Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 8: UTUSAN PERANG

Aku membuat carian pada enjin pencari yang popular iaitu Google. Aku ingin mendapatkan naskah kandungan surat yang ditulis oleh Hulagu Khan kepada Sultan Saifuddin Qutuz.

Untuk membuat carian yang tepat, beberapa tanda diperlukan untuk dimasukkan pada kotak carian laman web enjin pencari itu. Aku memasukkan perkataan berikut bagi menjuruskan carianku kepada surat berkenaan“Letter+from+Hulagu+to+Qutuz”. Tanda‘+’ akan menjustifikasikan carian khusus kepada perkataan itu sahaja.

Mungkin berbagai hasil carian akan dipaparkan oleh Google, tapi penggunaan tanda‘+’ akan memfokuskan pada carian surat berkenaan mengikut katakunci yang telah dimaksudkan. Aku mempelajarinya ketika mengambil subjek Information Retrieval dalam kursus ijazahku, bagi kegunaan mencari maklumat dalam pengkalan data perpustakaan.

Setelah lama membuat carian, aku akhirnya mendapat rantaian yang membawaku kepada maklumat berkenaan. Aku merasa puas dengan hasilnya. Salmi yang berada di ruang tamu agak terkejut dengan jeritan kecilku. Tok Anjang seperti biasa akan berdeham kecil, apabila Salmi memberi reaksi atas segala tindak-tandukku.

“Yes! Akhirnya jumpa juga,” jeritku perlahan-lahan.

“Apa yang abang cari dan jumpa tu?” jeritanku memancing rasa ingin tahu Salmi.

“Adalah,” jawabku ringkas.

“Ah! Salmi tahu.”

“Tentu abang cari surat Hulagu Khan kepada Saifuddin Qutuz kan?” Salmi cuba mengorek rahsia. Aku terdiam seketika. Salmi mampu menduga apa yang aku fikirkan.

“Macam mana Salmi tahu?”

“Eh! Kan abang beritahu dulu. Abang nak dapatkan naskah surat tersebut.”

“Ya tak ya juga. Tapi naskah ni dalam Bahasa Inggeris.”

“Abang harap Salmi dapat terjemahkan. Salmi kan terror B.I?” kataku dengan nada berseloroh. Aku amat berharap Salmi dapat membantuku membuat terjemahan naskah yang dijumpai dalam sebuah laman Web itu.

“No hal punyalah,” bingkas Salmi.

“Ok nanti Salmi terjemahkan,” jawabnya ringkas. Aku mampu tersenyum riang kerana Salmi sanggup membantuku. Hasil terjemahan Salmi amat menggembirakan hatiku.

Dari Raja Di Raja di Timur dan Di Barat, Khan Yang Agung Kepada Qutuz si Mamluk yang lari dari pedang-pedang kami!

Kamu seharusnya berfikir mengenai apa yang telah berlaku ke atas negara-negara yang lain dan menyerah kepada kami. Kamu telah mendapat khabar berita bagaimana kami telah menghancurkan kekhalifahan yang begitu besar, menyucikan bumi ini dari kerosakan yang mencacatkannya. Kami telah menawan kawasan yang luas dan membunuh semua manusia dengan kejam. Kamu tidak akan terlepas dari kerakusan dan kekejaman tentara kami!

Ke mana lagi kamu ingin lari? Jalan mana lagi yang kamu akan gunakan untuk melepaskan diri dari kami? Kuda-kuda kami berlari kencang, anak-anak panah kami tajam, pedang-pedang kami bagaikan guruh yang menakutkan, hati-hati kami keras bagaikan gunung, askar-askar kami banyak tidak terbilang. Benteng-benteng kukuh tidak akan dapat menghalang kami, senjata-senjata tidak akan dapat membendung kami. Doa kamu tidak akan membawa apa-apa kesan ke atas kami. Kesedihan dan ratapan tidak kami pedulikan. Hanya mereka yang merayu untuk perlindungan kami akan selamat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.