatu mengenai tugas yang perlu dibuat oleh Saleh.

"Bila sampai saja kotak tu jangan dibuka, masukkan ke dalam lori, lepas kerja siap adalah ganjarannya," Majid menambah.

"Perlu tunggu awal pagi ... jam 3.00 pagi supaya cepat sampai ke destinasi," Majid terus memberitahu apa yang perlu dilakukan.

Kotak-kotak yang dibalut dengan plastik hitam itu diangkut dengan "bot ekor panjang", atau bot siam yang panjang. Biasanya bot itu digunakan untuk mengangkut penumpang dan barangan dari Satun di Thailand ke Kuala Perlis. Jurumudi dan pembantu jurumudi bot itu juga dari Thailand.

Setelah menyertai pekerjaan yang dibuat oleh Majid, Saleh mengikut saja apa yang disuruh oleh Majid. Dia cukup percaya dengan kawan lamanya itu.

Saleh tidak pernah bertanya apa isi kotak berbalut plastik hitam itu. Yang dia tahu adalah memuatkan ke dalam lori yang sedia menunggu. Kemudian lori itu akan dipandu oleh pemandu yang sedia menunggu.

Kadang-kadang Saleh akan turut sama mengikut lori tersebut, ke destinasi yang telah ditetapkan di sekitar Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Kadang-kadang hingga ke Kuala Lumpur.

Beberapa bulan, urusan yang dijalankan oleh Saleh berjalan lancar.

"Malam ini kena lama sikit urusannya, banyak barang nak diangkut, standy,"Majid memaklumkan kepada Saleh.

"Banyak permintaan nampaknya, bisnes bagus,"Saleh menelah keadaan permintaan barangan dalam kotak hitam itu.

"Barang orang suka. Ramai yang suka,"Majid memintas.

Pergerakan mereka sebenarnya telah diintip oleh sepasukan anggota Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) yang diketuai oleh Komander UPP Kuala Perlis, Tuan Che Ani Hussin.

Intipan telah dibuat oleh sepasukan anggota UPP yang diketuai oleh Pegawai Kastam Kanan Mohd Ali Atan serta lain-lain pegawai Kastam

Previous: Bab 6 : Resah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.