Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 5

"Maaf Amira, saya perlu pulang ke kampung hari ini, ayah saya sakit tenat," panggilan telefon dari Faizal membatalkan temujanji mereka malam ini. Sedang dia juga baru ingin maklumkan yang dia turut tidak dapat memenuhi temu janji mereka kerana kenduri adiknya yang akan di adakan pada hari sabtu ini.

"Maklumkan saya ya keadaan ayah awak nanti," Amira sempat berpesan sebelum menamatkan panggilan. Terbit rasa simpati pada ibu bapa Faizal yang teringin melihat Faizal membina keluarga. Teringat babak-babak kahwin paksa apabila ibu atau bapa hendak meninggal dunia dalam drama dan novel melayu. Menonton drama dan membaca novel memang seakan indah belaka. Tapi hakikatnya, dia sendiri tidak pasti dia sanggup melakukannya. Amira berdoa semoga ayah Faizal beransur sembuh dan sihat semula.

Malam ini semakin ramai ahli keluarga akan datang ke rumah smpena kenduri kahwin adiknya esok. Ramailah akan bertanya gilirannya pula. Amira mengeluh sendiri. Jika ibu bapanya tidak kisah, ramai pula saudara-maranya yang kisah.

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.