Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB: BERDIRINYA DAULAH AYUBIYYAH
Pintalan tembakau kekar di tangan Tok Anjang, sebungkus rokok daun yang dikat dengan gelang getah, berada di tangan kirinya. Sepucuk daun dari gumpulan ikatan itu dicabut. Tok Anjang menarik nafas.

Daun nipah yang berwarna kekuningan itu kemudian dibuka perlahan-lahan. Bentangan daun nipah yang berada di jarinya kemudian dilipat dari atas ke bawah untuk membolehkan gulungan daun yang sejak sekian lama begitu, dapat dibuka dan sedia menerima pintalan tembakau yang diambil dari sebuah celepa. Daun nipah itu telah lama dalam gulungan sejak dipotong dan dikeringkan dari dahan pokok nipah.

Kedudukannya dibetulkan. Gulungan daun nipah berisi tembakau itu kemudiannya dibakar dengan pemetik api. Api membakar, sedutan dimulakan dan asap dilepaskan, dengan sedikit kepuasan diriak muka. Tok Anjang memulakan bicaranya.

“Sultan Muhammad Al-Fateh yang membawa panji Islam di Constantinople, telah membuka hijab kekuatan Eropah di sebelah timur. Hijab di bahagian barat di mana letaknya Andalusia yang dibuka oleh Panglima Tariq bin Ziad juga telah lama terponggah.”

“Kristian bukan lagi agama utama kerana bersaing dengan agama-agama lain, termasuk Islam yang telah menguasai Empayar Bizantin Timur, mencemaskan mereka.

“Cuba bayangkan, hijab timur bagi kristian Eropah , Konstantinople telah lama dikuasai oleh Muslim, dari Daulah Umaiyyah membawa kepada Daulah Seljuk. Raja-raja Eropah kepanasan, seperti cacing yang melata di atas tanah yang panas.”

“Kesatria-kesatria daripada kalangan bangsawan yang memiliki kuda yang hebat serta pemuka-pemuka gereja kemudiannya meniupkan api perjuangan kepada golongan petani dan hamba sahaya.”

“Lebih baik mati suci dari mati dalam papa kedana!” seruan-seruan itu kemudiannya dilaungkan oleh kesatria-kesatria dan pemuka-pemuka gereja, meniupkan semangat seluruh Eropah.”

“Lebih baik mati suci dari mati penuh kelaparan!” mereka yang berkuasa terus berteriak.”

“Apakah yang terjadi sebelumnya Tok?” Aku bertanya sambil melihat Salmi juga memberi perhatian yang terhadap apa yang sedang dikisahkan oleh datuknya.

“Baitul Muqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman menjadi kota yang damai dan tertib sehingga abad ke-11.”


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.