Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 4: RUNTUHNYA DAULAH KHAWARIZMI

Monggol telah lama mencemburui keagungan Kerajaan Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad. Genghiz Khan sendiri pernah berkata kepada anak-anaknya “Suatu hari nanti Baghdad pasti jatuh ke tangan kita.”

Oleh sebab pusat pemerintahannya yang terletak di Korakoram, amat jauh untuk menghampiri Baghdad di Iraq, yang amat memerlukan persiapan yang rapi serta perjalanan jauh merentas padang pasir, gunung-ganang serta lautan, Genghiz perlu menyiapkan tenteranya terlebih dahulu. Strateginya kini beralih kepada untuk menjatuhkan kerajaan-kerajaan Islam di bawah Daulah Abbasiyah di bawah telapak kakinya. China dan Monggol telah lama mencemburui wilayah Samarkhand yang telah jatuh ke tangan Islam melalui peperangan Sungai Talas yang berlaku pada tahun 1751.

“Daulah Khawarizmi perlu dijatuhkan satu persatu. Bukhara, Samarkhand, Merv perlu ditumpaskan,” kata Genghiz dalam satu mesyuarat perang yang diadakan di istananya, turut dihadiri oleh anak-anaknya serta panglima-panglima medan.

“Negeri-negeri ini kaya dengan sumber asli. Kita boleh jadikan pengkalan tentera kita untuk menakluk dan menghampiri Baghdad.”

Aku dan Tok Anjang sampai di sebuah khemah tentera yang dibangunkan oleh tentera Genghiz di perbatasan, ribuan tentera berkuda sedang siap-siaga untuk menyerang Kota Otrar, pintu masuk ke Bukhara.

Kuda-kuda perang, askar-askar sedang bersiap-siaga. Semuanya menanti arahan daripada panglima medan. Pelantak-pelantak majenik (mongonel) dan busur-busur panah disiapkan dengan teliti. Kuda-kuda perang dipakaikan dengan pakaian yang indah. Pasukan gendang perang yang akan meniupkan semangat soldadu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.