Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 46

Awal pagi Faizal sudah mengetuk pintu bilik. Malam tadi dia buat keputusan untuk tidur di bilik Zaman. Dia tahu Amira tidak akan selesa dengan dia di bilik tersebut. Zaman cuma ketawa menyambutnya. Menggeleng-geleng dengan nasib sahabatnya yang masih tidak boleh tidur sekatil dengan isteri sendiri.

Amira baru selesai lengkap berpakaian. Pagi ini dia akan melakukan aktiviti snorkelling sebelum bergerak untuk pulang ke Kuala Lumpur. Dia sudah menempah tiket penerbangan di sebelah petang. Paling lewat, sebelum tengah hari dia perlu mengambil feri ke Kuala Besut.

Amira sangat bersyukur bila Faizal memilih untuk tidur di bilik Zaman. Setelah mengetahui apa yang tersimpan dalam hati Faizal, Amira perlu berhati-hati bila di samping Faizal. Dia tidak mahu begitu mudah mendedahkan auratnya dan membiarkan Faizal menyentuhnya sesuka hati lagi.

*Sambungan Bab 46 dan seterusnya boleh di baca di Laman Facebook Lynn Suraya. https://www.facebook.com/profile.php?id=100009186749746

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.