Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
PROLOG II – SIAPAKAH MEREKA?

Aku pulang ke rumah seperti biasa malam itu dan akhirnya terlelap di sofa. Sebelumnya aku sedang menonton siaran tv yang mengisahkan Kerajaan-kerajaan Islam Moghul di India.

Bunyi perkataan Moghul itu seakan-akan nama Mongol yang disebut oleh Ustaz Zulhaidi. Aku terkebil-kebil melihat betapa agungnya kerajaan Islam Moghul yang diasaskan oleh Timurlane atau Timur I-Leng, yang dinasabkan kepada keturunan Turki-Mongol.

Babur anaknya mengukuhkan empayar Moghul di India kemudian diganti oleh Humayun, seorang raja yang amat gemar pada hiburan dan syair-syair. Ingin menjadikan Kota Agra sebagai Samarkhand di India. Akhirnya dihalau oleh Syer Khan, saudaranya sendiri.

“Ah! Panjang sungguh sejarah Mongol ini,” fikirku sendiri. “Tentu keturunannya bertebaran merata pelusuk dunia, dari timur hingga ke barat, anak-anak yang terhasil daripada pemerkosaan jutaan wanita pada tempat yang ditaklukinya.”

“Kekuasaannya merentas dari China, Korea hingga ke Hungary dan Poland. Hanya Jepun sahaja tidak dapat ditakluki kerana armada perangnya dimusnahkan oleh tsunami sebanyak dua kali dalam tahun 1224 dan 1228,” aku terus berfikir.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.