Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB ??? : DENDAM TETAP ADA

Perlahan-lahan Tok Anjang menyelinap masuk ke dalam khemah yang mula dikerumuni orang ramai. Aku mengikutnya dari arah belakang sambil memegang kekar bahu Tok Anjang. Bau yang agak kurang menyenangkan menyengat di hidung.

"Mungin, mereka sudah biasa," aku berbisik.

"Kalau boleh diam!"

Kami lihat beberapa orang perempuan dan lelaki telah berkumpul di situ. Seorang lelaki masuk. Di kepalanya dipakaikan hiasan bulu burung berbagai-bagai warna.

"Biar Kokchu lihat!"

Hoelun hanya berdiam diri tak mampu mengucapkan sesuatu kerana melihat keadaan suaminnya Yisügei-ba’atur, yang agak tenat. Kelihatan Kokchu,seorang pawang telah datang dan memberikan rawatan yang termampu.

“Racun sudah meresap ke jantungnya. Roh-roh jahat semakin mengganggunya,” Kokchu berkata sambil berbisik kepada Hoelun.

Kokchu melihat dengan sayu. Kasihan Hoelun. Kasihan anak-anak Yisügei-ba’atur. Apa akan jadi pada mereka. Beberapa orang lelaki daripada kaum Khamag Mongol kelihatan memasuki khemah. Yang telah lama berada di situ, beransur-ansur keluar daripada khemah yang semakin sesak, ramai yang menziarahi Yisügei-ba’atur.

“Apakah yang patut dilakukan?”

“Bertenang! Aku akan cuba masukkan semangatku untuk melawan roh-roh jahat itu. Ia kan menggunakan seluruh keupayaanku yang ada. Aku perlukan seekor kambing hitam bermandikan darah, untuk menghalau roh-roh jahat ini,” bisik Kokchu kepada Hoelun.

Beberapa orang lelaki daripada puak Naimans, Merkits dan Keraits baru saja tiba ke dalam khemah. Mereka menziarahi Yisügei-ba’atur yang sedang tenat itu.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.