Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 7: PENGGANTI DICARI
Suasana pagi yang indah di Kota Korakoram. Unggas terbang berlagu riang, matahari memancar membawa sinar bahagia. Genghiz sebagai khan yang agung atau maharaja empayar Monggol telah memanggil kedua-dua anaknya masuk mengadap di balai penghadapan istananya.

“Ogodei, Chagatai … ketahuilah bahawa satu hari nanti aku akan pergi buat selamanya,” berkata Genghiz kepada kedua orang anaknya.

“Jika engkau melihat matahari, hujan dan bulan, di situlah aku berada. Aku akan memerhati dari jauh,” dengan nada sayu Genghiz meneruskan kata-katanya. Ketika itu Genghiz dipercayai menganut Shamanism, satu kepercayaan kepada kuasa-kuasa dan perkara-perkara yang berada disekitar kehidupan.

“Satu hari aku melihat kilat menyambar, ketika aku berlindung dengan datukmu, Yesukhei di sebuah batu besar. Yesukhei berpesan padaku, mintalah pertolongan dari kilat dan matahari,” Genghiz meneruskan kata-katanya lagi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.