Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 22: KEMUSNAHAN BANGSA ARAB
Apa yang diperkatakan oleh Tok Anjang adalah benar. Dalam keadaan tanpa sedar manusia telah menyembah Dajjal. Namun, apa yang lebih menarik lagi adalah bilamana pada akhir zaman nanti akan berlaku kemusnahan, suatu bangsa yang terpilih.
Masih terngiang-ngiang pada kotak fikiranku kata-kata Tok Anjang kepadaku 'akan tiba suatu saat dimana bangsa Arab akan musnah'.
***
Minggu lepas aku sempat mengikuti kuliah yang disampaikan oleh Syeikh Imran Hosein, bertempat di Dewan Kuliah 2, Akademi Islam. Sungguh menarik isi kuliah itu, bertepatan dengan apa yang diperkatakan oleh Tok Anjang kepadaku, sebelumnya.
Dalam nada tenang Syeikh Imran Hosein menyampaikan suatu ceramah yang berkisar pada peristiwa 'Arab Spring' dan kaitannya dengan akhir zaman. Ilmu mengenai akhir zaman berdasarkan kepada al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia biasanya dikenali sebagai 'Islamic Eschatology'

Syeikh Imran Hosein adalah seorang ilmuan Islam yang tiada tolok bandingnya dalam membicarakan kaitan apa yang berlaku dengan suasana akhir zaman. Selain dari ilmu akhir zaman, Syeikh Imran Hossein memiliki pemikiran yang kritis dalam bidang kewangan antarabangsa, politik dunia serta falsafah Islam. Beliau juga adalah pengarang buku 'Jurusalem in the Quran'.

"Dalam surah al-Hadid, Allah berfirman mafhumnya 'Dia lah Yang Awal dan Yang Akhir; dan Yang Zahir serta Yang Batin; dan Dia lah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."
"Perang Dunia pertama telah berlaku ratusan tahun yang lalu, pada tahun 1914. Kemudian pada tahun 1942 berlaku pula Perang Dunia ke Dua yang lebih meluas, melibatkan banyak negara dan bangsa. Ia bermula dengan pengeboman Jerman ke atas Poland, dan berakhir dengan kehancuran Hiroshima serta Nagasaki oleh pihak Amerika.

"Peristiwa 911 yang didalangi oleh pihak Zionist adalah titik tolak berlakunya peperangan yang lebih besar pada masa hadapan."

"Kesan peristiwa 911 adalah sebuah negara yang dikenali sebagai Afghanistan, ditakluki oleh pakatan tentera dibawah Amerika, menghalau pakatan Taliban yang sebelumnya telah berjaya menghalau ketumbukan tentera Rusia di sana."

"Sebenarnya kesan pendudukan tentera bersekutu di bumi Afghanistan melampaui negara-negara jirannya, terutamanya Pakistan. India telah lama bersengketa dengan Pakistan."

"Apabila akhir zaman, bumi Hind akan ditakluki dan akhirnya Kota Istanbul akan turut ditakluki oleh tentera Islam. Pada masa itu berlaku apa yang dikatakan 'Khuruj Dajjal'.


***
Amat panjang ceramahnya. Namun yang menarik sekali adalah berkaitan suatu fenomena yang berlaku selepas wafatnya baginda Rasulullah SAW.
"Pada bahagian bumi yang dikenali sebagai Gunung Caucasus, bangsa-bangsa bukan semitic menerima Judaism sebagai pengalaman politik tetapi tidak mengamalkan amalan Yahudi. Mereka dikenali sebagai Khazar, atau Yahudi Eropah."

"Mereka menjuarai anugerah Nobel dengan cemerlang dalam bidang sains dan teknologi. Jumlah mereka juga melebihi penduduk bangsa Yahudi sebenar. mereka adalah Khazar-Yahudi dan Khazar-Kristian."
"Mereka membentuk Empayar Khazar dan mempunyai ketumbukan tentera yang amat kuat, mampu menghalang kemaraan tentera Byzantine yang kuat ketika itu."

"Mereka adalah tunjang kepada kejayaan Revolusi Peranchis, Revolusi Rusia dan lain-lain peristiwa besar dunia ketika ini. Pada zaman sekarang merekalah yang menguasai kekuatan negara haram Israel."

***
"Mereka-mereka ini tiada kaitan dengan Bani Israel yang dipimpin oleh Nabi Musa suatu ketika dulu. Penduduk Bani Israel kekal di Yaman, Iran dan sebahagian negara Eropah."
"Mereka yang tiada genetik Ishak dibenarkan kembali mendirikan negara Israel pada tahun 1940. Pada tahun 1848 Britain pada kali pertamanya dan kemudiannya disokong oleh Amerika."
"Mereka mendirikan International Monetary Fund (IMF), membuat peraturan serta mengharamkan penggunaan Dinar Emas, menghapuskan Sistem Khalifah, menampilkan teori Ekonomi yang pelik-pelik."

"Apakah ini terjadi secara kebetulan?"

"Hadis Nabi SAW turut menyebut bahawa pada akhir zaman wanita-wanita berpakaian tetapi sebenarnya mereka telanjang. Apakah tidak berlaku pada masa sekarang?"
***
Hujung minggu aku kembali ke kampung Tok Anjang. Tidak akan aku lepaskan peluang jika tiada tugasan pengajianku pada hujung minggu.

Nasibku baik kerana ketika kunjunganku ke kampung Tok Anjang, musim Mangga yang begitu popular sudah bermula. Mangga atau mempelam Harum Manis yang menjangkau harga seratus ringgit sekilogram, apabila dieksport ke Jepun. Harga pasaran tempatan juga menjangkau hingga dua puluh lima ringgit sekilogram dan ia juga dijual melalui urusan pos. Pesanan dibuat secara online menggunakan rangkaian media sosial sosial yang semakin meluas pada masa sekarang.

"Arab Spring adalah merujuk kepada gelombang kebangkitan serta tunjuk perasaan yang berlaku pada 18 Disember 2010
."
http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/a/a9/Chasaren.jpg

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.