Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 2: SI BESI

Selepas sarapan, aku mengikut Tok Anjang ke kebun yang terletak di belakang rumah. Ketika itu pokok-pokok durian kelihatan sedang mengeluarkan bunganya.

“Mula-mula durian mengeluarkan bunga. Bila durian dah berputik, manggis pula akan berbunga. Bila manggis berputik, rambutan akan berbunga dan berputik, masak dan akhirnya rambai pula akan berbuah.”

“Itulah anugerah Allah SWT kepada hambanya.Kita perlu bersyukur.”

Pohon-pohon durian di dalam dusun Pak Anjang sedang galak berbunga. Baunya harum ketika malam menjelang dan menjadi tarikan kepada haiwan seperti tupai dan monyet.

“Bunga pun kadang-kadang tak sempat berbuah, gugur. Begitulah hidup kita.”

“Tok saya masih lagi terkenang mimpi itu.”

Tok Anjang tidak menjawab kata-kataku. Dia meneruskan usaha membersihkan dusunnya. Aku turut membantu. Tok Anjang banyak pengalaman hidup.

Tok Anjang ialah datuk saudara sebelah ayahku. Dia hanya mempunyai seorang anak, Majid yang tinggal di bandar. Majid ialah ayah kepada Salmi. Aku dan Salmi ialah saudara dua pupu. Aku suka menghabiskan masa, bercuti di rumah Tok Anjang, ketika cuti semester. Datukku, Haji Munzir telah lama meninggal dunia. Begitu juga nenekku, Hajjah Rahmah.





“Abang cari maklumat tentang Temujin?” tanya Salmi ketika aku sampai di rumah. Tok Anjang menuju ke bilik air ke-dua yang terletak di luar rumah.

“Ya,” jawabku pendek.

“Temujin atau Genghiz Khan, adalah penyatu Bangsa Mongol,” tambahku.

“Apa yang penting sangat?” tanya Salmi kehairanan. Pengajianku di Universiti Malaya, Kuala Lumpur adalah dalam biadang IT, sedangkan tajuk yang akan kaji adalah berkaitan dengan sejarah. Tentulah Salmi, atau sesiapa sahaja akan hairan.

“Abang minat sejarah walaupun pengajian dalam biadang IT.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.