Home Novel Thriller/Aksi PENYELAMAT UMMAH
BAB 1: KELAHIRAN SEBUAH EMPAYAR

Cuti semesterku bakal berakhir kira-kira seminggu sahaja lagi. Aku telah menghabiskan cutiku bersama-sama keluargaku di Seksyen 15, Syah Alam.

Ingin rasanya aku berkunjung ke kampung. Kampung di mana ayahku berasal. Di situ masih tinggal datuk saudaraku yang aku panggil Tok Anjang. Kampung penuh kedamaian, penuh dengan seribu keindahan.

“Mak, Hilmi bercadang nak balik kampung.”

“Ayahkan sibuk. Mana ada masa.”

“Tak mengapa, Hilmi pergi sendiri. Lagi pun bukan tak biasa.”

“Buat apa nak ke kampung?”

“Ada sesuatu di sana.”

“Jangan-jangan nak tengok Salmi. Salmi ada di sana. Dah besar budak tu,” kata Mak yang menduga tujuanku ke kampung. Salmi, saudaraku. Budak perempuan itu mungkin sudah membesar agaknya.

“Tak lah Mak.”

“Dah cantik Salmi sekarang. Mak berjumpa masa balik kenduri kahwin rumah Tok Cik Man dulu.”

“Mak berkenan nak buat menantu ke?”

“Eh! Budak ni, kamu yang berkenan agaknya.”

Perjalananku ke kampung yang terletak di Perak pun bermula. Hati teruja terkenangkan sudah lama tidak pulang ke kampung. Agak sibuk dengan pengajianku di Universiti Malaya.

“Salmi, mungkin sudah remaja sekarang,” ingatanku berputar mengenangkan seorang kanak-kanak yang sering menjadi rakan sepermainanku sewaktu pulang ke kampung ayahku.

Perjalanan dari Syah Alam hanya mengambil masa kira-kira tiga jam ke Bandar Ipoh. Akhirnya aku sampai di Hentian Sungai Perak. Ramai pula orang bersesak-sesak pada musim cuti ini. Aku meletakkan kenderaan jauh dari bangunan RnR itu. Gulai ikan Patin di gerai RnR itu sering menjadi tumpuan ramai di situ.

Kerana keenakan gulai ikan patin, seorang penumpang bas marah-marah kepada pemandu bas yang mengelak untuk berhenti di Hentian Sungai Perak. Pemandu bas itu memilih untuk berhenti di Hentian Bukit Gantang. Aku membaca aduan pengguna dalam sebuah akhbar tempohari.

Tapi tumpuanku bukanlah ke gerai. Aku ingin berhenti untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak. Aku mencari-cari surau dan kebetulan waktu itu azan Maghrib baru dikumandangkan. Usai wuduk aku mendirikan solat Maghrib dan Isyak secara jamak Takdim secara berjemaah.

Previous: Pengantar

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.