Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 12

Faizal agak terkejut menerima panggilan daripada Puan Fatimah. Bukan dia terlupa atau sengaja mahu lupa. Namun, cuti seminggu membuatkan begitu banyak urusan kerja yang tertangguh. Tidak sempat untuk menghubungi Amira dan berbincang lebih lanjut. Amira juga tidak menghubungi. Namun panggilan dari Puan Fatimah segera menyedarkan Faizal untuk bertindak. Segan juga bila ibu mentua menelefon bertanya khabar. Faizal segera mendail nombor Amira. Hari ini jumaat, mungkin boleh menyambung temujanji kali keempat yang tidak kesampaian. Faizal tersenyum sendiri.

"Awak sibuk ke?" suara Faizal setelah hampir seminggu menyepi. Amira sedar, lambat laun mereka perlu juga duduk semeja dan berbicara.

"Saya baru nak keluar pejabat. Kenapa ye?" Amira mula menyusun barang-barang di meja. Setelah beberapa hari kerja lebih masa menyelesaikan kerja yang tertunggak minggu lalu, hari ini, Amira boleh keluar pejabat seperti waktu biasa.

"Awak tunggu, saya datang ambil. Awak tak bawa kereta kan?" Faizal memutuskan sambil memasukkan fail kerja dan laptop ke dalam beg. Faizal bergerak pantas meninggalkan pejabatnya menuju kereta yang diparking di hadapan pejabat.

"Erm.. ok, saya tak bawa kereta," Amira menjawab teragak-agak dan panggilan terus diputuskan. Jumpa sajalah, esok bukankah tidak bekerja?

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.