Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 29: AL-MUNTAZAR
"Sebelum Dajjal keluar. Akan muncul seorang lelaki.Lelaki itu adalah dari keturunan Rasulullah SAW."
"Beliau disebut al-Husaini."
"Siapakah lelaki itu?"
"Dia adalah orang yang paling bertakwa di muka bumi ketika itu," ujar Tok Anjang. Kitab-kitab lama yang usang kelihatan tersusun di atas rak.
"Lelaki itu akan dibai'ah di Kaabah. Ratusan ulama dari segenap Tanah Arab akan hadir ke Kota Mekah, digerakkan hati mereka oleh ALLAH SWT."
"Mereka, para ulama akan hadir dan memberi persetujuan kepada lelaki ini."
"Namun, masih terdapat halangan-halangan dari satu ketumbukan tentera, mereka bersiap sedia dan bergerak ke Kota Makah, setelah mengetahui kemunculan lelaki itu."
"Tentera?, adakah ketumbukan tentera yang mengibarkan panji-panji hitam?" Aku terkeliru dengan apa yang diperkatakan oleh Tok Anjang.
"Bukan. Mereka gelar tentera Sufiyani, bilangan mereka ramai dan mereka bergerak dari Syam. Mungkinkah dari Syria sekarang?"
"Syam amat luas suatu ketika dulu. Bukannya seluas Syria sekarang," ujarku menambah.
"Tentera Sufiyani ini akan dimusnahkan dengan kehendak Allah."
"Apakah yang sedang berlaku di Syria sekarang, menggerakkan kemunculan as-Sufiyani?" Pertanyaanku tidak dijawab.
"Sufiyani adalah gelaran. Dia adalah seorang pemerintah yang ganas dan menguasai Syam. Berketurunan Abu Sufian bin Harb."
"Abu Sufian adalah watak seorang yang zalim. Mungkin nasab pemerintah itu, dia digelar Sufiyani. Dia menguasai 360 ketumbukan tentera. Sufiyani dibantu oleh tentera dari Bani Kalb."
"Nampaknya, putaran sejarah berulang kembali ketika akhir zaman. Yang hak akan menentang yang batil," ujarku.
"Dari mana datangnya keturunan Abu Sufian?"
"Setahu saya, Abu Sufian bin Harb hanya ada tiga orang anak iaitu Muawiyah, Yazid dan Ramlah. Kebanyakan keturunannya yang mendirikan Bani Umaiyyah dibunuh melalui operasi pembersihan, ketika Bani Abassiyah berkuasa."
"Operasi penghapusan keturunan Umaiyyah dilakukan oleh Abul Abbas as-Saffah, pemerintah Bani Abassiyah. Khalifah terakhir dari Bani Umaiyyah iaitu Marwan II kalah dalam peperangan di kawasan Sungai Zab, lebih 300 orang terbunuh."
"Marwan melarikan diri ke Mesir dan berjaya diperangkap ketika menyeberangi Sungai Nil. Abul Abbas as- Saffah kemudiannya memerintahkan supaya keturunan Umaiyyah dibunuh," ujar Tok Anjang."Khalifah Marwan II telah memainkan peranan yang besar ketika menjadi Gabenor Azerbaijan, berjaya mengekang Kerajaan Khazar," ujarku.
***
Hari beransur ke waktu tengahari. Bola api tegak di atas langit. Panas membakar seperti lidah api yang menyambar.

"Ahli sejarah berpendapat, seorang pemuda dari keturunan Umaiyyah, ketika itu berumur 19 tahun terselamat. Beliau berjaya melarikan diri ke Sepanyol dan mendirikan kerajaan di bumi Andalus."

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.