Home Novel Cinta Dating Jumaat Malam
Bab 22

Pintu bilik Amira dikuak perlahan. Amira masih ralit menaip di komputer ribanya. Bila mengangkat wajah, dia tersenyum memandang Puan Fatimah yang sudah pun mengambil tempat tepi katil. Amira masih terus menaip. Kebetulan idea tengah datang mencurah, sukar pula kalau dah terhenti nanti.

"Mak ada perkara nak bincang dengan Mira," Puan Fatimah memulakan bicara. Amira menoleh sekilas dan tersenyum.

"Mak cakaplah, Mira dengar," jemarinnya masih setia menaip di papan kekunci komputer riba.

"Mira tak nak anak ke?" pertanyaan Puan Fatimah menghentikan gerak jemari Amira.

"Mak risau sebenarnya, Mira tahu kan, masa mak kahwin dulu, lima tahun tunggu untuk dapat along. Faiza pun, walaupun kahwin awal, lima tahun baru dapat Fairuz," Puan Fatimah meluahkan. Ada nada resah dalam bicaranya. Amira diam. Dia tahu. Memang dia selalu fikirkan itu semua. Dia memang mahukan anak. Walaupun dia masih ragu pada perkahwinan, namun naluri wanitanya meronta-ronta untuk memiliki cahaya mata sendiri. Dia juga sedar masalah yang dihadapi oleh ibu dan adiknya untuk mendaptkan zuriat. Amira mengeluh perlahan.

"Amira cubalah terima Faizal dan fikirkan soal anak. Amira tak muda dah, bila dah makin tua ni, lagi banyak perkara boleh jadi. Mak risaulah," kebimbangan yang melanda hatinya diluahkan juga. Puan Fatimah sangat risaukan Amira. Dia tahu Amira sukakan kanak-kanak. Walaupun tidak pernah terluah, hati kecil sentiasa kuat merasakan betapa Amira juga teringan menimang anak sendiri. Amira masih diam. Apa saja yang perlu dibalasnya. Dia sendiri resah jika memikirkan soal itu.

"Mira fikirlah elok-elok. Mak cuma risaukan Mira," Puan Fatimah mengalah juga dengan sikap membatu Amira. Dia melangkah ke luar bilik. Amira masih terpaku merenung komputer riba.

Anak? Dia teringat angan-angannya dahulu. Berkahwin, beranak dan bercerai. Namun, bila sudah berkahwin banyak pula keresahan yang melanda. Realiti ternyata tidak semudah khayalan. Amira teringat Faizal, apakah tanggapan lelaki itu jika dia timbulkan soal anak? Tapi bersediakah Amira untuk berbicara soal anak dengan Faizal? Amira buntu. Bagaimana dia mungkin menyelesaikan semua ini. Benar kata Puan Fatimah, masa berlalu begittu pantas dan dia semakin meningkat usia.

Hatinya meronta kini. Sungguh, Amira sangat teringin untuk punya anak sendiri!

Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.