Home Novel Thriller/Aksi MANGSA
BAB 1: Di Sebuah Gudang Usang

Di sebuah gudang yang kelihatan usang, jauh dari jalanraya. Untuk ke gudang itu perlu melalui jalan berbukit, semak samun serta ladang kelapa sawit, kemudiannya melalui denai berlopak dengan tanah merah, becak apabila hujan. Akhirnya melalui jambatan kayu yang usang, menuruni cerun yang agak curam, di kiri-kanan adalah ladang getah yang masih muda. Ladang itu belum matang untuk ditoreh getahnya. Jalan itu hanya mudah dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda, selepas ladang getah, letaknya gudang usang itu.

Sebuah van buruk terhegeh-hegeh melalui laluan itu untuk ke gudang. Van buruk itu kelihatan sarat kerana hanya dapat bergerak perlahan-lahan, terhangguk-hangguk ke kiri dan kanan, mengelak lopak-lopak air selepas hujan. Akhirnya berhenti di sebuah gudang usang. Gudang itu dulunya digunakan oleh pemilik ladang untuk menyimpan peralatan dan hasil getah, sebelum diangkut dengan lori ke pekan.

Dua lelaki dalam van tersebut menarik pintu belakang dengan kasar. Beberapa lelaki membuka pintu gudang sedikit, kemudian keluar dan menarik keluar wanita-wanita itu dari van

Sekumpulan enam orang wanita ditarik keluar daripada pintu belakang van yang agak usang itu. Wanita-wanita itu kelihatan lesu tak bermaya dan dipaksa masuk ke dalam sebuah gudang buruk oleh sekumpulan lelaki bersenjata.

“Masuk-masuk cepat!”. Kata salah seorang lelaki bersenjata. Mengarahkan wanita-wanita itu ke dalam gudang. Wanita-wanita itu kelihatan seperti bukan warga tempatan. Kebanyakkan daripadanya adalah dari Negara jiran, Thailand.

“Khew khew phai!”. Seorang pemuda bersenjata sebilah parang mengarahkan kumpulan wanita itu dalam bahasa Siam.

Wanita-wanita itu dalam lingkungan belasan tahun, dengan pakaian tak terurus dan rambut yang serabai, lemah longlai turun dari van. Ada yang ditendang dengan kasar oleh beberapa pemuda, untuk cepat masuk ke dalam gudang buruk. Gudang itu seolah lama ditinggalkan dengan bermacam-macam kotak, besi buruk dan tong-tong plastik bersepah di sana-sini.

Dari jauh Saleh sedang memerhatikan di sebalik tembok berhampiran gudang, dari arah sebelah kanan pintu gudang itu. Lama dia memerhatikan tindak-tanduk pemuda itu yang bertindak liar kepada wanita-wanita tersebut.

“jahanam!, ini rupanya kerja mereka?”.

Setelah pintu gudang di tutup, dua orang pemuda tadi yang bersenjata kelihatan mengawal kawasan itu. Mereka mundar-mandir, begitu ketat mengawal dan menjaga ke kawasan itu.

“bagaimana aku nak masuk?”. Aku nak lihat apa yang terjadi?”. Saleh berbicara dengan hatinya, kerana tiada siapa di sana. Saleh mencari akal.

Dia kemudiannya membuat helah. Dia terus ke arah dua lelaki tersebut, bertanyakan sesuatu. Ini semua helah untuk menarik perhatian lelaki-lelaki itu.

“Saudara, boleh minta api rokok?”. Saleh bertanya kepada salah seorang pemuda yang berkawal. Mereka tidak menjawab. Masing-masing memberi isyarat dengan tangan, mengarahkan bersedia.

Pemuda-pemuda itu sedar bahawa Saleh adalah orang asing dan penceroboh di kawasan mereka, kerana gudang itu terpencil, jauh di kawasan yang tersorok, jauh dari jalanraya. Bagaimana tiba-tiba ada orang asing, sedangkan jarak perjalanan dari jalan besar ke gudang itu adalah kira-kira 20 kilometer.

“apa api-api mana ada api?”. Kata pemuda berbaju hijau yang kelihatan melibas-libas parang.

“penerajang adalah!”. Tempik pemuda berbaju merah. Kemudian mereka berdua melakukan serangan secara serentak.

Saleh datang ke situ secara tidak sengaja. Saleh bersedia, dia menggunakan ilmu silat yang dipelajarinya dari Haji Mansur sejak bertahun-tahun digunakan sepenuhnya.

Segala kudrat dikerahkan oleh kedua-dua pemuda tadi. Melakukan serangan serentak. Semuanya dapat dipatahkan oleh Saleh dengan mudah. Gerakan gayung dan karate yang digunakan dapat mematahkan semua serangan. Akhirnya kedua-dua pemuda itu kecundang di tanah.

Saleh cuba menyelinap masuk ke dalam gudang itu. Puas dicubanya tapi nampaknya dikunci dari dalam. Saleh perlu mencari helah kerana sukar untuk membuka pintu gudang diperbuat dari besi, yang dikunci dari dalam. Saleh perlu mencari helah.

Dengan gerakan berhati-hati, Saleh merapatkan dirinya di dinding gudang , lagak seperti polis yang hendak masuk ke dalam bangunan dengan penuh berhati-hati.kemudian dia mengetuk berkali-kali.

“Tok, tok, tok”, bunyi tiga kali ketukan.

Ada suara yang menyahut dalam bunyi yang tidak dicam oleh Saleh kerana datang dari dalam. Mungkin menyangka dua rakannya yang mengetuk dari luar.

“Tunggu, tunggu,” Saleh mendengar suara dari dalam setelah ada sesuatu gerakan manusia menuju ke pintu gudang. Suara itu sama seperti yang didengarnya tadi.

Perlahan-lahan pintu besi ditolak dan dilipat sedikit. Pintu besi yang biasa digunakan di kedai-kedai di pecan, yang boleh dilipat apabila kedai hendak dibuka. Seorang lelaki berbaju gelap menghulurkan kepala dan separuh badannya, memerhati kiri dan kanan dari pintu gudang. Tiada siapa yang kelihatan. Dia kelihatan merungut, dan menutup pintu gudang sekali lagi.

“Tok, tok, tok,” pintu diketuk lagi dari luar.

Kali ini dia kelihatan marah.

“Hoi! siapa jangan main-main,” dia menyangka dua orang rakannya yang berkawal mempermainkannya. Kali ini dia terus keluar dari gudang dan berjalan ke depan melihat kalau-kalau ada orang. Tapi hampa. Tiba-tiba dia melihat sesusuk tubuh yang agak sasa di belakangnya. Dia tidak kenal siapa lelaki itu.

Lelaki yang keluar dari gudang membuat serangan terhadap Saleh, dia melepaskan tendangan secara bertubi-tubi dan laju. Saleh telah bersedia dengan kuda-kudanya, dia mengelak semua serangan tersebut. Lelaki itu agak keletihan. Kemudian cuba menyerang lagi. Kali ini Saleh tidak melepaskan peluang, tangan kanannya menepis tendangan lelaki itu, sambil kakinya melepaskan tendangan padu kea rah abdomen lelaki yang menyerang. Lelaki itu kelihatan terlambung ke udara, jatuh ke tanah. Kepalanya terhentak pada akar pokok di sebelah kiri gudang. Terkulai tak bermaya.

Saleh kemudiannya menyelinap masuk ke dalam gudang. Suasana dalam gudang agak suram dengan sebiji mentol bernyala terpasang dan tergantung di sebatang alang. Saleh tidak dapat melihat dengan jelas, tambahan pula beberapa rak terdapat di situ dan dipenuhi dengan bekas-bekas plastic kecil dan besar, di samping kotak-kotak kayu dan kertas yang disusun bertimbun di dalam rak kayu yang hampir roboh.

Kemudian Saleh terdengar derap langkah manusia menuju ke tempat dia berada. Dia bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Lari sebentar bersembunyi di sebalik rak-rak yang terdapat di situ. Enam orang lelaki sampai ke tempat Saleh berada. Dua daripadanya berkejar ke pintu gudang yang terbuka. Seorang darinya keluar memanggil-manggil kawan mereka. Sementara itu empat lelaki berjalan mundar-mandir berdekatan tempat Saleh berada. Mereka mungkin mengesyaki ada orang asing telah masuk ke dalam gudang itu.

Tiba-tiba rakan lelaki yang keluar dari gudang masuk dan menjerit. Dia telah menjumpai rakannya yang telah ditewaskan oleh Saleh, di bawah pokok.

“Hoi! , jaga-jaga ada penceroboh”.

“Aku ingat mesti dia masih ada dalam gudang ni,” katanya kepada rakan-rakannya di dalam gudang.

“Botak, dah lembik di bawah pokok, Black dan Jogo, “ aku tak jumpa. Black dan Jogo adalah lelaki berbaju merah dan hijau yang telah ditewaskan oleh Saleh.

Tiba-tiba salah seorang lelaki dalam gudang menendang-nendang rak. Sebuah rak tumbang dengan tendangan itu. Bekas-bekas palstik bertaburan. Kelihatan susuk tubuh lelaki sedang bersembunyi.

“Mari-mari, kita habiskan dia!”. Katanya setelah melihat Saleh berada di situ.

“Mari-mari, cepat. Nak tunjuk hero konon!”.

Saleh bangun dan bersedia untuk menerima serangan. Dua lelaki yang berada di kiri dan kanannya menyerang dengan tendangan secara serentak. Saleh melompat dan mengelak. Lagaknya seperti Jacky Chan, menggunakan apa saja ada untuk membuat gerakan mempertahankan diri.

Dia membuat lompatan, salah satu kakinya memijak meja kayu dan serentak dengan itu satu pukulan karate dilepaskan oleh Saleh ke atas salah seorang lelaki yang menyerangnya. Jatuh terlentang, dan mengaduh kesakitan. Saleh tersu mengelak dan akhirnya memberi pukulan di kepala lelaki yang seorang lagi. Dua lelaki itu kelihatan sudah tewas.

Tak sia-sia ilmu silat gayung yang dipelajarinya dari Mahagurunya. Di samping ilmu karate yang dipelajarinya ketika berada di dalam tahanan selama empat tahun.

Sementara itu empat orang lelaki kelihatan bersenjata besi paip dan parang. Mereka menyerang bertubi-tubi. Kali ini gerakan Saleh seperti Bruce Lee dalam filem “Enter the dragon”, gerakannya cepat penuh seni, mengelak libasan parang dan besi paip dari empat lelaki itu serentak.

Elakan Saleh menyebabkan salah seorang lelaki dipukul oleh rakannya sendiri yang membuat serangan. Parah lelaki yang terpukul dengan besi lalu jatuh, tewas. Saleh terus mempertahankan diri sambil melepaskan tendangan, tumbukan bertubi-tubi. Berpusing-pusing kerana tiga lelaki menyerangnya dengan serentak dari arah yang berbeza.

Saleh menerima beberapa pukulan dari lelaki yang menyerangnya. Di perut, tangan dan kaki. Namun Saleh masih gagah. Badannya lebih kelihatan sasa berbanding tiga lelaki yang menyerangnya. Serangan demi serangan berlangsung, berbagai gerakan dibuat. Akhirnya ketiga-tiga lelaki tersebut tewas di tangan Saleh. Dua orang terperosok dalam rak kayu, manakala seorang jatuh ditimpa rak kayu, hanya kelihatan tangannya dari arah rak yang jatuh, kemudian sudah tidak bergerak.

Bunyi bising di bawah mengejutkan beberapa kumpulan lelaki yang berada di tingkat atas. Sebuah meja bulat dengan empat orang lelaki bermain poker. Asap rokok berkepul-kepul dalam suasana bilik yang suram dengan hanya sebuah mentol elektrik digantung di situ. Botol-botol arak dan gelas-gelas berada di atas meja bulat itu, bersama-sama play card.

Seorang lelaki yang memakai topi kulit, berjambang dan agak tinggi duduk di meja. Dia dikelilingi oleh gadis-gadis yang seksi dengan skirt pendek, terbuka di sana sini dengan bahagian dada gadis itu hampir terdedah. Dua orang gadis kelihatan mengelus-ngelus manja rambut lelaki bertopi kulit, sambil lelaki bertopi kulit memeluk pinggang kedua-dua wanita tadi. Lelaki itu kelihatan seperti Ketua kumpulan. Kaki lelaki itu diletakkan di atas meja. Manakala dua perempuan yang lain kelihatan melayan lelaki yang berada di situ bermain poker, sambil minum dengan gelas-gelas arak di atas sebuah meja panjang, di sebelah meja bulat itu.

Apabila terdengar bunyi bising di tingkat bawah. Dia memberi isyarat supaya empat lelaki yang ada bersamanya turun ke bawah, lihat apa yang terjadi.

Keempat-empat lelaki tersebut turun tergesa-gesa ke bawah. Lelaki itu bangun sambil memeluk pinggang dua wanita di kiri dan kanannya. Seorang wanita pula menyuakan gelas arak kepadanya. Dia menyambut gelas itu dan meneguk dengan lahapnya.

Sementara itu Saleh telah Berjaya memecah masuk ke dalam tempat enam wanita yang dikurung. Dia memerhati satu persatu wanita yang diletakkan di atas lantai, berlapik dengan tilam seperti ‘toto’ dengan bantal berbau hapak di sana sini. Mereka kelihatan seperti khayal dan tidak bermaya

Patutlah mereka tidak menjerit ketika bersama-sama Saleh dalam van usang itu dari lokasi yang jauh dari sempadan Malaysia-Thailand ke gudang itu. Sepanjang malam Saleh tidur dalam van itu, setelah menyelinap masuk ke dalam Van usang melalui pintu belakang.

Ketika itu Saleh sedang mengintip beberapa orang lelaki di Jeti nelayan, yang terletak di sempadan Malaysia. Jam tepat 1.30 pagi ketika itu. Kelihatan beberapa lelaki turun dari sebuah bot yang kelihatan dari Negara jiran kerana menggunakan tulisan siam pada kepala bot mereka. Beberapa lelaki bercakap-cakap dalam bahasa thai dan kemudiannya dua lelaki menarik ke-enam-enam gadis yang kelihatan lesu dan khayal,keluar dari bot menuju ke van yang telah siap menunggu di tepi Jeti nelayan itu. Keenam-enam wanita itu kemudian ditolak masuk ke dalam van usang.

Saleh mengintai dari rimbunan semak berdekatan dengan van tersebut. Sampul berisi wang bertukar tangan di Antara dua lelaki di atas bot. Banyak wang dikeluarkan dari sampul coklat. Seorang lelaki kemudian kelihatan membuat panggilan telefon.

Saleh kemudiannya menyelinap masuk ke dalam van melalui pintu belakang di mana gadis-gadis belasan tahun ditolak masuk. Dia mencari sesuatu. Di dalam van kelihatan gadis-gadis yang tidur bergelimpangan. Saleh bimbang mereka menjerit. Jika mereka menjerit tentulah padah baginya.

Wanita-wanita itu telah diberi dadah dan khayal. Mereka tidak sedar kehadiran Saleh dalam van usang itu. Saleh cuba keluar dari van tersebut tapi terlambat kerana seorang lelaki yang akan memandu van, serta rakannya berbaju hijau siap sedia bergerak ke arah van itu. Rakannya yang berbaju merah menendang pintu van tersebut, kerana pintu itu kelihatan renggang.

Saleh akhirnya tertidur di dalam Van, dan sampai ke gudang usang di mana dia berada.

Di dalam bilik berisi perempuan khayal itu, Saleh mencari sesuatu tapi tidak berjumpa. Dia kemudiannya keluar dari bilik itu menuju ke gudang. Nasibnya baik kerana lelaki yang memburunya tidak sedar dia telah keluar. Dia kemudiannya cepat-cepat masuk ke dalam van di ruang pemandu. Untung kerana kunci van masih terlekat di situ. Dia menghidupkan enjin dan memecut laju dalam kegelapan malam.

Sementara itu dua lelaki telah ditendang hingga jatuh ke tingkat bawah oleh lelaki bertopi kulit itu. Dia begitu marah kerana orang-orangnya tidak dapat mencari penceroboh, bahkan terlepas begitu saja dengan van miliknya pula. Dia kemudiannya mengarahkan dua lelaki lagi.

“Kejar sampai dapat, kasi habis!”.

“kejar dengan scrambler. Dia orang asing dia tak faham jalan di sini”.

“Kasi mati!”. Kata lelaki bertopi kulit itu sambil memeluk pinggang dua wanita di sisinya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.