Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 21: PENYELEWENGAN
"Mereka adalah penyeleweng."

"Mereka memegang sungguh bahawa di akhir zaman, semua Nabi bermula daripada Nabi Adam a.s hinggalah Nabi Isa a.s, akan bersama-Sama membai'ah Imam Saiyyiduna Ali di Kaabah, kemudian bersama-Sama memerangi Dajjal."

"Sedangkan telah disepakati oleh para ulama bahawa Nabi Isa akan bersolat di belakang Imam Al Mahadi. Turunnya Nabi Isa untuk membawa kemakmuran kepada dunia," ujar Tok Anjang sambil menarik keluar sebuah naskah kitab yang kelihatan agak. Usang. Piring berisi potongan mempelam Harum Mani's Serra pulut tanak belum lagi disentuh.

Perlahan-lahan sebuah naskah dikeluarkan Dari sebuah beg kulit. Tertera pada kulitnya 'Ushul Khafi' bertulisan Arab. Tok Anjang kemudian menyerahkan naskah itu kepadaku. Aku kemudian menyambutnya.

"Ushul Khafi?" Kerut dahiku membaca tajuk kitab yang sudah kelihatan kekuning-kuningan ITU. Seperti seorang kanak-kanak yang tidak tahu membaca, aku ketika ITU. Helaian kitab ITU dibuka, semua kandungannya bertulisan Arab.

"Itulah kitab mereka yang mengandungi berbagai-bagai Hadis palsu. Mereka juga mengangkat 12 Imam Mereka setaraf tuhan. Tarikh 28 Safar adalah tarikh penting bagi Mereka," ujar Tok Anjang.

"Percanggahan antara Ahli Sunnah Dan Mereka adalah berkaitan Usul, ia bukanlah masalah Furu'," ujar Tok Anjang.

"Ya banyak penyelewangannya Tok, kata Professor Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Mereka memaki sahabat Rasulullah," celahku.Kandungan kitab ITU masihku renung, terasa rugi kerana tidak faham Bahasa Arab.
"Imamiyah, Ghallah, Jaafariyah Dan lain-lain lagi nama yang dugunakan oleh Mereka.

" Ketika saat akhir Zaman pemerintahan Khalifah Usman Ibn Affan, berlaku pertelingkahan antara Sayyiduna Ali Ibn Abi Talib Dan Khalifah Usman.Ketika ITU pertelingkahan bukan Dari segi aqidah, ia lebih kepada soal politik. Sokongan rakyat terbahagi kepada dua, puak yang menyokong Khalifah Usman dikenali sebagai Usmaniyyah. Manakala yang menyokong Ali dikenali sebagai Aliwiyyin.

"Setelah tahun 61Hijrah, berlaku suatu peperangan hingga membawa kepada terbunuhnya Saiyyiduna Hussain, cucu Rasulullah, barulah berkembangnya fahaman, taasub Dan penyelewengan  serta terkeluar Dari landasan islam," ujar Tok Anjang.

***
"Bukankah Imam-imam mereka juga menjadi sebahagian guru kepada Imam dari Mazhab Ahli Sunnah?" ujarku sambil terus membelek-belek kandungan kitab kening yang ada pada tanganku.

Tok Anjang tidak menjawab persoalanku. Kitab itu aku letakkan kemudian tanganku mula mencapai hirisan mempelam Harum Manis. Piring pulut tidakku sentuh langsung. Aku tidak biasa menjamah pulut berserta mempelam, jika berserta ulas-ulas durian, memanglah kegemaranku.

"Orang Kristian cukup memuja Nabi Isa yang biasanya dikenali sebagai Jesus Christ. Mereka memperingati hari kelahiran Nabi Isa melalui Hari Krismas, walaupun ia masih lagi menjadi perdebatan di kalangan mereka, namun mereka masih menyambutnya. Kita pun tidak sambut. Adakah mereka beriman?" soal Tok Anjang. Aku melihat Tok Anjang cukup berselera sekali menjamah hirisan mempelam harum Manis bersama pulut tanak. Di tepi Tok Anjang terletak sebuah dulang berisi beberapa cawan serta sebuah jag berisi air berwarna kekuning-kuningan. Ketulan ais kelihatan sebahagian daripada kandungan jag itu. Mataku terarah ke arahnya.

"Salmi yang buatkan," ujar Salmi yang entah bila berada di atas sofa membelakangiku.

"Jus harum manis," ujar salmi.

"Wah! ini sudah bagus," jawabku.
***
"Maksud Imam disisi mereka bukanlah seperti Imam-imam di masjid. Dalam sebuah kitab mereka, mereka mendakwa bahawa 'Islam itu terbina di atas lima perkara, yang pertama sembahyang, zakat, puasa, haji dan ai-walayah. Dan tiada benda yang penting yang diseru iaitu Walayah."

"Bermula Ali hingga 12 Imam yang lain, mereka menyebutnya sebagai al-Walayah, Imam. Sedangkan taraf Khulafak ar-Rasyidin hanyalah setaraf Sultan dan bukan Khalifah."

Tok Anjang mengambil dan membuka lembaran kitab 'Ushul Khafi', bertepatan pada suatu muka surat, Tok Anjang menterjemahkan sepotong ayat tertulis pada kitab itu berbunyi 'Para Imam merupakan wajah Allah, mata Allah, dan tangan-tangan Allah yang membawa rahmat bagi para hamba Allah'.

"sampai begitu sekali pegangan mereka?" soalku.

"Muka surat berapa tu Tok?" tanyaku. Jus harum manis yang dinginku aku teguk perlahan-lahan.

"Boleh baca pada muka surat 83 ni," ujar Tok Anjang. Aku lihat piring berisi mempelam yang digaul bersama pulut semakin berkurangan. Sungguh menyelerakan bagi Tok Anjang. Secawan kopi pekat tetap menjadi pilihan Tok Anjang.

"Ais, Tok tak suka. walaupun ada jus pelam," ujar Tok Anjang. memang kopi yang diadun dengan madu kelulut dari Langkawi menjadi kegemaran Tok Anjang.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.