Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
HAMBA MILIK TUANNYA

“Tok Anjang, bagaimana golongan hamba menjadi raja?”

“Hamba yang dimiliki oleh tuannya. Mereka bukanlah dimiliki oleh ibu bapa.”

“Kalau nak mengembara kita mengembara sekarang. Dah tidak boleh tunggu lagi. Ingat selagi ada peluang kita boleh merentasi masa.”

“Semuanya kuasa dan kehendak Allah.”

“Dulu saya mendengar dalam kitab Tok Janggut, Senjata Hikmat yang berbunyi “Kaedah pada menyatakan Berjalan di atas air.”

“Ya, memang ada amalan dulu-dulu. Mungkin amalan dulu-dulu lebih ampuh, lebih khusyuk. Baca Bismillah boleh jalan di atas air, begitu saja.”

Bunyi lantunan zikir bersimpongang dalam ruang yang sempit itu. Tok Anjang terus berzikir tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.





Di balai mengadap. Sultan Salih Najm sedang berbincang untuk mendapatkan pandangan para menterinya. Isterinya, Puteri Sajarultudur telah beralih kedudukan, tamat sudah majlis di balai mengadap itu. Sajarultudur di iringi dayang-dayang ke bilik rehat.

“Beta hendak melihat pohon yang baru di tanam minggu lepas. Entah sudah besar atau mati dimakan ulat.”

“Biarlah baginda sultan membincangkan hal ehwal pentadbiran dengan para penasihat dan menterinya.”

“Beta bercadang untuk dapatkan budak-budak dari pasar hamba. Elok kita jadikan pasukan pengawal.” Berkata Sultan Salih Najm.

“Mereka bukanlah ada siapa-siapa. Ada yang kematian ibu-bapa, terpisah di sana-sini dan dihentam Monggol.”

“Tentera Monggol telah banyak melenyapkan kehidupan, wanita-wanita dibunuh, anak-anak kehilangan ibu bapa. Mereka boleh diselamatkan jika kita bawa ke Mesir.”

“Patik ada dengar di Pasar Hamlah, ramai kanak-kanak dari berbagai-bagai bangsa dijual di sana. Ada yang berkulit putih dan berkulit hitam.”

“Ada dari bangsa Kipcak, Tatar, Mongol, Khita’iyyah, Rus, Rom, Arman,As, Abaza, Laz dan Jarkash.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Dr Fendi Ameen